Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Apa beza komitmen penuh dan komitmen tinggi? Mana yang lebih sesuai digunakan untuk contoh ayat di bawah? Contoh ayat : Terima kasih kepada Semua Kakitangan yang sentiasa ikhlas memberi komitmen yang penuh dalam mengharungi cabaran ini. Anda juga seorang wira.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan penuh dan tinggi adalah seperti yang berikut:

-Penuh: ki tidak kurang, cukup

-Tinggi: peringkat atas (ttg. Pangkat, taraf dll); sangat baik (mutunya dll)

Berdasarkan maksud-maksud di atas, komitmen penuh bermaksud memberikan komitmen yang cukup, dan komitmen tinggi bermaksud memberikan komitmen yang sangat baik. Oleh itu, kedua-dua perkataan (komitmen penuh dan komitmen tinggi) boleh digunakan dalam ayat contoh di atas.

Tatabahasa21.04.2020
komitmen kamikomitmen kami -SDATatabahasa12.11.2008
Salam DBP, Mohon nasihat bagi pilihan ayat yang lebih tepat: - Gabungkan semua pinjaman anda dan ringankan komitmen bulanan. atau - Satukan semua pinjaman anda dan ringankan komitmen bulanan. - Servis perbankan ke muka pintu atau - Servis perbankan di muka pintu Terima kasihAyat yang sesuai ialah gabungkan semua pinjaman anda dan ringankan komitmen bulanan. Frasa "servis perbankan ke muka pintu atau servis perbankan di muka pintu" betul dan penggunaan frasa tersebut bergantung pada maksud sesuatu itu begerak atau tidak. Sebagai contoh, kata sendi nama ke digunakan untuk sesuatu yang masih bergerak iaitu "Untuk pergi ke Kundasang, pengunjung perlu melalui perjalanan yang agak mencabar dari Kota Kinabalu". Kata sendi nama di pula digunakan untuk maksud sesuatu itu telah tidak bergerak lagi iaitu "Untuk tiba di Kundasang, pengunjung perlu melalui perjalanan yang agak mencabar dari Kota Kinabalu".

Lain-lain31.12.2015
Saya juga ingin bertanya sama ada istilah di bawah adalah betul atau tidak. "Relationship of effort-reward imbalance and overcommitment towards work engagement" = "Hubungan antara ketidakseimbangan usaha-ganjaran dan kelampauan komitmen terhadap penglibatan kerja"Terjemahan yang dicadangkan ialah Hubungan antara ketidakseimbangan usaha-ganjaran dan  komitmen berlebihan terhadap keterlibatan kerja.Penyemakan dan penterjemahan29.12.2015
Tuan, Adakah terjemahan ini betul? (dalam laras bahasa papan iklan) 1. 100 years of commitment. 100 tahun penuh komitmen. 2. 100 years of serving the nation. 100 tahun menyemai bakti. Dari segi tatabahasa, adakah ayat-ayat di atas betul? Terima Kasih.Terjemahan yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan.
1. 100 years of commitment - 100 tahun penuh komitmen
2. 100 years of serving the nation - 100 tahun menyemai bakti
Tatabahasa24.10.2012
comittedMakna comitted ialah mempunyai atau menunjukkan komitmen (terhadap sesuatu).Makna30.12.2009
Terima kasih kerana menjawab soalan saya.Terima kasih juga atas komitmen sdr. dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan.Lain-lain15.03.2010
MAKSUD ILTIZAM(i) KETERLIBATAN SECARA BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN PENUH TANGGUNGJAWAB DALAM MELAKUKAN SESUATU, KOMITMEN. (ii) PENYATAAN BERUPA PERSETUJUAN (PERJANJIAN) YANG MENYEBABKAN SESEORANG (SESUATU PIHAK) TERIKAT (BERAZAM) UNTUK MELAKUKAN SESUATU.Lain-lain02.12.2010
Adakah istilah pelaburan komited adalah terjemahan yang sesuai untuk committed investment, atau lebih sesuai ditukar kepada komitmen pelaburan?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah committed investment ialah pelaburan terikat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah25.10.2023
Salam sejahtera. Apakah peribahasa yang sesuai dengan ayat berikut "Datuk Mugilan sentiasa percaya bahawa kejayaan syarikatnya itu adalah disebabkan oleh komitmen para pekerjansya". Sekian, terima kasih.Cadangan peribahasa yang betul ialah:

1. Berat sama dipukul, ringan sama dijinjing
2. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
3. Bagai Aur dengan tebing
4. Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat
5. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Lain-lain07.08.2022
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komitmen