Kata |
Takrif |
Sumber |
ketetapan | 1 sesuatu yg sudah ditetapkan atau diputuskan; keputusan; ketentuan: Mereka telah membuat ~ utk merayu kpd pihak majikan supaya mengambil balik pekerja-pekerja yg dipecat dahulu. 2 keteguhan hati atau kemahuan; ketabahan hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketetapan pajak | Id taksiran pajak (cukai dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketetapan | 1. perihal tetap, kepastian, ketentuan: apa yg sedang berlaku dlm masyarakat kita bukanlah drpd ajaran Islam, malah jauh menyimpang drpd ~ hukum-hukum Islam; 2. keputusan, ketentuan, pertimbangan: Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengambil satu ~ menyeru supaya semua pihak tidak berkeras dlm krisis Timur Tengah; 3. surat pengangkatan (perlantikan); 4. keteguhan (hati, kemahuan, dll), kekukuhan, kecekalan: kemahuan dan ~ hati akan mencapai suatu cita-cita yg mulia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketetapan | 1 sesuatu yg sudah ditetapkan atau diputuskan; keputusan; ketentuan: Mereka telah membuat ~ utk merayu kpd pihak majikan supaya mengambil balik pekerja-pekerja yg dipecat dahulu. | Kamus Pelajar |
deduksi | ist (hal membuat) kesimpulan atau ketetapan yg khusus berdasarkan hal atau andaian yg agak umum sifatnya. mendeduksikan membuat kesimpulan atau ketetapan yg khusus berdasarkan hal atau andaian yg agak umum sifatnya; membuat deduksi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
deduksi | ist (hal membuat) kesimpulan atau ketetapan yg khusus berdasarkan hal atau andaian yg agak umum sifatnya. mendeduksikan membuat kesimpulan atau ketetapan yg khusus berdasarkan hal atau andaian yg agak umum sifatnya; membuat deduksi. | Kamus Pelajar |
isbat | Ar ketetapan, penetapan, pengukuhan, sah (tentu); mengisbatkan mengesahkan, menetapkan, menentukan, mengukuhkan (kebenaran sesuatu); pengisbatan penetapan, penentuan, pengesahan: ~ yg jelas oleh Aquinas ini bukanlah bermakna manusia itu tidak ada kuasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tetap | ketetapan | Kamus Pelajar |
rukhsah | Ar kelonggaran ketetapan hukum syarak kerana darurat (spt memakan bangkai, memendekkan sembahyang dlm perjalanan, meninggalkan puasa ketika sakit). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengharaman | tindakan atau ketetapan mengharamkan (melarang, menegah, menolak), pelarangan, penegahan: ~ minuman keras adalah atas sebab-sebab moral dan kesihatan; beberapa buah negara mencadangkan ~ senjata-senjata atom. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
regularity | n ketetapan, tetapnya: the ~ of their attendance is to be applauded, ketetapan kehadiran mereka harus dipuji; the accounts are checked with great ~, akaun-akaun itu disemak dgn tetapnya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
steadiness | 2. condition of being not fluctuating, ketetapan, kestabilan: the ~ of the barometer indicates settled weather, ketetapan bacaan barometer menunjukkan keadaan cuaca yg stabil. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
constancy | n 1. quality of being firm or unchanging, ketetapan; (tech) kemalaran: ~ of purpose, ketetapan azam; 2. faithfulness, kesetiaan: he had expected ~ from his wife, dia mengharapkan kesetiaan drpd isterinya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
resolution | the country is not bound by the UN ~, negara itu tdk terikat dgn ketetapan Bangsa-Bangsa Bersatu; at the meeting the following ~ was passed, dlm mesyuarat itu ketetapan berikut telah diluluskan; 4. solution, penyelesaian: the ~ of our problems, penyelesaian masalah-masalah kita; 5. separation into constituents, peleraian: the ~ of white light into the colours of the spectrum, peleraian cahaya putih menjadi warna-warna spektrum. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
permanence | n ketetapan, tetapnya: the ~ of the system , tetapnya sistem itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
