Kata |
Takrif |
Sumber |
komitmen | 1. sikap (pendirian atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian dsb atau menunjukkan sokongan dan azam yg sepenuhnya kpd sesuatu, iltizam: semuanya dihasilkan oleh barisan pekerja yg bersemangat tinggi, bermotivasi, dan mempunyai ~ yg tinggi terhadap kerja; Malaysia mengulangi ~nya terhadap projek ini; 2. perjanjian (persetujuan, kata putus, dsb) utk melakukan sesuatu yg menjadikan sesuatu pihak itu terikat utk melaksanakannya: buat sementara ini ~ sudah dibuat utk mengekalkan askar-askarnya di sana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iltizam | Ar 1. keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dlm melaksanakan sesuatu, komitmen: usaha pengembangan bahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka perlulah disertai oleh ~ drpd kerajaan sendiri; 2. penyataan berupa persetujuan (perjanjian) yg menyebabkan seseorang (sesuatu pihak) terikat (berazam) utk melakukan sesuatu: Saribuku adalah satu lagi ~ DBP dlm usaha utk menggalakkan budaya membaca. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengglobalisasikan | menyebarkan atau memperluas sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) ke peringkat global: matlamat seterusnya adalah utk ~ perniagaannya ke tahap antarabangsa; komitmen yg padu itu akan menyemarakkan lagi perjuangan ~ bahasa dan budaya Melayu pd tahap yg sewajarnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terfokus | terarah pd suatu tujuan (sasaran, perhatian dsb), tertumpu: mataku ~ pd sehelai sapu tangan merah yg kini berada di genggaman pengetua; komitmen yg lebih ~ terhadap penggunaan sumber; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
globalisasi | proses yg membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dgn adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dsb: dlm era ~ sekarang ini, kita lebih terdedah kpd pengaruh budaya luar; kesan pertama ~ ialah perkembangan pesat pasaran kewangan dunia;mengglobalisasikan menyebarkan atau memperluas sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) ke peringkat global: matlamat seterusnya adalah utk ~ perniagaannya ke tahap antarabangsa; komitmen yg padu itu akan menyemarakkan lagi perjuangan ~ bahasa dan budaya Melayu pd tahap yg sewajarnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fokus | 1. (Fiz) titik tempat sinar (cahaya, haba, bunyi) bertumpu atau tempat ia mencapah selepas pembalikan atau pembiasan; 2. tumpuan (perhatian, perbincangan, dsb): ada parti politik dan persatuan yg cuba memberi ~ kpd masalah ini; berfokus berpusat, tertumpu: bahasa yg kompleks yg kelihatan ~ pd isu atau tema semasa; memfokuskan 1. menjadikan (sinar cahaya, haba, bunyi) bertumpu pd satu titik, menumpukan: apabila bahagian depan mata terlalu bujur dan tidak bulat, cahaya tidak dapat difokuskan ke bahagian belakang mata; 2. memberikan tumpuan (perhatian dsb) kpd, menumpukan perhatian kpd, menonjolkan: drama sebabak ini ~ saat-saat terakhir pemberontakannya; terfokus terarah pd suatu tujuan (sasaran, perhatian dsb), tertumpu: mataku ~ pd sehelai sapu tangan merah yg kini berada di genggaman pengetua; komitmen yg lebih ~ terhadap penggunaan sumber; pemfokusan perbuatan memfokuskan: ~ kpd sasaran ini ditinggalkan kpd para pengkritik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
commitment | c. promise, engagement that restricts freedom of action, janji, komitmen: their ~ to support the government was welcome, janji mereka utk menyokong kerajaan dialu-alukan; Im afraid I wont be able to attend your dinner party because of prior ~s, saya minta maaf saya tdk dapat menghadiri jamuan makan malam puan krn saya ada janji yg telah saya buat terlebih dahulu; we would like to help but then we have other ~s, kami ingin membantu tetapi kami ada komitmen lain; 2. state of being obligated or bound, komitmen, iltizam: his ~ to the peace movement, komitmennya kpd pergerakan keamanan itu; the project would not have been successful without the ~ of the staff, projek itu tdk akan berjaya tanpa komitmen kakitangan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
commitment | n 1. a. obligation, responsibility that restricts freedom of action, tanggungan, komitmen: the reason he gave for not wanting to get married was that he didnt want any ~s, alasan yg diberikannya mengapa dia tdk mahu berkahwin ialah dia tdk mahu ada tanggungan; my ~s prevent me from taking a holiday, tanggungan saya menyebabkan saya tdk boleh mengambil cuti; b. pledge to follow certain course of action, komitmen: the United Statess defence ~s to the Philippines, komitmen pertahanan Amerika Syarikat kpd Filipina; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
serious | 5. sincere, earnest, sungguh-sungguh, serius: he is very ~ about his commitments, dia serius ttg komitmen-komitmennya; you should give ~ thought to changing your job, kamu seharusnya memikirkan sungguh-sungguh utk bertukar kerja; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
