Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam sejahtera tuan. Saya ingin bertanyakan kekeliruan penggunaan frasa sendi nama 'pada masa kini'. Yang betulnya ialah 1. pada masa ini 2. kini Dengan berdasarkan maksud dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua hlm. 407, 'kini' bermaksud sekarang ini atau masa ini. Soalannya Bukankah bentuk frasa sendi nama yang tepat seharusnya pada kini kini=masa ini pada kini=pada masa ini Namun demikian, pengguna bahasa sering menggunakan bentuk 'kini' sebagai pembetulan bagi bentuk 'pada masa kini'. mohon penjelasan daripada pihak tuan ya. Jasa tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Untuk makluman, "pada masa kini" dan "pada masa ini" membawa maksud yang sama. Sungguhpun begitu, penggunaannya berbeza mengikut konteks ayat. Contoh:

a. Pada masa ini pengeluaran semikonduktor terdiri daripada 80% jumlah output industri.
b. Muzik dangdut masih mempunyai peminat pada masa kini.
Tatabahasa04.01.2021
Adakah perkataan 'pada masa kini' dan 'kini' boleh digunakan dalam karangan..?? Adakah pada masa kini adalah lewah dan perlu digantikan dengan 'Kini' sahaja..??

Frasa "pada masa kini" boleh digunakan sama seperti frasa "pada masa hadapan".

Tatabahasa30.05.2011
1. Isu bagi frasa masa ini atau masa kini. Kesemua maklum balas kepada soalan-soalan dalam khidmat nasihat membenarkan penggunaan frasa masa kini sedangkan kini sudah membawa maksud masa ini. 2. Apakah ejaan yang betul bagi asabiyah? 3. Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan e-mel tuan/puan sebelum ini adalah berkaitan. Adakah frasa "adalah berkaitan" gramatis?, atau apakah cadangan ayat yang lebih tepat bagi maksud yang sama?1. Untuk makluman, kini dan masa kini membawa maksud yang sama. Sungguhpun begitu, penggunaannya berbeza mengikut konteks ayat. Contoh:

a. Kini telah wujud bentuk penjajahan baharu
b. Pada masa kini, tidak semua percaya terhadap berita yang dipaparkan di laman social.

2. Ejaan yang betul ialah asabiyah
3. Contoh penggunaan ayat yang betul: Dengan segala hormatnya, perbincangan melalui telefon antara pegawai kami, Puan Khairunnisa  binti Ismail dengan pegawai tuan, Puan Zainun binti Abdullah  pada 21 September 2017 berkenaan hal tersebut di atas dirujuk.
Lain-lain09.03.2018
Lanjutan pertanyaan saya tentang frasa "masa kini" dahulu. Dalam ayat ini, misalnya, "Remaja masa kini kurang menghormati orang tua", ada pendapat mengatakan bahawa 'masa kini' tidak tepat kerana 'kini' sudah terangkum makna 'masa'. Benarkah pendapat itu? Jika benar, apakah pilihan lain yang tidak jauh bezanya untuk menggantikan frasa tersebut?Perkataan masa dan kini membawa maksud yang berbeza, masa bermaksud waktu atau ketika, manakala kini bermaksud sekarang ini, waktu ini. Justeru, frasa "masa kini" adalah betul dan tidak mempunyai unsur lewah dari segi maksudnya.Tatabahasa09.10.2007
saya ingin bertanya mengenai penggunaan frasa 'pada masa kini' dan 'pada masa ini'. adakah penggunaan 'pada' tidak boleh digunakan sekiranya menggunakan kata 'kini'.sebaliknya hanya 'pada masa ini'. manakala 'kini' digunakan untuk 'masa kini' tanpa ada kata 'pada'. apa perbezaan antara 'pada masa kini', 'pada masa ini' dan 'masa ini'. bolehkah 'masa ini' berfungsi sebagai kata pangkal ayat?gramatis ke penggunaannya?Yang lebih gramatis ialah "pada masa kini".Tatabahasa04.10.2007
MASA KINI / MASA INI/ KINI SEMASA KE SEMASA / MASA KE SEMASA HAL INI / INIUngkapan yang betul ialah masa kini dan dari masa ke masa atau semasa ke semasa.Tatabahasa11.12.2007
Salam... saya dah cuba buat carian di laman web pihak tuan tapi tak jumpa cara ejaan yg tepat... utk perkataan berikut sama ada dieja rapat atau jarak: 1.dikemas kini /dikemaskini? 2.mengemas kini / mengemaskini? 3.pengemaskinian? ( wujud ke ayat tu). Terima kasihEjaan yang betul ialah dikemas kini, mengemas kini dan pengemaskinian. Perkataan kemas kini apabila menerima imbuhan pada awal atau akhir perkataan sahaja, ejaannya dua perkataan dan apabila menerima imbuhan pada awal dan akhirnya seperti pe-...-an dalam pengemaskinian baharulah dieja satu perkataan.Ejaan22.11.2012
PENGGUNAAN HINGGA KE MASA KINI ATAU HINGGA KINIJawapan yang betul ialah hingga kini.Lain-lain10.08.2010
Apakah penggunaan yang betul sama ada sehingga kini atau hingga kini.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna hingga adalah : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); maka penggunaan yang betul ialah sehingga kiniTatabahasa27.12.2016
Salam, A. inginkan pengesahan ejaan berikut sama ada ditulis rapat atau jarak. 1.mengemaskini, 2.kemas kini, 3 mengubahsuai. B. Apa beza maksud 'pernyataan' dan 'penyataan'. Bila ia sesuai digunakan (terutama dalam soalan). Cthnya... 'dari pernyataan/penyataan berikut, nyatakan manakah yang benar?'1.mengemaskini = mengemas kini
 2.kemas kini= kemas kini
 3 mengubahsuai= mengubah suai
 

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pernyataan bermaksud 1. kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman 2. kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media.

Penyataan
pula bermaksud perbuatan menyatakan (melahirkan dan lain-lain).
Tatabahasa31.10.2012
Tesaurus
 
kini (adverba)
Bersinonim dengan sekarang ini, waktu ini, dewasa ini, mutakhir;,
Kata Terbitan : terkini,

Puisi
 

Dari dulu cermin cina,
     Kini sekarang patah kakinya;
Dari dulu abang punya,
     Kini sekarang ada gantinya.



Lihat selanjutnya...