stipulation | n (fml) ketentuan, syarat, ketetapan: they made the ~ that the money must be paid into the Swiss Bank account, mereka membuat syarat bahawa wang itu mesti dibayar dlm akaun bank di Switzerland. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fixity | n (of purpose) ketetapan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
vetoing | n pemvetoan: the ~ by member countries of two resolutions, pemvetoan dua ketetapan oleh negara-negara anggota. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
resolve | vt 1. decide firmly, determine, berazam: he has already ~d to change his job, dia telah pun berazam utk menukar kerjanya; 2. separate into constituents, meresolusikan; ~ itself, teresolusi: the liquid will ~ itself into its constituent elements, cecair itu akan teresolusi menjadi unsur-unsur juzuknya; 3. pass by vote, /mengambil, membuat/ /ketetapan, resolusi/: the meeting ~d that the matter be adjourned, mesyuarat itu membuat ketetapan supaya perkara itu ditangguhkan; 4. solve, menyelesaikan: our doubts were ~d eventually, keraguan kami akhirnya diselesaikan; there are still some problems to be ~d, masih ada beberapa masalah yg perlu diselesaikan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
veto | n veto: the US President can exercise his power of ~ to prevent any bill becoming law, Presiden AS boleh menggunakan kuasa veto utk menghalang sebarang rang undang-undang menjadi undang-undang; the King has the right of ~ over the Councils resolutions, Raja mempunyai hak veto thdp ketetapan Majlis itu; a ~ is likely if the motion is introduced, veto mungkin digunakan sekiranya usul itu diperkenalkan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
fixity | ketetapan | ketetapan | ketetapan | Kejuruteraan |
functional fixedness | ketetapan fungsional | ketetapan fungsional | ketetapan fungsional | Pendidikan |
object constancy | ketetapan objek | ketetapan objek | ketetapan objek | Perubatan |
relative fixity | ketetapan relatif | ketetapan relatif | ketetapan relatif | Linguistik |
permeability | permeabilitas | ketetapan | ketetapan | Perubatan |
membrane permeability | permiabilitas membran | ketetapan membran | ketetapan membran | Perubatan |
moratorium resolution | resolusi moratorium | Tiada | ketetapan moratorium | Undang-undang |
constants | ketetapan | Tiada | Tiada | Farmasi |
judicial decision | keputusan pengadilan | ketetapan kehakiman | keputusan kehakiman | Pendidikan |
attitude hold switch | pengatur penahan keadaan | suis ketetapan atitud | suis tetapan atitud | Kejuruteraan Kapal Terbang |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
determinacy | ketetapan | Kesusasteraan | Tiada | Kestabilan sesuatu teks yang bersandarkan ketetapan. Ada lima ketetapan, iaitu pertama, bahasa boleh mengungkap maksud yang stabil. Kedua, maksud yang tersirat dalam sesebuah teks bersandarkan kepada konteksnya. Ketiga, maksud yang disampaikan dalam teks dikawal oleh penulis. Keempat, sesebuah karya mempunyai struktur tertentu dan pasti berakhir dengan penutupan, dan kelima, kritikan sastera hanyalah aktiviti sampingan dalam penghayatan karya tersebut. Kelima-lima ketetapan ini mementingkan aspek menyeluruh yang mengesahkan kepentingan diri dan kehendak manusia. Kepentingan ketetapan untuk menghayati sesuatu karya mula diancam dengan perkembangan teori strukturalisme dan pascastrukturalisme. Kestabilan yang diketengahkan dengan ketetapan mula dipersoalkan. Hal ini menyebabkan maksud sesuatu teks sukar dipastikan, dan akhirnya menimbulkan keraguan terhadap erti sebenar karya. |
