Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Multimedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
apakah itu komuniti bahasa?Komuniti ialah kumpulan orang yg tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat (di sesuatu tempat atau negara), orang ramai umumnya; 2. kumpulan individu yg mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepentingan, dll). Bahasa pula ialah sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb). Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna09.08.2008
Tuan, Untuk setiap dua set tiga ayat yang berikut yang manakah betul dari segi tata bahasanya? 1a) Guru sebagai pemimpin komuniti. 1b) Seorang guru sebagai pemimpin komuniti. 1c) Seorang guru sebagai seorang pemimpin komuniti. 2a) Seorang guru perlu menjadi seorang pengurus kelas yang baik. 2b) Seorang guru perlu menjadi pengurus kelas yang baik. 2c) Seorang guru perlu menjadi seorang pengurus kelas yang baik. Didahului dengan ribuan terima kasih. Yg benar, Mark.Bagi ayat nombor 1, ayat yang betul ialah 1a, iaitu Guru sebagai pemimpin komuniti.  Manakala ayat nombor 2, dicadangkan ayat berikut : Seseorang guru perlu menjadi pengurus yang baik.Tatabahasa15.11.2010
Pohon pandangan mengenai program komuniti yang ingin dilaksanakan oleh PERDA kepada penerima bantuan persekolahan/ rakyat termiskin. Nama program yang disyorkan ialah PROGRAM KOMUNITI SEJAHTERA RAKYAT. Ceramah keibubapaan akan juga diadakan pada program tersebut.

Saudara,

Nama program yang betul dari segi penggunaan bahasanya adalah seperti yang berikut:

PROGRAM KOMUNITI RAKYAT SEJAHTERA 

Tatabahasa01.12.2009
Pihak kami sedang merancang mengadakan program berkaitan kesihatan untuk komuniti. Program ini akan melibatkan pengguna. Bercadang menggunakan tagline = "Kenali Ubat, Komuniti Sihat Sejahtera. Mohon pandangan pihak tuan tentang kesesuaian bahasa dalam tagline tersebutCogan kata yang dicadangkan boleh digunakan.Tatabahasa22.02.2012
Sesuatu pertubuhan kecil, dalam penggunaan yang betul, yang mana satu, KOMITI atau KOMUNITI?Komiti ialah jawatankuasa atau panitia, manakala komuniti ialah masyarakat kesuluruhannya. Dalam bentuk yang lebih kecil atau subunit penubuhan jawatankuasa lazimnya dilakukan.Tatabahasa26.03.2011
1) Dalam Kamus Dewan dinyatakan bahawa sebutan 'erat' menggunakan e pepet. Namun, mengapakah komuniti masih menggunakan e taling untuk sebutan erat itu ? Justeru, adakah kita perlu mengikut Kamus Dewan ataupun kebiasaan dalam komuniti? Contoh: Bersukan mampu mempererat hubungan antara satu sama lain. 2) Apakah perbezaan antara 'bersama' dengan 'bersama-sama' ?

1. Walaupun perkataan ini tidak tergolong dalam homonim (seperti sepak dan sepak), masyarakat wajar menyebutnya seperti dalam pedoman/kamus.  

2. Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya ialah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. 

Tatabahasa01.04.2010
Indeks bolehkah disamakan dengan muka hadapan? Contohnya tajuk saya: Analisis kandungan muka hadapan laman web e-komuniti. Bolehkah saya menggantikan perkataan muka hadapan kepada indeks?Contohnya:Analisis kandungan indeks laman web e-komuniti.Untuk mengubah sesuatu tajuk yang telah diberikan secara prinsipnya tidak dibenarkan. Sdr. dinasihatkan bertemu dengan pensyarah/penganjur yang telah memberikan tajuk ini kepada sdr. Secara takrifan literal, Indeks membawa makna senarai butir kandungan buku (rujuk takrifan kamus Dewan).Takrifan Penerbitan pula indeks merupakan senarai nama, perkara, rujukan dan sebagainya yang disusun menurut abjad. Indeks dicetak pada bahagian akhir buku.Lain-lain25.02.2008
apakah pergertian bahasa baku dan huraian mengenainya? serta apakah yang di maksudkan mengenai komuniti bahasaBahasa baku ialah bahasa yang telah diterima umum sbg betul dan sah dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk dsb yang lain (standard). Komuniti bahasa pula ialah kumpulan-kumpulan bahasa seperti bahasa baku, dialek, idiolek,slanga, bahasa isyarat dsbnya. Terima kasih.Makna08.01.2007
maksud perkataan/istilah: 1. laman sesawang 2. kursus pendek 3. komuniti setempat

1. laman sesawang - laman web

2. kursus pendek - yang betul ialah kursus jangka pendek - kursus yang diadakan dalam tempoh yang singkat. 

3. komuniti setempat - masyarakat setempat / di satu tempat sehaja.

Makna12.03.2009
1. WHAT IS COMMUNITY? WHAT IS COMMUNITY DEVELOPMENT?Komuniti bermaksud 1. kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat(di sesuatu tempat atau negara)orang ramai umumnya.2. kumpulan individu yang mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepentingan,dll.) yang serupa. Development  atau  pembangunan bermaksud 1. perihal membangun,proses membangun(mencapai kemajuan,perkembangan,dsb.).2. usaha atau kegiatan membangunkan(memajukan dan mengembangkan). Oleh itu pembangunan komuniti bermaksud  perkembangan atau kemajuan komuniti.  Sila kemukakan pertanyaan saudara dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita.Lain-lain04.03.2009
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komuniti