Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
salam nak tanya, khawatir boleh digunakan atau tidak ya? atau nak guna khuatir ? | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, ejaan "khuatir" merupakan penggunaan yang lebih lazim, standard dan diutamakan. | Ejaan | 26.07.2023 |
Bolehkah saya tahu akan perkataan khuatir mahu bertukar kepada mengkhuatir menjadi betulAdakah mengkhuatir dengan telah salah berdasarkan Tatabahasa asas KKM kuathir dengan situasi ini dan mengambil langkah segera untuk meningkatkan lagi kapasiti merawat Covid-19 pada lapangan | Untuk makluman puan, ayat di atas tepat, manakala perkataan mengkhuatir tidak boleh digunakan dalam ayat di atas. Perkataan khuatir boleh menerima apitan "meN-...-kan" menjadi mengkhuatirkan yang membawa maksud menyebabkan (menimbulkan) rasa khuatir, membimbangkan, menakutkan. Contoh ayat: ... tempat ini dikawal, tiada apa yang mengkhuatirkan.
| Tatabahasa | 16.07.2021 |
barang siapa di antara kamu khuatir tidak dapat bangun pada akhir malam... pertanyaan: yang mana satukah betul penggunaan antara dan di antara? | Jawapannya: antara | Tatabahasa | 10.04.2018 |
Tuan, walaupun saya sering menggunakan perkataan ini dalam penulisan, tetapi saya khuatir jika kurang tepat dalam peraturan bahasa Malaysia. Perkataan tersebut ialah 'menge-melkan' dari kata dasar 'e-mel'. Bolehkah perkataan 'e-mel' menerima imbuhan sedemikian? Maklum balas daripada pihak DBP amat dialu-alukan. Terima kasih. | Kata terbitan yang betul bagi e-mel ialah meng-e-melkan. | Lain-lain | 09.12.2008 |
perkataan sama erti bagi perkatan2 berikut: i)bimbsng, takut ii)sedih, sayu iii)kacau, tidak tenteram | risau,gelisah,khuatir. | Tatabahasa | 22.08.2007 |
Assalamualaikum w.t.b dan salam 1Malaysia tuan/puan. Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang bahasa khususnya bahasa Melayu dan khuatir ilmu bahasa yang pernah dipelajari di peringkat STPM dahulu hilang begitu sahaja. Saya dan seorang lagi rakan sebaya serta dibimbing oleh para guru bahasa Melayu yang berpengalaman luas dan bidang pendidikan dan bahasa Melayu mula mengambil tindakan dengan mula menubuhkan sebuah pusat bahasa Melayu yang dinamakan sebagai "Klinik Bahasa Melayu". Kami baru sahaja menubuhkannya pada bulan ini (Mac). Soalan pertama, pihak DBP ada atau tidak mengeluarkan sijil pengiktirafan atau sijil kebenaran untuk kami mengajar bahasa Melayu supaya ia selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh DBP. Kami sedia untuk mengambil peperiksaan untuk menguji tahap ilmu bahasa Melayu kami supaya kami yang bertindak sebagai "doktor" bahasa Melayu tidak tersalah "mengubati" pengguna bahasa Melayu. Fokus kami adalah untuk membantu pengguna bahasa Melayu agar menggunakan bahasa Melayu dengan betul khususnya bagi para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Dan kami begitu ghairah untuk mengambil peperiksaan khas sekiranya pihak DBP mahu mengadakannya. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman tuan, DBP belum pernah memberikan pengiktirafan atau pengakreditasian program bahasa yang dilaksanakan oleh pihak luar. Dalam membantu DBP melaksanakan pelbagai program kebahasaan, DBP mempunyai sekumpulan pegawai yang diiktiraf untuk membantu DBP, iaitu Munsyi Dewan. Kumpulan ini dipilih setelah melalui ujian pemilihan yang disyaratkan oleh DBP. Untuk maklumat lanjut tentang program Munsyi Dewan, bolehlah hubungi Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Puan Siti Aisah Murad di talian 03-21479222 atau e-mel aisah@dbp.gov.my. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kursus anjuran DBP pula, boleh hubungi Ketua Akademi DBP, Dr. Amran Joned di talian 03-21479779 atau e-mel amran@dbp.gov.my. | Lain-lain | 22.03.2015 |
