Kata |
Takrif |
Sumber |
konflik | perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dll: beliau memberi amaran kpd orang-orang yg hendak menimbulkan ~ antara kaum di negeri ini; cerita itu penuh dgn ~ jiwa, antara kasih dan tanggungjawab; berkonflik berselisihan, bertentangan, terlibat dlm sesuatu konflik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
detente | (détente) (Perancis) pengenduran ketegangan (konflik dll) antara negara-negara dlm hubungan antarabangsa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
neurosis | (néurosis) (Psi) gangguan emosi akibat konflik yg tidak dapat diselesaikan, yg dicirikan dgn keresahan (sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendasari | menjadi dasar atau asas kpd: konflik antara Hang Tuah dgn Hang Jebat yg ~ drama ini adalah cukup dramatik; kita akan dapat melihat ideologi yg ~ penulisannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkonflik | berselisihan, bertentangan, terlibat dlm sesuatu konflik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyelesai | orang atau sesuatu yg menyelesaikan sesuatu persoalan, konflik, masalah dsb: ~ perlu memilih salah satu drpd bebe-rapa operasi yg diketahui; mereka sudah mula meyakini Islam sbg ~ masalah ummah seluruh dunia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fragmen | (fragmén) bahagian drpd sesuatu (novel, lakonan, peristiwa, dll), petikan, penggalan: ia hanya berhasrat memaparkan ~-~ drpd sesuatu peristiwa dan konflik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengendus | 1. mencium atau menghidu (bau); 2. ki mencium, mulai menyedari atau mendapat tahu akan sesuatu (rahsia, gelagat, maksud, dll): konflik inilah yg sampai bocor dan diendus oleh orang surat khabar; aku sendiri memang sudah ~nya sejak tadi lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
endus | Jk; mengendus 1. mencium atau menghidu (bau); 2. ki mencium, mulai menyedari atau mendapat tahu akan sesuatu (rahsia, gelagat, maksud, dll): konflik inilah yg sampai bocor dan diendus oleh orang surat khabar; aku sendiri memang sudah ~nya sejak tadi lagi; terendus ki tercium, diketahui: Yusof ragu sebentar, takut kalau-kalau ~ bahawa apa yg dikatakannya itu sekadar ingin memulai pembicaraan saja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konsensus | (konsénsus) persetujuan bersama (umum) terhadap sesuatu perkara, kesepakatan pendirian, permuafakatan: namun demikian, semakin banyak ia dibincangkan dan didebatkan maka yg lahir bukanlah ~ tetapi sebaliknya konflik; pihak penganjur telah memberikan ~ mereka terhadap penggunaan segala kemudahan yg disediakan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
conflict | n 1. fighting, battle, pertempuran: armed ~, pertempuran bersenjata; 2. struggle, controversy, konflik, pertikaian, persengketaan: the ~ between the superpowers, pertikaian antara kuasa-kuasa besar; the ~ between the church and the state, persengketaan antara pihak gereja dgn pihak kerajaan; 3. opposition, difference, konflik, percanggahan, pertentangan: a ~ of ideas, percanggahan idea; a ~ of interests, konflik kepentingan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
interpersonal | adj antara perorangan: ~ conflict, konflik antara perorangan; ~ relations, hubungan antara perorangan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
frightening | adj menakutkan: the ugly face of racial conflict has become a ~ spectre, wajah hodoh konflik perkauman telah menjadi momok yg menakutkan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
grow | ~ out of, a. result from, arise, /berpunca, bermula/ drpd: the conflict grew out of a misunderstanding, konflik itu berpunca drpd salah faham; b. become too big for, tdk boleh lagi memakai: she has ~n out of all her old clothes, dia sudah tdk boleh lagi memakai semua pakaian lamanya; c. discard as one becomes older, meninggalkan: thank goodness he has ~n out of throwing tantrums, syukurlah dia telah meninggalkan tabiatnya yg suka memberang; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
evil | n 1. force that brings about wickedness and harm, (kuasa) jahat: the conflict between good and ~, konflik antara kuasa baik dan kuasa jahat; 2. wickedness, kejahatan: money is the root of all ~, wang ialah punca segala kejahatan; 3. st very unpleasant, harmful, kecelakaan: he spoke out strongly against the ~s of war, dia memperkatakan kecelakaan peperangan dgn keras; some people regard prostitution as a social ~, sesetengah orang menganggap pelacuran sbg kecelakaan sosial; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
