Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SAFARIYYAH, KERAJAAN

Safariyyah, Kerajaan (254289 H./ 868902 M.).

Kerajaan Safariyyah didirikan di bahagian selatan

Iran. Nama kerajaan ini bersempena dengan nama

Yakub ibn al-Layth al-Safar, seorang yang berani,

yang mengambil kesempatan semasa kerajaan

Abbasiyyah lemah akibat bergolak politik serta

kekacauan yang semakin serius, yang dilakukan oleh

orang Negro. Dia memang bercita-cita untuk

menguasai kawasan selatan Iran, Parsi dan

Khurasan. Dia berjaya menubuhkan kerajaannya

selepas menjatuhkan kerajaan al-Tahiriyyah, dan

diiktiraf oleh Baghdad sebagai gabenor yang

merdeka. Namun, dia masih belum berpuas hati

malah bercita-cita untuk mengambil alih kedudukan

orang Turki di Baghdad. Kerajaan terpaksa akur

kepada kehendaknya apabila dia menyiapkan

angkatan tentera untuk tujuan tersebut. Justeru itu,

al-Safar diberi pengiktirafan sebagai gabenor di

wilayah Khurasan, Tabaristan, Jurjan, Ray dan Parsi.

Dia juga dilantik sebagai Ketua Polis Baghdad dan

Samarra. Al-Safar masih belum berpuas hati. Dia

berhasrat untuk ke Baghdad dan mengambil alih

Baghdad yang merupakan pusat kekuasaan bangsa

Turki. Khalifah al-Muwaffaq tidak ada pilihan lain

kecuali bertindak memerangi al-Safar. Khalifah

mengetuai satu angkatan tentera lalu menyerang al-

Safar berserta tenteranya dan berjaya menewaskan

mereka. Al-Safar tewas kerana tenteranya berpaling

tadah dan menyertai tentera khalifah apabila mereka

melihat pasukan yang akan ditentang diketuai oleh

khalifah sendiri.

UMUM
PERANG GERILA

Perang gerila ialah perang oleh kumpulan

pejuang yang berkeliaran dan menyeksa musuh

melalui serang hendap, penyerbuan mendadak,

dan serangan skala kecil yang lain. Gerila

mungkin tersusun, tetapi mereka biasanya

berjuang dalam kumpulan kecil. Mereka biasanya

beroperasi di belakang barisan musuh dan

menggunakan taktik hentam-dan-lari dan sabotaj

untuk mengejutkan dan menyeksa musuh. Mereka

mengambil kesempatan atas ciri-ciri kawasan

semula jadi seperti hutan, bukit, tasik, dan

sungai kepada bersembunyi dan melancarkan

serangan. Apabila keganasan dilancarkan di

kawasan bandar, operasi sedemikian biasanya

dikenali sebagai Keganasan Bandar. Mereka

melakukan pengeboman, penculikan, dan

tindakan ganas yang lain. Gerila kadang-kadang

dikenali juga sebagai pejuang bawah tanah atau

penentang , atau partisan . Taktik gerila biasanya

digunakan oleh kumpulan yang terhad sumbernya

untuk menentang musuh yang lebih hebat dari

segi kuasa dan kekuatan. Perkataan gerila

bermaksud perang kecil dalam bahasa Sepanyol

dan pertama kali digunakan semasa Perang

Semenanjung Napoleon (18081814).

UMUM
ABDUL HADI W.M

ABDUL HADI W.M (1946- ), penyair sufi Indonesia. Dia banyak memberi kuliah dan ceramah di beberapa tempat di Malaysia dan  pernah dilantik sebagai Ahli Cipta pada tahun 1991 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kesempatan inilah digunakannya untuk meraih gelaran Doktor Falsafahnya.

 
SASTERAKonsep
MAHKAMAH TENTERA

Mahkamah tentera memutuskan kes

perundangan yang berkaitan dengan anggota

perkhidmatan bersenjata dan orang awam yang

bekerja di pangkalan tentera. Mahkamah tentera

mengikut kaedah perundangan yang biasa.

Contohnya, banduan-banduan dianggap tidak

bersalah sehingga terbukti kesalahannya secara

terperinci dan diberi butir-butir pertuduhan

terhadap mereka. Dalam kes yang lebih berat,

banduan-banduan diberi peguam bela yang

terlatih (biasanya tanpa dikenakan sebarang

bayaran) dan diberi setiap kesempatan untuk

menyediakan kes mereka sendiri.

UMUM
PERANG GRANADA

Perang Granada berlaku pada tahun 897 H./

1492 M. antara orang Islam di bawah pimpinan

Bani Ahmar dengan orang Kristian Andalus.

Peperangan ini disebabkan kemunculan kerajaan-

kerajaan kecil Islam di kalangan bangsa Arab yang

dikenali sebagai kerajaan-kerajaan kecil zaman al-

Tawaif , selepas kejatuhan kerajaan Bani Umaiyyah

di Andalus. Salah satu daripada kerajaan itu ialah

kerajaan kecil Granada yang merdeka pada tahun

630 H./1232 M. dan dipimpin oleh Bani Ahmar.

Perpecahan ini menyebabkan kelemahan orang

Islam di Andalus. Orang Kristian telah mengambil

kesempatan di atas kelemahan orang Islam dengan

mengukuhkan wilayah-wilayah mereka di utara

bagi menghadapi kerajaan-kerajaan Islam Arab ini

yang kebetulan sedang berselisih untuk berebut

kuasa. Selepas itu, satu demi satu kerajaan Islam

jatuh ke tangan orang Kristian kecuali kerajaan

Granada . Hanya kerajaan ini yang tinggal untuk

orang Islam Andalus.