Saya merupakan seorang pelajar yang berminat dalam mengarang sajak.Walaubagaimanapun,saya mempunyai masalah untuk berkongsi karya saya bersama pembaca. Saya juga khuatir sekiranya sajak yang dikarang itu terdapat kesalahan kerana penghasilan sajak tersebut tanpa panduan dan bimbingan sesiapa.saya juga berminat untuk menyertai sebarang pertandingan bermotifkan sajak anjuran mana-mana pihak tetapi saya jarang menjumpai iklan-iklan mengenai pertandingan sajak melainkan pertandingan esei.Saya harap pihak DBP dapat membantu saya dalam menangani masalah ini. | Untuk menjadi seorang pengarang atau penyair yang baik, sdr. digalakkan membeli atau memiliki buku Panduan Menulis Sajak karya Rahman Shaari, terbitan DBP. Amat pasti - untuk menghasilkan sesebuah sajak yang bermutu memerlukan seorang penyair/penulis yang dapat menguasai bahasa dengan baik. Sekian dan salam. | Lain-lain | 02.04.2009 |
apakah terjemahan yang paling tepat dan sesuai untuk terma perbankan 1. "revolving trade facility" . Saya pernah cuba menterjemahkan ia kepada "fasiliti dagangan pusingan" tetapi khuatir ia susah difahami. Apakah alternatif terjemahan lain yang boleh saya cuba supaya ianya mudah difahami awam. 2. "Joint and Several Guarantee" Sebelum ini saya telah menterjemahkan ia kepada "Jaminan Bersama dan Berasingan" tetapi ada pihak yang berpendapat ianya terjemahan yang tidak tepat untuk terma berikut. 3. "Recourse" - contoh ayat "You are required to bear all GST charges incurred on any expenses, fees or recourse in respect of this product" di dalam hal ini, adakah tepat untuk saya menterjemahkan ia kepada fi dan rekursa? | Yang berikut padanan bahasa Melayu: 1. Revolving trade faciliti = Kemudahan Pusingan Perdagangan 2. Joint and several Guarantee = Jaminan Bersama dan Berasingan 3. recourse = Rekursa | Penyemakan dan penterjemahan | 15.06.2016 |
Saya ingin mengemukakan cadangan pertukaran istilah dalam Khidmat Nasihat bagi istilah "outreach program" yang telah dicadangkan sebagai "capaian program". Saya dapati ini tidak menepati hukum Diterangkan-Menerangkan. Saya juga khuatir ini akan menjadi ikutan sesiapa yang ingin merujuk istilah ini kelak. Diharap pembetulan dapat dilakukan. Sekian. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "outreach program" ialah program khidmat masyarakat atau program bantuan. | Istilah | 21.09.2016 |
Adakah terdapat sebarang kesalahan pengguanaan kata 'langsung' di bawah? 1. Penerbangan Malaysia mengadakan penerbangan langsung ke London. 2. Siaran langsung pertandingan itu akan disiarkan melalui semua saluran televisyen. 3. Kejatuhan harga bijih timah meninggalkan kesan secara langsung terhadap ekonomi negara kita. 4. Dia langsung tidak khuatir akan risiko yang bakal dihadapinya. | Tiada kesalahan langsung. Semua penggunaan perkataan "langsung|" dalam keempat-empat ayat adalah betul. | Istilah | 27.08.2014 |
|
Tesaurus |
---|
| khuatir (kata kerja,) | Bahasa Asal :Arab | Bersinonim dengan cemas, gelisah, gusar, resah, bimbang, takut, ragu-ragu, curiga,
walang hati, bersusah hati, bersedih hati, dukacita, berhati walang, syak walang,
tidak sedap hati;, | | Kata Terbitan : mengkhuatiri, mengkhuatirkan, kekhuatiran, |
|
|