Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Sebutan untuk [tahun 1959] ialah "tahun sembilan belas, lima puluh sembilan", sementara sebutan untuk [tahun 1400] ialah "tahun seribu empat ratus". Adakah [tahun 1959] boleh disebut sebagai "tahun sembilan belas ribu lima puluh sembilan" dan [tahun 1400] disebut sebagai "tahun empat belas kosong kosong"? Sekiranya boleh/ tidak boleh, apakah hukum/ prinsip/ kaedahnya? Tenaga pengajar bahasa Melayu memberitahu pelajar China bahawa tahun 2000-2019 akan disebut dengan "tahun dua ribu, dua ribu sembilan belas" sementara bermula tahun 2020, ia akan disebut sebagai tahun dua puluh dua puluh. Adakah ini benar? Sekiranya benar, apakah prinsip/ hukum/ kaedah penggunaan ini? Sekian, terima kasih. | Soalan puan telah disalurkan kepada Bahagian Penyelidikan Bahasa untuk tindakan selanjutnya dan pihak Bahagian Penyelidikan Bahasa akan memberikan maklu balas melalui e-mel puan dalam masa terdekat. | Penyelidikan | 02.03.2024 |
Yang mana betul? (1) Isi tempat kosong. (2) Isikan tempat kosong. | Penggunaan yang betul ialah "Isi tempat kosong", isikan bermaksud arahan supaya mengisi sesuatu seperti "isikan air ke dalam botol". | Tatabahasa | 15.11.2011 |
APAKAH NAMA JAWATAN KOSONG? DAN DI MANA HENDAK MENDAPATI NAMA IKLAN DI JAWATAN KOSONG INI. | Sdr boleh mendapatkan butiran jawatan kosong melalui iklan yang kami siarkan dari masa ke masa atau melayari laman sesawang kami. Terima kasih. | Lain-lain | 10.02.2010 |
iklan jawatan kosong sekarang | Sdr Areyu, Buat masa ini belum ada jawatan kosong yang hendak diiklankan. Walau bagaimanapun, sila layari laman web kami dari masa ke masa untuk mendapatkan maklumat terkini tentang perkembangan aktiviti DBP dan jawatan kosong (Sekiranya ada). | Lain-lain | 19.02.2008 |
Salam tn/pn Bolehkah borang pemohonan jawatan di DBP dihantar melalui email.memandangkan keadaan susah keluar sekarang. Terima kasih | Salam sejahtera, Permohonan jawatan kosong Borang permohonan jawatan kosong DBP tidak boleh dihantar melalui e-mel, borang perlu dihantar secara pos atau hantar tangan ke alamat: Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur (u.p: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) Maklum balas tentang keputusan permohonan jawatan kosong bolehlah diperoleh dengan menghubungi pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, DBP, iaitu: 1. Puan Maizatul Adni binti Abdul Manaf melalui talian telefon 03-2147 9345 atau 2. Puan Nurul Fauziana binti Amat melalui talian telefon 03-2147 9341 | Lain-lain | 20.03.2020 |
Antara berikut, ayat manakah betul? 1) Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. 2) Isikan tempat kosong dengan jwapan yang betul. Sekiranya ayat berikut betul atau salah, bolehkah saya tahu mengapa? Terima kasih:) | Ayat yang betul ialah "Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul kerana ayat tersebut merupakan sebuah arahan supaya mengisi sesuatu. | Tatabahasa | 03.04.2018 |
Saya ada ternampak iklan mengenai jawatan kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka, namun bila saya tekan pada pautan yang berkenaan, saya tidak menjumpai sebarang iklan jawatan kosong. jadi, bagaimana saya hendak memohon kekosongan jawatan berkenaan? Terima kasih. | Puan Siti Sarah, berhubung hasrat puan untuk memohon jawatan kosong di DBP, saya sarankan puan melayari laman sesawang dbp.gov.my dan memuat turun borang permohonan jawatan kosong tersebut. Menerusi laman sesawang tersebut juga, puan boleh melihat beberapa kekosongan jawatan berserta gred jawatan. Terima kasih dan semoga berjaya. Sekian. | Lain-lain | 09.04.2018 |
BAGAIMANA SAYA INGIN MENDAPATKAN SENARAI BERKAITAN JAWATAN KOSONG YANG DIKELUARKAN OLEH DBP SEDANGKAN DI DLM LAMAN WEB CUMA TERDAPAT BORANG JAWATAN KOSONG TETAPI SENARAI NAMA JAWATAN YANG DITAWARKAN TIADA. TERIMA KASIH | Kami akan mengeluarkan senarai jawatan kosong melalui iklan di dalam akhbar tempatan berbahasa Melayu dan juga di dalam laman web DBP apabila urusan pengisian jawatan-jawatan tersebut hendak diisi. | Lain-lain | 05.06.2008 |
Salam Sejahtera, Saya ingin bertanya tentang iklan jawatan kosong yang telah diiklankan pada mac 2020 lalu iaitu sebelum PKP dilaksanakan, adakah iklan jawatan kosong tersebut telah pun ditutp atau dilanjutkan untuk permohonan. Jika dilanjutkan bolehkah pihak DBP update tarikh lanjutan permohonan yang baru di laman web.harap maklum Terima Kasih. | Salam sejahtera, Iklan jawatan kosong DBP. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman, iklan jawatan kosong yang telah diiklankan pada Mac 2020 lalu, iaitu sebelum PKP dilaksanakan, tidak dilanjutkan dan telah pun ditutup pada 22 MAC 2020 (AHAD). Sekian, harap maklum. Terima Kasih. | Lain-lain | 31.05.2020 |
Mohamad Faiz Pauzi Apr 6th, 5:48am Assalamualaikum Tuan/Puan. Terdapat jawatan kosong di DBP?? | Kami akan mengeluarkan senarai jawatan kosong melalui iklan di dalam akhbar tempatan berbahasa Melayu dan juga di dalam laman web DBP. Permohonan jawatan kosong DBP dibuat melalui SPA. | Lain-lain | 06.04.2015 |
|
Tesaurus |
---|
| kosong (adjektif) | 1. Dalam konteks bekas bersinonim dengan tidak berisi Berantonim dengan penuh
2. Dalam konteks angka bersinonim dengan sifar, nol, nihil,
3. Dalam konteks ruang bersinonim dengan tidak didiami, tidak dihuni, sunyi, sepi, lengang, hana,
4. Bersinonim dengan sambang: hampa, keropok, keropong, geroheng, Berantonim dengan bernas
5. Bersinonim dengan hampagas: vakum
6. Bersinonim dengan berongga: lompang Berantonim dengan padat
7. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan hampa, kecewa, sia-sia, tidak bermakna,
| Kata Terbitan : mengosongkan, kekosongan, pengosongan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau ada kereta api, Pergi ke Panggor membeli benang; Sudah suka hati, Perut kosong menjadi kenyang.
Lihat selanjutnya... |
|