UMUM
ADAT PERKAHWINAN MELAYU-COCOS

ADAT PERKAHWINAN MELAYU-COCOS, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Cocos di Pulau Cocos, Australia. Di kalangan masyarakat ini, anak-anak muda diberi kebebasan mencari pasangan hidup sendiri dan kemudian barulah meminta persetujuan daripada ibu bapanya. Umur bagi anak perempuan berkahwin ialah 17 tahun ke atas dan bagi lelaki 21 tahun atau lebih. Pada masa dulu, pergaulan antara anak-anak muda tidaklah begitu bebas. Kesempatan mencari jodoh ialah pada waktu bulan terang. Anak-anak gadis berkumpul di hadapan rumah mereka meraut lidi daun kelapa untuk dibuat penyapu. Para pemuda mencari peluang untuk berkenalan pada waktu itu dan apabila mencapai persetujuan untuk mendirikan rumah tangga, hal itu disampaikan kepada ibu bapa masing-masing.

 

BUDAYAKonsep
SULTAN ABDUL JALIL SYAIFUDDIN

SULTAN ABDUL JALIL SYAIFUDDIN (? - ?), Sultan Siak (1791 1811).  Pada tahun 1780-an, Siak berpecah-belah kerana masalah politik dalam negeri, pemberontakan dan perang saudara.  Pada masa itu Siak di bawah pemerintahan Sultan Yahya.  Sayid Ali yang berkahwin dengan adik Sultan Yahya yang bernama Tengku Sakol mengambil kesempatan ini untuk merebut takhta.  Sayid Ali adalah putera Sayid Osman, menantu Raja Alam dari Siak.  Sayid Ali telah mengumpulkan kekuatan di Bukit Batu dengan bantuan sebahagian besar Orang Besar Siak dan bantuan tentera dari Padang.  Akhirnya, dia berjaya merebut takhta pada tahun 1791 dan mengisytiharkan  dirinya sebagai Sultan Siak dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syaifuddin.  Setelah dia berjaya merebut takhta Siak, dia memberi gelaran kepada Raja Lamkanuddin, Raja Padang sebagai Sultan Magedar Alam yang menjadi raja di Padang dan Bedagai.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PERANG BUKIT PUTUS

PERANG BUKIT PUTUS, perang saudara pertama di Negeri Sembilan.  Perang ini berlaku pada tahun 1875 antara Yamtuan Antah dengan Tengku Ahmad Tunggal berhubung pemilihan waris takhta.  Perang ini melibatkan campur tangan pihak British yang mengambil kesempatan daripada perbalahan yang berlaku antara pembesar negeri untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Sungai Ujong.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
OTHMAN KALAM

OTHMAN KALAM (    ?   - 1955), wartawan. Tarikh lahirnya tidak diketahui. Dia lahir di Padang Rengas, Perak. Othman menerima pendidikan awal di Hogan English School, Kuala Kangsar hingga lulus Darjah Tujuh. Kemudian Othman bertugas sebagai guru bahasa Inggeris di Madrasah al-Mashor, Pulau Pinang. Semasa berkhidmat di madrasah tersebut, dia mengambil kesempatan mempelajari bahasa Arab hingga akhirnya ditugaskan untuk mengajar bahasa Arab di madrasah yang sama. Teman-teman sejawatnya pada ketika itu termasuklah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad, Syed Alwi al-Hadi, Mohammad Yunus Abdul Hamid dan Zainal Abidin Haji Alias.

SASTERATokoh
GUNDIK

GUNDIK, perempuan simpanan raja atau sultan. Isteri (permaisuri) raja biasanya berketurunan raja dan dikahwini secara sah, manakala gundik ialah perempuan bukan berdarah raja yang diambil sebagai hamba atau orang suruhan raja atau istana. Bilangan isteri raja tidak melebihi empat orang sesuai dengan hukum Islam. Sebaliknya, raja boleh mempunyai gundik seramai mungkin. Pada peringkat awal perkembangan, Islam membolehkan hamba digauli oleh tuannya. Raja mengambil kesempatan itu untuk menghalalkan perbuatan tersebut dengan mempunyai gundik antara 300 hingga 400 orang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
1
Tesaurus
 
sempat (adjektif)
Bersinonim dengan ada peluang, sampang, kober, masih ada masa;,
Kata Terbitan : menyempat, menyempatkan, kesempatan, berkesempatan,

Peribahasa
254

Make hay while the sun shines

Ambillah kesempatan sepenuhnya daripada keadaan atau peluang yang ada sebelum ia lenyap.

Menjemur sementara panas

"People are going to tight pants this season, and we should quickly make hay while the sun shines," said the boutique owner, hoping to reap a big profit out of the short-lived favourable situation.

''Musim ini, orang suka pakai seluar ketat, dan kita perlulah segera menjemur sementara panas,'' kata pemilik butik itu yang berharap dapat mengaut keuntungan besar daripada keadaan itu yang datang hanya sekejap.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...