ONeill, Eugene Gladstone (18881953), dianggap penulis skrip drama Amerika yang terulung. Dia menjadi dramatis Amerika yang pertama menulis kisah tragedi secara konsisten. ONeill menerima Hadiah Nobel dalam bidang kesusasteraan pada tahun 1936. Empat daripada karya dramanya memenangi Hadiah Pulitzer Beyond the Horizon pada tahun 1920; Anna Christie pada tahun 1922; Strange Interlude pada tahun 1928; dan Long Days Journey into Night pada tahun 1957. |