good | n 1. virtue, kebaikan: there is always some ~ in a person, lazimnya setiap orang mempunyai kebaikan; the eternal conflict between ~ and evil, konflik yg berterusan antara kebaikan dan kejahatan; 2. benefit, advantage, kebaikan: the punishment was for the childs own ~, denda tersebut adalah utk kebaikan anak itu sendiri; he worked for the ~ of his country, dia bekerja demi kebaikan negaranya; 3. use, gunanya: what ~ is furniture without a house, apa gunanya perabot tanpa rumah; 4. the ~, virtuous persons, orang baik: only the ~ die young, hanya orang baik yg mati muda; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
disunite | vt (act.) memecahbelahkan; (pass.) berpecah-belah: quarrels over inheritance ~ the family, pergaduhan krn harta pusaka telah memecahbelahkan keluarga itu; the country was ~d by racial conflicts, negara itu berpecah-belah krn konflik ras; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
irreconcilable | adj (fml) 1. (of persons) so hostile towards each other as not able to be reconciled, tdk mungkin berbaik: they remained ~ enemies for the rest of their lives, mereka bermusuhan dan tdk mungkin berbaik hingga ke akhir hayat; 2. (of opinion, proposal, objectives, etc) conflicting, sangat bertentangan: the two accounts are simply ~, dua cerita itu sangat bertentangan; 3. that cannot be settled, tdk mungkin dapat diselesaikan: an ~ conflict, konflik yg tdk mungkin dapat diselesaikan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
division | n 1. (math) pembahagian, bahagi: long ~, pembahagian panjang; short ~, pembahagian pendek; 2. separation into parts, pembahagian: the ~ of a country into electoral districts, pembahagian sesebuah negara kpd kawasan-kawasan pilihan raya; 3. dividing line, pemisah: the rivers form a ~ between the two states, sungai itu menjadi pemisah antara kedua-dua negeri; 4. disagreement, split, perbezaan (+ approp n): ~ of opinion, perbezaan pendapat; the people were torn apart by a wide ~ over the Vietnam conflict, rakyat berpecah-belah krn perbezaan pendapat yg besar ttg konflik Vietnam; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
conflict | konflik | Kesusasteraan | Tiada | Pertentangan antara kuasa, kepentingan, idea dan sebagainya yang terdapat dalam drama atau naratif. Pertentangan ini perlu untuk menimbulkan dan mengekalkan ketegangan dalam karya, seterusnya untuk menentukan aksi dan perjalanan plot dalam karya tersebut. Terdapat empat jenis konflik yang lumrah ditemui. Pertama, konflik yang bersifat fizikal atau alamiah, yakni konflik antara manusia dengan alam semesta, iaitu ribut petir, banjir dan sebagainya. Kedua, konflik yang bersifat sosial, iaitu konflik antara manusia dengan manusia. Ketiga, konflik yang bersifat dalaman atau psikologikal, iaitu konflik antara manusia dengan runtunan hati, perasaan atau fikirannya sendiri, dan keempat, konflik yang berlaku antara manusia dengan takdir. Karya yang baik biasanya menggabungkan beberapa jenis konflik. Konflik berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud pergaduhan atau pertembungan. Lihat juga ketegangan, struktur dramatik. |
peacebuilder | penggerak keamanan | Umum | Tiada | Individu atau organisasi yang menyokong, menggalakkan dan membawa kepada keamanan. Individu atau organisasi ini berusaha untuk melaksanakan langkah-langkah yang dapat mewujudkan dan mempertahankan keamanan dalam sesebuah negara yang terjejas akibat perang atau konflik-konflik lain melalui sokongan terhadap ekonomi, politik dan pembangunan sosial. |
conflict | konflik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pertentangan secara sedar dan langsung antara individu atau kelompok kerana sesuatu kepentingan. Pertentangan melahirkan sifat permusuhan dan segala usaha dibuat untuk mengatasi pihak lawan. Pendekatan ini melihat masyarakat sebagai sarat dengan konfIik dan ia bukan sahaja merupakan satu ciri normal sebaliknya boleh membawa perubahan dan pembangunan kepada masyarakat. Ketiadaan konfIik hanya menjadikan masyarakat statik dan mundur. Dalam konteks politik pula, konflik sering melibatkan persaingan merebut kuasa dan kejayaan menjatuhkan lawan. Secara amnya konflik dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu pertikaian, ketegangan, krisis dan peperangan. Pertikaian merupakan tahap konflik permulaan yang masih belum serius. Kegagalan menyelesaikan pertikaian akan mewujudkan keadaan ketegangan yang menimbulkan tindakan berhati-hati di kedua-dua belah pihak. Krisis pula merupakan tahap konflik yang lebih serius walaupun masih tidak melibatkan persentuhan fizikal. Peperangan merupakan kemuncak kepada konflik yang melibatkan pertembungan fizikal, kehilangan nyawa, harta benda dan kemusnahan. Bagi golongan realis, konflik dilihat sebagai sebahagian daripada kehidupan manusia yang tidak dapat dielakkan sementara bagi golongan idealis, konfik dilihat sebagai suatu fenomena yang negatif dan boleh dihindarkan. Sarjana sosial seperti Karl Marx, Dahrendorf dan Coser telah mengembangkan istilah konflik kepada satu konsep atau pendekatan yang penting dalam menjelaskan fenomena sosial. |
