Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Ensiklopedia ; Buku ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Tak, nak, tapi, saja, ni dan sebagainya dapat dinamakan perkataan kontot. Wajar atau tidak perkataan seperti ini digunakan (a) dalam karya sastera (b) tulisan di media massa seperti akhbar dan majalah terbitan DBP (c) terbitan kerajaan seperti pekeliling dan laporan tahunan?Penggunaan perkataan ini bergantung pada konteks dan media. Dalam terbitan rasmi seperti pekeliling, laporan, dokumen rasmi lain seperti akhbar dan terbitan DBP ini tidak digunakan.  Walau bagaimanapun dalam penulisan kreatif seperti novel,  dialog atau dalam bahan bercetak seperti poster bentuk seperti boleh digunakan bergantung pada tujuan dan sasaran penggunanya.Tatabahasa17.01.2009
Assalamualaikum, Saya ingin membuat semakan terma ringkas "certot" yang membawa maksud cerita kontot boleh digunakan atau tidak dalam mana-mana ayat?Untuk urusan rasmi perkataan certot tidak boleh digunakan.Lain-lain14.07.2020
Apakah tebal boleh dipakai untuk menggambarkan kondisi bulu haiwan?Boleh. Contoh ayat, Beruang itu besar, berbulu tebal dan berekor kontot.Lain-lain30.08.2021
Adakah perkataan beruang mempunyai maksud lain? Adakah perkataan beruang adalah kata tunggal?Perkataan beruang adalah kata tunggal bagi 'beruang', bermaksud sejenis mamalia buas (yg besar, berbulu tebal, dan berekor kontot) dlm famili Ursidae. Perkataan beruang juga adalah kata terbitan bagi 'ruang', bermaksud mempunyai ruang yang kosong/lapang.Lain-lain13.01.2010
1
Tesaurus
 
kontot
Rujuk :kompot