Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Zaman kini zamannya ilmu, Umat terbilang kerana ilmunya; Dengan laki janganlah ragu, Lambat pulang tarik seluarnya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman kini dunia terbalik, Bertukar faham sudah biasa; Dengan laki bersangka baik, Keluar malam biarlah saja.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman kini zamannya fitnah, Bila berkata semuanya bengak; Dengan laki janganlah lengah, Bila menyalah segera bertindak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman kini zaman kemajuan, Manusia banyak ilmunya; Dengan laki jangan melawan, Supaya tidak dimadukannya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman kini zaman kemaruk, Gila pangkat kemaruk harta; Dengan bini jangan beramuk, Supaya dapat duduk bermanja.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman kini beralih-alih, Mari hujan berubah panas; Dengan bini berkasih-kasih, Supaya makan selera puas.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman kini banyak musibah, Kerana orang suka berseteru; Puan berjanji hendak menikah, Hamba datang mengapa malu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Zaman kini banyak maksiat, Berbuat dosa orang tak takut; Tuan kunanti sepanjang hayat, Sampai ke syurga akan kuikut.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Zaman kini kemarau panjang, Layu semua betik dan terung; Badanku mati di rantau orang, Hatiku pada adik di kampung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Zaman kini sudah beralih, Nelayan tidak belayar lagi; Bukan kami berpindah kasih, Tuan tidak sabar menanti.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
 
kini (adverba)
Bersinonim dengan sekarang ini, waktu ini, dewasa ini, mutakhir;,
Kata Terbitan : terkini,

Puisi
 

Dari dulu cermin cina,
     Kini sekarang patah kakinya;
Dari dulu abang punya,
     Kini sekarang ada gantinya.



Lihat selanjutnya...