Menganyam Kedukaan APDRAN PANEL PENILAI PUISI 1991 Abizai Abi dengan puisi “Jangan” yang membawakan objek-objek ‘ranting’, ‘joran’, ‘keris dan ‘atap’ telah mengemuka- kan suatu sikap hidup manusia yang mulia, iaitu kebijaksanaan, ketabahan dan keyakinan diii ketika menghadapi setiap cabaran atau dugaan. Penggunaan pengulangan kata ‘jangan’ pada per- mulaan bans setiap rangkap dan bans-bans yang terbentuk serta tersusun secara benimbangan dalam rangkap mengemukakan pensoalan biasa, iaitu tentang kenangan, penghargaan serta sanjungan terhadap budi dan bakti guru. Namun pernyataan pemikiran dan perasaan Adi yang berkembang di atas landasan kebenaran dan kejujuran telah menyentuh hati nurani pembaca dengan kesan yang mendalam. Penggunaan ungkapan-ungkapan bersifat metafora seperti ‘gunung duka’, ‘lembah kedaifan’, ‘layar khidmat’, ‘payung amanah’ dan ‘hujan alpa’ terasa begitu puitis serta berhasil menimbulkan citra
|
|
|