racial conflict | konflik ras | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pertentangan yang melibatkan kaum atau ras yang berbeza. Pertentangan ini boleh berlaku dalam bentuk kekerasan atau tanpa keganasan. Konflik ini boleh juga tercetus kerana prasangka yang serius, ketidakseimbangan ekonomi, perebutan kuasa politik, faktor primordial seperti bahasa, agama, warna kulit, budaya dan didalangi oleh pihak lain. Konflik ini boleh berlaku melalui penglibatan kerajaan atau bebas daripada campur tangan mereka dan boleh juga menyebabkan korban yang banyak seperti yang berlaku di Yugoslavia pada tahun 1992-1995. |
rising action | aksi menaik | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian plot dalam drama atau naratif yang pergerakan ceritanya meningkat melalui konflik yang semakin meruncing atau menegang, sehingga tiba ke kemuncak plot atau klimaks. Bahagian ini terletak selepas eksposisi atau pengenalan dan diisi dengan keruwetan, konflik dan ketegangan. Lihat juga babak, eksposisi, ketegangan, konflik, plot, puncak, ruwetan. Banding aksi menurun. |
class conflict | konflik kelas | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hubungan antara dua kelas sosial yang diwarnai dengan unsur antagonistik dan ketegangan dalam sesebuah masyarakat. Pertentangan ini tercetus disebabkan oleh faktor ketidakseimbangan politik, ekonomi dan sosial. Dalam konteks sejarah, konflik kelas dilihat sebagai unsur utama yang melahirkan perubahan dan perkembangan sistem sosial, misalnya daripada sistem feudal kepada sistem kapitalis iaitu manifestasi persaingan antara aristokrat dengan pemodal. Pertentangan kelas dalam masyarakat biasanya ditonjolkan dalam kehidupan seharian khususnya dalam politik. Ketegangan ini dimanifestasikan dalam pelbagai tindakan antaranya bersifat ganas dan berpanjangan seperti yang berlaku dalam Peperangan Daerah Johnson di Wyoming, Amerika Syarikat pada abad ke-19, bersifat tersembunyi seperti yang berlaku dalam produksi perkilangan antara pekerja dengan majikan atau dalam pertentangan yang bersifat kepartian seperti Parti Buruh dengan Parti Konservatif. Sinonim pertentangan kelas. |
Internal conflict | konflik dalaman | Kesusasteraan | Tiada | Pergelutan kejiwaan watak dengan dirinya sendiri yang terdapat dalam sesebuah naratif atau drama. Pergelutan ini berlaku dalam fikiran watak tersebut, seperti antara kemahuan nafsunya dengan bisikan hati nuraninya. Contoh dalam sastera Melayu ialah dilema watak Lokman dalam novel Hujan Pagi oleh A. Samad Said. Lihat juga konflik. |
equilibrium | keseimbangan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan aman, seimbang dan normal dalam sesebuah masyarakat tanpa sebarang konflik. Keadaan ini digambarkan dalam pendekatan fungsionalisme yang melihat semua bahagian dalam masyarakat itu menjalankan fungsi masing-masing tanpa wujudnya konflik. Dalam konteks teori permainan, satu pihak itu tidak akan menukar strateginya atau melakukan sesuatu tindakan yang berbahaya dan begitu juga dengan musuhnya kerana keadaan keseimbangan yang sedang wujud itu tidak mengancam kedudukan politik mereka. Pengekalan strategi masing-masing akan mengekalkan keadaan seimbang yang tidak merugikan mana-mana pihak. |
civil war | perang saudara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Konflik yang tercetus antara kelompok, etnik, puak atau golongan tertentu di kalangan rakyat dalam sesebuah negara. Peperangan ini boleh terjadi disebabkan oleh faktor ketidakpuasan hati atau penindasan satu pihak terhadap pihak yang lain, ketidakseimbangan pembahagian kekuasaan politik, ekonomi atau kewujudan jurang sosial yang melampau antara kelompok. Perang saudara kebiasaannya berlanjutan dalam tempoh yang panjang. Konflik seperti ini boleh berakhir melalui rundingan yang dipelopori oleh pihak ketiga dari luar atau melalui desakan kuasa-kuasa berkepentingan terhadap pihak yang terlibat setelah pihak yang berkonflik gagal mencari jalan penyelesaian. Contohnya, Perang Balkan yang terjadi antara pihak Serb, Croatia dan Bosnia di negara bekas kesatuan Yugoslavia pada tahun l992. |
role conflict | konflik peranan | Sosiologi Keluarga | Tiada | - |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
konflik | selisih [slisih] | Melanau Dalat | |
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd perisian atau papan ibu tidak dapat berfungsi dengan betul. ranap sistem (Ig. system crash; Br. pelanggaran sistem; Id. ranap sistem) Keadaan yang berlaku pada sistem pengendalian apabila suatu ralat atau konflik pada atur cara yang menyebabkan sistem pengendalian tidak boleh berfungsi dengan betul dan semua proses yang sedang diuruskan oleh sistem pengendalian perlu dihentikan sehingga masalah diselesaikan. Contohnya, serangan penafian layanan
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
konflik | [kon.flik] | کونفليک |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata konflik |
|
|