Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
ASSALAMUALAIKUM.SAYA INGIN BERTANYA TENTANG NOVEL ANTARA DENDAM DENGAN PERJUANGAN KARYA ALI JUSOH,2007.MEMANG BENAR CERITA TERSEBUT BENAR TETAPI ADAKAH ADIK MAT ,IAITU MAT KILAU ADIK KEPADA ADIK YAK,IAITU TOK GAJAH?BUKANKAH MAT KILAU ANAK TOK GAJAH ,DAN TOK GAJAH BERSAMA DATO BAHAMAN SERTA MAT KILAU TELAH BERJUANG UNTUK PAHANG.BENARKAH WATAK ZAKI HAMIDON,MARIA,ABON,SERI BANUM,PRABASNA,ABANG MUSA,DERAMAN,TAMBI SAN,AH WEE,AMAT DAN LAIN-LAIN.DAN BAGAIMANA SAYA BOLEH MENULIS BUKU ATAU SYARAT -SYARATNYA.SAYA HARAP PIHAK ANDA DAPAT MEMBALAS PERTANYAAN SAYA INI.TERIMA KASIH. | Waalaikumusalam wbk. Bagi menjawab soalan sdr tentang watak-watak dan perwatakan dalam novel Dendam dan Perjuangan karya Ali Jusoh, sdr bolehlah menghubungi penulisnya sendiri di talian 09-6663312 (rumah) atau 019-9490727 (t/bimbit). Alamat rumah beliau ialah No. 4, Taman Teratai, To Jembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Mudah-mudahan beliau dapat menjelaskan sendiri tentang segala kemusykilan sdr. Berhubung dengan minat dan syarat-syarat menulis buku, sdr. boleh mendapatkan atau membeli buku-buku yang dijual di pasaran yang diterbitkan oleh pelbagai penerbit. Antara buku terbitan DBP ialah Panduan Menulis Puisi karya Rahman Shaari, Panduan Menulis Cerpen karya Othman Puteh dan Panduan Menulis Novel karya Shahnon Ahmad. Sekian, selamat berjaya dan wassalam. | Lain-lain | 02.12.2009 |
Soalan berkaitan istilah barangan tembikar / seramik. Adakah" Lustre painted dish " bermaksud " Pinggan bercat kilat? atau bercat kilau?" Terima kasih | Salam sejahtera, Lustre painted dish bermaksud pinggan bercat kilat Sekian, terima kasih. | Makna | 25.08.2020 |
Saya ingin bertanya istilah berikut untuk tembikar /seramik. 1) Adakah" Lustre painted bowl" bermaksud "mangkuk bercat kilat? atau bercat kilau?" 2) Adakah "Turquoise glazed water container", di dalam bahasa Melayu adalah "Bekas air bersepuh biru firus?" atau " Bekas air berglis biru firus?" Terima kasih. | Salam sejahtera, Lustre painted bowl bermaksud mangkuk bercat kilat manakala Turquoise glazed water container pula bermaksud mangkuk air berkaca berwarna firus | Makna | 21.08.2020 |
betul ke cahaya mata diguna pakai kembali menggantikan "cahaya hati". pohon penjelasan. | Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Kedua-dua istilah ini boleh digunakan kerana cahaya mata membawa maksud a) kilau mata, sinar mata; b) kekasih, buah hati; dan juga c) anak. Manakala cahaya hati merujuk kepada pengunaan dalam bidang sastera yang bersifat metafora yang menujukkan kebaikan, kebeningan akhlak, dan maksud khusus daripada pengkarya. Molek kiranya dijadikan http://prpm.dbp.gov.my/ sebagai teman setia di hujung jari. | Lain-lain | 05.02.2014 |
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya adakah gemerlap ialah kata adjektif. Jika ya, saya terjumpa satu rujukan terbitan DBP (Tatabahasa Dewan Bentuk Kata m/s85) yang memberi satu contoh gemerlap ialah kata nama selepas berlaku proses sispan -em-. Saya ingin kepastian sahaja bukan mencari kesalahan. Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 659), kata gemerlap diberikan dua kelas kata iaitu kata adjektif dan kata nama. Sila lihat takrifan entri ini. gemerlap kata adjektif 1 (bkn lampu, berlian, bintang dll) bersinar atau berkilau-kilau cahayanya: Mahkotanya bertatahkan permata berlian yg gemerlap. 2 (bkn sso atau sst) cemerlang dan hebat krn banyak kejayaan dicapai atau dicipta dlm sst bidang: Tahun ini, pasukan Cameron lebih gemerlap berbanding tahun lalu. kata nama 3 cahaya yg bersinar atau berkilau-kilau pd lampu, berlian, bintang dll: Tataplah gemerlap bintang-bintang yg bertaburan di langit malam. 4 sinar kecemerlangan atau kehebatan sso atau sst: Gemerlap kehebatan pasukan itu yg mengungguli Liga Perdana kian terpancar. Kelas kata yang digunakan adalah mengikut penggunaan dan konteks bagi kata tersebut. | Lain-lain | 30.06.2021 |
Selamat sejahtera, Berkaitan atau berkaitan dengan? Pada pendapat sy, sepatutnya "berkaitan" kerana mengambil konsep yang sama apabila perkataan berimbuhan apitan ber-an, selepas terus kepada predikat atau pelengkapnya. Contoh: bersumberkan wahyu, berpandukan peta, bermodalkan rm1000 dan sebagainya. Namun, kenapa dalam khidmat nasihat DBP masih banyak menggunakan "berkaitan dengan"? Harap dapat berikan penjelasan kepada saya. Terima kasih. | Untuk makluman puan, kata kerja berapitan beR-...-kan membentuk kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap. Contohnya, bermodalkan RM1000, bersumberkan wahyu dan berpandukan peta. Kata kerja yang terbentuk melalui beR-...-an ialah kata kerja tak transitif yang lazimnya menerima keterangan sendi nama yang memerlukan kata sendi nama seperti dengan, sejak, sehingga dan lain-lain. Contohnya bersedihan sejak..., berkilauan akibat.., berkaitan dengan... dan lain-lain. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 199-200 untuk rujukan.
| Tatabahasa | 06.10.2020 |
|
Puisi |
---|
|
Jatuh ke laut menjadi pulau, Pulau delapan menjadi sembilan; Di dalam kilat adanya kilau, Awan hitam mengandung hujan.
Lihat selanjutnya... |
|