Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Yang manakah penggunaan yang betul? Anggaran kos atau kos anggaran? Konteks penggunaan adalah seperti "(Anggaran kos/kos anggaran) bagi kerja ini adalah RM50" Terima kasih

Kami mencadangkan penggunaan istilah anggaran kos (cost estimate). Sekiranya tuan ingin menggunakan padanan yang lain, istilah kos jangkaan (anticipated cost) juga sesuai digunakan terutamanya dalam bidang perakaunan, ekonomi dan perniagaan.

Istilah01.04.2020
COST EFFECTIVENESSKEBERKESANAN KOS KOS BERKESAN (UMUM)Istilah10.11.2010
Mana satukah yang betul - 1)kos rawatan atau kos perawatan atau kos merawat? 2) kerja-kerja membaik pulih atau kerja-kerja pembaikpulihan? Terima kasih atas perhatian anda.

Puan Junita,

Ayat yang betul ialah 1. kos rawatan 2. kerja-kerja membaik pulih

Ejaan06.10.2010
Assalamualaikum Tuan/Puan 1. Adakah perkataan KOS atau BAJET merupakan perkataan Bahasa Melayu? Contoh: i.Kos Perbelanjaan atau Bajet Perbelanjaan ii.Kos Tuntutan Perjalanan 2. Antara Kos dan Bajet yang mana lebih sesuai digunakan Terima KasihPerkataan kos telah diterima dalam bahasa Melayu dan digunakan dalam bidang peristilahan; manakala perkataan bajet hanya digunakan dalam konteks bahasa percakapan.Penyemakan dan penterjemahan28.12.2015
Salam sejahtera tuan, Adakah istilah agronomik dan kosting terdapat dalam bahasa Melayu? Semoga mendapat perhatian pihak tuan dengan kadar segera. Sekian, terima kasih.Tidak ada istilah agronomik dan kosting dalam pangkalan data kami. Padanan agronomic ialah agronomi dan padanan costing ialah penentuan kos/kos.Istilah13.07.2016
salam, pihak kami bercadang menghasilkan sebuah buku biografi untuk diterbitkan. persoalan saya 1) cara/kaedah untuk penyelidikan yang tepat bagi menghasilkan buku ini 2)adakah terdapat kos melibatkan DBP atau kos penyelidikan yang perlu saya tahu atau jumlah kos purata pembayaran bagi temubual individu. yasmin korporat MAINJ 0104145174Salam 

MENERBITKAN BUKU BIOGRAFI

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pihak kerana berminat untuk menghasilkan dan menerbitkan buku biografi di Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk makluman puan, editor di Bahagian Buku Umum, Jabatan Penerbitan, DBP, akan menghubungi pihak puan dalam masa terdekat untuk menjelaskan  persoalan ini dengan lebih lanjut. 

Sekian, untuk pemakluman.

Lain-lain22.09.2021
Hello. Saya ingin bertanya tentang perkhidmatan penterjermahan bahasa yg merangkumi berapa bahasa dan kos ?Untuk mendapatkan kos penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan negara, no. tel. 03-41497210, e-mel www.itnm.com.my atau Persatuan Penterjemah Malaysia no. tel. 03-21424381, e-mel terjemah@tm.net.my. Lain-lain12.12.2008
Mohon penjelasan yang lebih jelas. apakah sebenarnya konsep dan tujuan untuk membuat kertas cadangan dan kertas kerja. Justeru itu, apakah sebenarnya kaitan antara kertas kerja dan kertas cadangan. Jika ingin membuat satu laporan kos yang ingin dibelanjakan dan ingin dihantar kepada majikan, apakah format atau bentuk makalah yang lebih sesuai yang harus digunakan, atau adakah format nberbentuk kertas cadangan yang lebih sesuai. Hal ini kerana kos tersebut bukanlah termaktub dalam apa-apa projek ,majlis atau sebarang aktiviti. Apa yang ingin dilakukan hanyalah sebuah laporan kos-kos dan perbelanjaan-perbelanjaan tambahan yang akan dibelanjakan bagi sesebuah projek tanaman kelapa sawit. Mohon penjelasan. Terima kasih

Kertas cadangan ialah makalah yang ditulis yang mengandungi maklumat perancangan bagi pelaksanaan sesuatu projek, manakala kertas kerja ialah makalah bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu isu atau persoalan.

Umumnya dalam kertas cadangan, laporan kos ini diletakkan di bawah perkara Anggaran Perbelanjaan dan perinciannya dijelaskan dalam Lampiran. Tidak ada format yang seragam bagi lampiran laporan kos ini. Penulisannya berdasarkan ketetapan dan keperluan sesebuah organisasi.

Makna27.02.2014
Ayat yang manakah adalah betul. A. Kirakan penggunaan jumlah kos elektrik untuk bulan Disember (bulan ini mengandungi 31 hari) B. Kirakan penggunaan jumlah kos elektrik untuk bulan Disember (31 hari) dan ada tanda soal ke tak?

Kirakan penggunaan jumlah kos elektrik untuk bulan Disember (31 hari). Ayat ini tidak perlu penggunaan tanda soal.

Tatabahasa27.10.2022
apakah maksud pengekosan sumber manusia

Assalamualaikum.

 

Berdasarkan Kamus Dewan 4 makna "pengekosan" adalah anggaran semua kos yang terlibat dalam satu urusan misalnya perniagaan.

Merujuk kepada pertanyaan tuan, perkataan pengekosan sumber manusia berkemungkinan merujuk kepada anggaran semua kos yang terlibat dalam urusan pengambilan sumber manusia seperti gaji, elaun, sumbangan KWSP, kos latihan, kos perubatan dan sebagainya. 

 

Lain-lain26.02.2009
Tesaurus
 
kos (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan harga, belanja, biaya, nilai, ongkos, anggaran.,