Kata |
Takrif |
Sumber |
konfrontasi | perbuatan memusuhi atau menentang sesuatu pihak; persemukaan antara dua pihak yg bertentangan (bermusuhan). berkonfrontasi bermusuhan (antara dua pihak); bersemuka antara dua pihak yg bertentangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
konfrontasi | 1. persemukaan (keadaan saling berhadapan) antara dua orang (pihak, negeri, dll) yg bertentangan (berselisihan, bermusuhan); 2. pertentangan (permusuhan) secara langsung yg menyebabkan orang atau pihak yg terlibat menghadapi kemungkinan berlakunya pergaduhan (peperangan dsb): kerana masing-masing hendak melamar gadis yg sama, timbullah ~ antara kedua-dua pemuda itu; dgn jatuhnya Presiden Soekarno, tamatlah ~ antara Malaysia dan Indonesia; berkonfrontasi 1. saling berhadapan antara dua orang dll yg bertentangan, bersemuka; 2. bermusuhan (bertentangan) secara langsung (yg boleh mencetuskan pergaduhan, peperangan, dsb): masing-masing ~ terhadap yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konfrontasi | perbuatan memusuhi atau menentang sesuatu pihak; persemukaan antara dua pihak yg bertentangan (bermusuhan). berkonfrontasi bermusuhan (antara dua pihak); bersemuka antara dua pihak yg bertentangan. | Kamus Pelajar |
gagal | tidak berhasil atau berjaya, tidak (dapat) mencapai matlamat (cita-cita dsb yg dikehendaki) tidak jadi, kecewa: usaha-usaha utk menamatkan konfrontasi ~ belaka; ~ dlm peperiksaan;menggagalkan menjadikan tidak berhasil, mengecewakan: rundingan-rundingan ke arah perdamaian digagalkan;tergagal tidak berhasil atau berjaya: kalau tidak tahu tempatnya, perjalanan kita mungkin ~;kegagalan perihal gagal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bakat | 1. kebolehan semula jadi: ia memang mempunyai ~ seniman; ~ terpendam bakat atau kebolehan (dlm bidang seni, penulisan dll) yg belum diketahui atau diperlihatkan kpd orang umum; 2. orang yg mempunyai kebolehan semula jadi: baik pengarang lama mahupun ~-~ baru tidak pernah menulis tentang konfrontasi; 3. bekas, tanda-tanda, kesan (bekas luka dll): luka itu meninggalkan ~; 4. alamat, tanda bakal terjadi sesuatu: awan hitam di langit ~ hujan;berbakat 1. mempunyai kebolehan semula jadi: murid yg ~; 2. berbekas: kepalanya ~ kerana ia memakai songkok;membakat 1. meninggalkan bakat (bekas, tanda): buih air laut yg ~ di pantai; 2. mengalamatkan, menandakan: merah di Timur ~ terbitnya matahari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hidup | 1. terus bernyawa atau bernafas (bkn manusia, binatang, dll), tumbuh dan membesar (bkn tumbuh-tumbuhan), tidak mati: kedua-dua ibu bapanya masih ~; tiap-tiap orang mengetahui bahawa udara mustahak utk ~; pokok-pokok bunga yg ditanam oleh ibu saya semuanya ~; seumur ~ sepanjang masa seseorang itu hidup; 2. duduk (tinggal di, berkediaman di): saya tidak menghendaki istana, vila, atau rumah besar utk tempat ~; 3. berada dlm keadaan tertentu: ~ bahagia (mewah dll); 4. = ~ dr = ~ dgn mendapat rezeki dgn (cara-cara tertentu): kebanyakan orang Melayu ~ dgn bersawah; 5. sr kata utk menyatakan harapan agar berjaya (kekal, selamat, dll): mereka menyeru, ~!, ~! 6. tidak dilupakan atau tidak hilang (nama orang dll): nama orang-orang yg berkhidmat utk nusa dan bangsa tetap ~; 7. masih bergerak atau berjalan (bkn pertubuhan, perusahaan, dll); 8. masih bekerja atau giat (bkn enjin, jam, dll): syarikat kerjasama itu masih ~ lagi; jam aku sebentar ~ sebentar mati; di Indonesia masih terdapat beberapa buah gunung berapi yg ~; 9. masih menyala (api dll); 10. masih dipakai (jalan, sungai, bahasa, dll): bahasa yg ~; 11. masih segar atau baru (sayur-mayur, ikan, dll); 12. bergerak cergas (perniagaan, kegiatan, dsb): dgn tamatnya konfrontasi perniagaan Indonesia-Malaysia ~ kembali; 13. spt keadaan yg sebenarnya atau dilihat (lukisan, cerita, dll); 14. bukan yg dikeringkan, diasinkan, dijeruk dsb (bkn cili, halia, kunyit, ikan, dsb): kunyit ~; ikan ~; 15. bukan yg telah dikeringkan atau direka oleh manusia drpd plastik, kertas, dsb: bunga ~; 16. (bkn wayar dsb) ada aliran arus elektrik: wayar ~; ~ dikandung adat, mati dikandung tanah prb waktu hidup hendaklah mengikut peraturan dan kebiasaan yg berlaku, setelah mati terserahlah kpd Tuhan; ~ di hujung gurun orang prb orang yg hidup melarat; ~ dua muara prb hidup dgn dua macam pencarian; ~ kayu berbuah, ~ manusia biar berjasa prb pd ketika hidup eloklah berbuat baik utk diri sendiri dan utk masyarakat; ~ sandar-menyandar umpama aur dgn tebing prb a) suami isteri yg berkasih-kasihan; b) sahabat yg setia dan bertolong-tolongan; ~ segan mati tak mau prb orang yg hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit); ~ tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah prb berusahalah dgn tenaga dan fikiran sendiri dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain; drpd ~ bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah prb drpd hidup menanggung malu, lebih baik mati; jauh berjalan banyak dilihat, lama ~ banyak dirasa prb sudah banyak pengalaman; kalau bangkai galikan kuburnya, kalau ~ sediakan buaiannya prb tunggu dahulu dgn tenang apa yg akan terjadi, kemudian barulah dibuat pertimbangan; sehidup hidup bersama; ~ semati setia terhadap satu sama lain; hidup-hidup 1. benar-benar hidup; 2. = hidup-hidupan (dlm keadaan) masih hidup: pengganas itu telah cuba membakar seorang majistret dan seorang pegawai polis ~; 3. ki benar-benar, terang-terang: aku sudah kena tipu ~; menghidupi 1. membiarkan hidup (tidak dibunuh): kedua-dua anaknya itu pun berlutut di hadapan ayahnya bermohon supaya budak itu dihidupinya; 2. menjaga atau memelihara supaya hidup (spt diberi makan dll): maka beberapa pun Sultan Mahmud hendak ~ Tun Ali Hati, tiada juga Tun Ali Hati itu mahu hidup; menghidupkan 1. membuat supaya hidup (terus bernafas), tumbuh dan membesar: mustahil kita dapat ~ semula orang yg telah mati; pembajaan yg teliti boleh ~ pokok itu; 2. menjadikan bergerak atau berjalan (bkn pertubuhan, perusahaan, dsb); 3. membuat supaya berjalan (bkn enjin, jam, dsb): berusaha ~ kembali syarikat kerjasama itu; ~ enjin keretanya; 4. menyalakan (api, lampu, dsb), memasang: ~ api dapurnya; 5. menimbulkan kembali (sesuatu kenangan lama dsb): ~ kenang-kenangan lama sewaktu mereka sama-sama menuntut di universiti dahulu; 6. menyebabkan sesuatu cerita, lukisan, dsb hidup (yakni spt keadaan yg sebenarnya): dia begitu pandai memilih warna sehingga ~ lukisannya; 7. menjadikan suasana giat dan bersemangat: gelak ketawanya ~ suasana di dlm rumah itu; 8. menyebabkan timbul sesuatu perasaan, minat, dsb: ~ minat mereka utk bekerja dgn lebih keras lagi; memperhidup menjadikan lebih hidup (giat, bersemangat, dll): rakyat harus ~ semangat bekerjasama antara kaum; hidupan, hidup-hidupan 1. sesuatu yg hidup (binatang, tumbuhan, dll): kuman ialah sj ~ seni yg sangat-sangat halus; ~ seni mikroorganisma; 2. = binatang ~ binatang ternakan (yg dipelihara): maka adalah drpd hidup-hidupan mereka itu drpd kerbau dan kambing dan sedikit-sedikit lembu dan ayam itik; kehidupan perihal hidup: sejak kampung itu diganggu oleh komunis ~ penduduknya semakin sempit; penghidupan cara (menguruskan, menyelenggarakan) hidup, pencarian: Tuan Sutan menghamun pemerintah kerana cuba menukar dan merosakkan ~nya; Badaruddin akrab dgn ~ peneroka hutan di negeri Pahang; penghidup alat atau bahan utk menghidupkan sesuatu (enjin, api dsb): pelita ini menggunakan minyak zaitun sbg ~ nyalanya; ~ enjin elektronik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
confrontation | n konfrontasi: a ~ between Malaysia and Indonesia, konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia; we must do whatever we can to avoid another ~ with the union, kita mesti berbuat apa saja utk mengelak berlaku satu lagi konfrontasi dgn pihak kesatuan sekerja. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
giant | n 1. mythical, manlike or monstrous being, gergasi, raksasa, bota; 2. person, a. (of extraordinary size), (orang yg) /berbadan raksasa, spt gergasi, spt raksasa/: a ~ of a young man showed them to their seats, seorang anak muda yg berbadan raksasa mengiringi mereka ke tempat duduk; b. (of extraordinary ability, powers, etc) gergasi: he is a ~ among playwrights, dia gergasi antara penulis-penulis lakon; 3. st of extraordinary size, power, etc, raksasa, gergasi: it was a confrontation of two military ~s, satu konfrontasi antara dua tentera raksasa; an industrial ~, industri raksasa. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
Confrontation | Konfrontasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pertentangan dua atau lebih pihak terhadap sesuatu perkara yang menyebabkan hubungan sosial, ekonomi atau politik antara pihak tersebut berada dalam konflik. Konfrontasi wujud disebabkan oleh tindakan atau pelaksanaan sesuatu dasar oleh pihak pertama yang dilihat oleh pihak kedua atau ketiga sebagai mengancam kedudukan atau kepentingan mereka. Sebagai tindak balas untuk menggagalkan matlamat pihak pertama, pihak kedua atau ketiga ini mengambil langkah menghalang seperti tindakan ketenteraan, sabotaj atau boikot. Tindakan pihak kedua dan ketiga ini menyebabkan lahirnya suatu keadaan yang tegang antara pihak yang terlibat. Contohnya, Indonesia pernah melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia berhubung dengan isu penubuhan Malaysia 1963. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
konfrontasi | [kon.fron.ta.si] | کونفرونتاسي |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata konfrontasi; |
|
|