traceable expenditures | perbelanjaan surihan | Komunikasi | Korporat | Peruntukan perbelanjaan pengiklanan yang dikenal pasti berasaskan ketetapan yang dibuat oleh pihak bertanggungjawab yang diperakui oleh agensi pengiklanan. Pihak yang bertanggungjawab ini termasuk kerajaan, persatuan pengiklanan yang diiktiraf, stesen penyiaran, syarikat akhbar, atau syarikat penerbitan yang lain. Ketetapan kos ini bergantung pada pasaran, iaitu jumlah permintaan atau edaran, mutu dan peringkat kemasyhuran sesebuah stesen penyiaran, atau syarikat akhbar dan majalah pada sesuatu masa tertentu. Ketetapan kos ini kerap dirujuk dan digunakan sewaktu penyediaan belanjawan sesuatu aktiviti pengiklanan sesebuah syarikat pengeluar atau akaun agensi pengiklanan. Ketetapan kos pengiklanan yang disediakan oleh pihak bertanggungjawab tersebut menjadi rujukan utama kepada syarikat media, syarikat pengeluar, atau pihak kerajaan untuk memantau dan mengesahkan sesuatu belanjawan pengiklanan yang telah dan akan dilaksanakan. |
collective decision | keputusan kolektif | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Satu ketetapan yang dibuat atau dicapai secara bersama dalam kalangan organisasi tertentu. Oleh itu, semua ahli yang terlibat dalam membuat keputusan bertanggungjawab penuh terhadap segala ketetapan yang telah dibuat. Sebagai contoh, barisan Jemaah Menteri bersama-sama bertanggungjawab di atas segala keputusan yang dibuat oleh Kabinet seperti pembatalan pembinaan Jambatan Indah yang menghubungkan Malaysia-Singapura. Keputusan pembatalan jambatan tersebut dipertanggungjawabkan kepada semua Jemaah Menteri dan bukannya terletak di bahu Perdana Menteri sahaja. |
business policy | dasar perniagaan | Pengurusan | Perancangan | Ketetapan yang ditentukan oleh pengurusan organisasi untuk menjadi garis panduan yang boleh membantu ahli organisasi membuat keputusan dalam ruang lingkup tertentu tanpa perlu merujuk kepada pihak atasan. Dasar perniagaan merupakan ketetapan jangka panjang yang digunakan untuk memantau setiap keputusan dan aktiviti berkaitan. Dasar perniagaan boleh mencakupi setiap fungsi utama organisasi termasuk dasar perolehan sumber manusia, dasar kewangan dan dasar dalam urus niaga operasi. |
adjudgement | ketetapan | Sukan | Tiada | Keputusan pengadil yang menetapkan pemukul terkeluar daripada permainan. |
decision making | pembuatan keputusan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Proses atau tindakan mengambil ketetapan bagi sesuatu perkara atau isu. Pembuatan keputusan merupakan satu perkara yang amat penting dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. Setiap keputusan yang diambil mestilah profesional, rasional, bijaksana, tepat, adil dan saksama serta tidak bias kepada mana-mana pihak. Ini kerana setiap keputusan akan mempengaruhi segala aktiviti, rancangan dan perjalanan sesebuah organisasi. Dalam proses pembuatan keputusan, beberapa perkara perlu dikenal pasti iaitu, (i) Penyataan masalah dan pengumpulan maklumat, (ii) Mencari alternatif, (iii) Meramalkan kemungkinan yang akan berlaku dan merancang perkara-perkara di luar jangkaan, dan (iv) Membuat ketetapan, menentukan risiko dan ganjaran yang akan diterima. Antara beberapa masalah yang biasa berlaku berhubung dengan proses pembuatan keputusan iaitu kelewatan, penyelewengan, kekaburan dan ketidakpastian. |
relative fixity | ketetapan relatif | Linguistik | Tiada | Tiada |
perceptual constancy | ketetapan pengamatan | Pendidikan | Tiada | Tiada |
relative fixity | ketetapan relatif | Pendidikan | Tiada | Tiada |
extraordinary resolution | ketetapan luar biasa | Ekonomi | Tiada | Tiada |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
ketetapan | [ke.te.ta.pan] | کتتڤن |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
alat piawai | standard tool | Alat yang telah ditentukan ukurannya mengikut ketetapan sistem piawai antarabangsa. Contohnya, pembaris atau pita pengukur digunakan untuk mengukur panjangnya sesuatu objek. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
alat tidak piawai | non-standard tool | Alat yang tidak ditentukan ukurannya mengikut ketetapan sistem piawai antarabangsa. Contohnya, pensel digunakan untuk mengukur panjang sesuatu objek. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketetapan; |
|
|