concerned | adj 1. worried, bimbang: the parents are ~ for their childrens safety, ibu bapa bimbang ttg keselamatan anak-anak mereka; 2. interested, mementingkan: she was much too ~ with her social commitments, dia terlalu mementingkan komitmen sosialnya; 3. caring, mengambil berat: he was genuinely ~ for our well-being, dia benar-benar mengambil berat ttg kesejahteraan kami; 4. be about, berkenaan: this report is ~ with the use of preservatives in the preparation of processed food, laporan ini adalah berkenaan dgn penggunaan bahan pengawet dlm penyediaan makanan proses; 5. affected, involved, berkenaan: we managed to contact the people ~, kami dapat menghubungi orang-orang yg berkenaan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
lose | 6. waste a. (time) terbuang; (with negative) membuang: he was in front of me because I lost ten minutes changing a tyre, dia mendahului saya oleh sebab masa saya terbuang sepuluh minit utk menukar tayar; she lost no time in replying to the the letter, dia tdk membuang masa membalas surat itu; b. (chance, advantage, etc) terlepas: he lost many opportunities to go overseas because of family commitments, dia terlepas banyak peluang utk ke luar negeri krn komitmen pd keluarga; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
political commitment | komitmen politik | komitmen politik | komitmen politik | Sains Politik |
goal committments | komitmen tujuan | komitmen matlamat | komitmen matlamat | Sosiologi |
institutional commitment | komitmen kelembagaan/institusi | iltizam/komitmen institusi | iltizam institusi | Sains Politik |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
commitment | keterikatan; komitmen/iltizam | Ekonomi | Tiada | Tiada |
commitment | keterikatan; komitmen/iltizam | Sosiologi | Tiada | Tiada |
public commitment | komitmen awam | Psikologi | Tiada | Tiada |
commitment | keterikatan; komitmen/iltizam | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
commitment | keterikatan; komitmen/iltizam | Psikologi | Tiada | Tiada |
engagement | keterlibatan | Kesusasteraan | Tiada | Komitmen penulis untuk mengetengahkan sesuatu ideologi, sama ada politik atau sosial demi perubahan sosial. Bagi mencapai tujuan ini, penulis menjarakkan dirinya dengan karyanya agar dapat menghasilkan penulisan yang lebih objektif. |
clients charter | piagam pelanggan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Penyataan komitmen secara bertulis atau satu jaminan yang diberikan oleh sesebuah jabatan atau organisasi terhadap produk atau perkhidmatan untuk pelanggannya mengikut standard kualiti yang ditetapkan. Piagam pelanggan biasanya menyatakan kesediaan perkhidmatan yang ditawarkan, layanan mesra yang diberikan, kecekapan pemprosesan yang dilaksanakan dan nilai-nilai kesopanan di dalam budaya kerja. Piagam ini perlu dipamerkan di tempat yang strategik di pejabat dan disebarkan untuk pengetahuan umum. Piagam Pelanggan harus mempunyai ciri-ciri yang jelas, khusus atau spesifik, kebolehpercayaan, senang disebar, praktikal dan boleh ditambah baik. Piagam Pelanggan ini terkandung dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA Bil. 3 Tahun 1993). Antara faedah utama piagam pelanggan ialah untuk melahirkan kakitangan yang berdisiplin, bertanggungjawab dan sentiasa bersedia meningkatkan akauntabiliti serta memberi petunjuk prestasi spesifik dalam membuat sesuatu penilaian. |
departmental objective | objektif jabatan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Merujuk kepada komitmen pengurusan untuk mencapai matlamat prestasi dalam masa yang telah ditetapkan. Di mana hasil yang capai mempunyai hubungan secara langsung dengan strategi, misi, visi dan nilai asas dalam sesebuah organisasi. Sesebuah jabatan mestilah mempunyai objektif yang dinyatakan dengan jelas untuk dijadikan panduan bagi membawa jabatan tersebut ke arah yang betul supaya dapat menjayakan peranan dan fungsinya. Objektif jabatan juga perlu selaras dengan dasar yang telah ditetapkan oleh pihak pemerintah. |
environmental policy | dasar alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Komitmen organisasi dan kerajaan untuk mematuhi undang-undang, peraturan, dan mekanisme yang berkaitan dengan isu alam sekitar. |
gig economy | ekonomi gig | Ekonomi | Tiada | Satu sistem pasaran bebas bercirikan pekerjaan sementara atau sambilan dan tidak terikat dengan komitmen jangka masa panjang dengan majikan. |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
landas | tengkujuh. | Beliau mengulangi ikrar tentang komitmen kementeriannya untuk membantu kaum nelayan bagi mempelbagaikan sumber pendapatan mereka terutama musim landas apabila keadaan laut merbahaya untuk mereka. | Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 4:01:21 PM ix KATA PENGANTAR Projek penyusunan kamus istilah adalah satu usaha yang sangat rapat kaitannya dengan usaha peristilahan. Usaha ini memerlukan kepakaran yang tinggi, ketekunan, iltizam serta komitmen yang bersepadu daripada pelbagai pihak yang terlibat. Walau bagaimanapun, kerjasama yang diperoleh daripada pakar bidang begitu menggalakkan. Penerbitan Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer ini merupakan kesinambungan daripada Siri Penerbitan Kamus
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
komitmen | [ko.mit.men] | کوميتمن |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
commitment fee | fi janji sanggup; fi komitmen; yuran komitmen | BANK, NIAGA |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata komitmen |
|
|