Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
buckyballSusunan atom karbon dalam molekul yang berbentuk sfera kosong, C60. Nama asalnya dikhaskan untuk molekul bukminsterfulerena. Struktur bola bucky juga terdapat dalam molekul lain seperti N20 dan B80.
soccer ball structureStruktur molekul fulerena C-60 yang atom karbonnya tersusun membentuk sfera kosong seperti sebiji bola sepak. Contoh molekul fulerena berstruktur bola sepak ialah bukminsterfulerena C-60 dan bola bucky.
layer structureStruktur hablur yang terdapat dalam bahan seperti grafit dan tanah liat. Dalam struktur ini, atom tertumpu pada satah selari dan ruang antaranya adalah kosong (tanpa atom).
sp hybridizationSatu daripada proses pembentukan ikatan kimia dalam atom karbon C, dan juga beberapa atom lain. Dalam proses ini, atom C memindahkan satu elektron dari petala 2s ke dalam orbitan 2p yang kosong, dan seterusnya menggabungkan baki satu elektron pada petala 2s dengan satu elektron pada orbitan 2p atom lain.
alpha helixStruktur protein berbentuk pilin hasil susunan sejumlah asid amino dan merupakan struktur yang biasa bagi kebanyakan protein. Lebar pilin sekitar 5 . Setiap asid amino mempunyai lingkaran 100 dalam pilin dan berpadanan dengan translasi 1.5 sepanjang paksi pilin. Pilin tersusun padat sehingga hampir tiada ruang kosong di dalamnya.
single electron transistor (SET)Keadaan transistor yang dimensinya dalam julat nanometer menyebabkan transistor ini peka terhadap pengangkutan elektron tunggal. Transistor ini terdiri daripada dua elektrod sumber dan salir yang terpisah oleh satu pulau yang bertindak sebagai terowong. Pulau ini biasanya diperbuat daripada bintik kuantum atau nanotiub karbon. Aras tenaga elektron dalam pulau dapat ditala menggunakan elektrod ketiga, iaitu lawang. Sekiranya lawang dibekalkan dengan voltan positif, aras tenaga bintik kuantum akan turun. Hanya satu elektron tunggal daripada sumber dapat menerowong ke dalam pulau tersebut untuk mengisi aras tenaganya yang kosong dan seterusnya elektron akan menerowong ke bahagian salir.
1
Tesaurus
 
kosong (adjektif)
1. Dalam konteks bekas
bersinonim dengan tidak berisi
Berantonim dengan penuh

2. Dalam konteks angka
bersinonim dengan sifar, nol, nihil,

3. Dalam konteks ruang
bersinonim dengan tidak didiami, tidak dihuni, sunyi, sepi, lengang, hana,

4. Bersinonim dengan sambang: hampa, keropok, keropong, geroheng,
Berantonim dengan bernas

5. Bersinonim dengan hampagas: vakum

6. Bersinonim dengan berongga: lompang
Berantonim dengan padat

7. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hampa, kecewa, sia-sia, tidak bermakna,

Kata Terbitan : mengosongkan, kekosongan, pengosongan,

Puisi
 

Kalau ada kereta api,
     Pergi ke Panggor membeli benang;
Sudah suka hati,
     Perut kosong menjadi kenyang.



Lihat selanjutnya...