Kata |
Takrif |
Sumber |
kesampaian | 1 hal tibanya (sampainya) sesuatu atau seseorang; ketibaan: ~ kami tidak disambut oleh sesiapa. 2 tercapai atau terlaksana apa-apa yg dimaksudkan dll: Janji-janjinya tidak pernah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesampaian | 1. ketibaan, tibanya, sampainya: orang ramai di situ tidak menghiraukan ~ mereka; 2. tercapai (maksud, cita-cita, dll), terlaksana: janji-janjinya tidak pernah ~; 3. sampai-menyampai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesampaian | 2 tercapai atau terlaksana apa-apa yg dimaksudkan dll: Janji-janjinya tidak pernah ~. | Kamus Pelajar |
kesampaian | 1 hal tibanya (sampainya) sesuatu atau seseorang; ketibaan: ~ kami tidak disambut oleh sesiapa. | Kamus Pelajar |
sampai | kesampaian | Kamus Pelajar |
ketibaan | perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan: ~ Nabi di Madinah disambut dgn sangat meriahnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pitis | 1. sj mata wang pd zaman dahulu; 2. duit, wang: ada ~ semua kerja jadi; ~ garis wang yg terkecil (bernilai 1/48 ketip); ~ habis, keinginan tiba prb keinginan (kemahuan dll) datang setelah jatuh miskin; ~ sekupang genap hendak membeli kancah berkerawang, nuri pandai berkata prb a) keadaan yg serba salah; b) keinginan ada tetapi tenaga tidak kesampaian; pitisan beberapa banyak wang (pitis). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tiba | 1. sampai (di), datang: apabila kereta api ~ di stesen itu ramai penumpang yg turun; mereka sedia menerima sebarang bahaya yg akan ~; 2. sudah sampai (waktu dll), sudah mulai: setelah ~lah masanya; kalau ~ musim lada itu bukan buatan ramainya orang berjual beli; setiba sebaik-baik tiba, sesampai, seketika selepas tiba: ~nya di Pulau Pinang beliau telah melakukan upacara pembukaan bangunan UMNO; ketibaan perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan: ~ Nabi di Madinah disambut dgn sangat meriahnya. tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka, dgn men-dadak, sekonyong-konyong: sebuah kereta berhenti dgn ~ di hadapan mereka; hujan turun dgn ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampai | 1 tiba di tempat yg dituju: Surat yg dihantarnya itu tidak ~ kpd ayahnya. 2 tercapai apa-apa yg dimaksudkan atau yg diniatkan: Mudah-mudahan cita-citamu itu akan ~ juga. 3 dpt dicapai (dgn tangan atau dgn menggunakan benda-benda lain): Kalau tak ~ dgn tangan, gunakanlah galah. 4 mencapai had atau paras tertentu: Airnya dalam ~ ke leher. ~ ajal meninggal dunia. ~ akal dpt diterima akal; tidak mustahil. ~ bulan a. sudah cukup masanya utk melahirkan anak. b. sudah cukup tempoh yg ditetapkan. ~ hajat berjaya mencapai apa-apa yg dihajati (dikehendaki). ~ hati tidak berasa segan-segan atau tidak menaruh belas kasihan lagi melakukan sesuatu yg buruk akibatnya kpd orang lain. ~ umur a. sudah dewasa. b. sudah tua benar. sudah ~ umurnya meninggal dunia; mati. menyampaikan 1 membawa dan menyerahkan apa-apa yg dikirim; menghantar: Saya telah ~ surat itu kpd ayah saudaranya. 2 meluluskan apa-apa yg dipinta dll; memperkenankan; mengabulkan: Moga-moga Allah akan ~ cita-citamu itu. 3 mengunjukkan sesuatu; memberikan: Isteri Pegawai Daerah telah ~ hadiah kpd para pemenang. kesampaian 1 hal tibanya (sampainya) sesuatu atau seseorang; ketibaan: ~ kami tidak disambut oleh sesiapa. 2 tercapai atau terlaksana apa-apa yg dimaksudkan dll: Janji-janjinya tidak pernah ~. penyampaian perbuatan atau hal menyampaikan: ~ hadiah akan dilakukan oleh Guru Besar. sesampai sebaik-baik sampai: ~nya kami di kedai Arimoto San, dia dan isterinya tergesa-gesa membantu Sakura bersiap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sampai I | 1. tiba (di): tidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau; 2. mencapai tujuan (maksud, niat, dll): maka terlalulah susah hati sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam; apa lagi yg kaufikirkan? Maksudmu telah ~; 3. sehingga menjadi: mengapa mak ~ begini melarat; 4. mencapai had, cukup: gajinya tidak ~ seratus ringgit tetapi berlagak macam orang kaya; 5. hingga ke, sehingga: ~ hari ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi; ~ ajal meninggal; ~ akal boleh diterima oleh fikiran, tidak mustahil; ~ bulan(nya) a) tiba waktu utk melahirkan (anak dlm kandungan); b) cukup tempoh (yg telah ditetapkan); ~ hati = ~ hemat berasa tidak segan-segan lagi, tergamak melakukan sesuatu; ~ tempoh tiba waktunya atau masanya (yg telah dijanjikan); ~ umur a) sudah dewasa; b) sudah lanjut umur; sudah ~ umurnya meninggal; nan dimaksud-kan, ~, nan diamalkan pecah prb sudah berlaku apa-apa yg dimaksudkan atau yg dicita-citakan; sesampai, sesampainya sebaik sahaja sam-pai, apabila sampai, setibanya: ~ di halaman, terdengarlah olehnya bunyi orang ber-tengkar di belakang; sampai-sampai 1. bahkan, hingga(kan), malahan: ~ memulangkan padi dr ladang pun diselenggarakannya dgn baik; 2. hingga sampai: pd rambutnya bergantung lumpur ~ ke kening dan telinganya; menyampai 1. mencukupi, cukup: jumlah denda itu terkumpul, kadang-kadang ~ angka puluhan ringgit; 2. mendatangi (sesuatu tempat): pulau ini jarang-jarang disampai orang; menyampaikan 1. membawa dan menyerah-kan, mengirimkan (surat, khabar, dll), mem-berikan kpd, mengunjukkan kpd: ia datang ~ pesan orang itu; isteri Menteri Besar telah ~ hadiah tersebut kpd pemenang; 2. mem-beritahukan, melaporkan: mereka juga wajib ~ kemusykilan rakyat kpd kerajaan; 3. melanjutkan (berita, ajaran, dll), memanjangkan (kpd umum): orang Arablah yg telah menjadi alat ~ fikiran-fikiran Aristotle kpd orang di Eropah; 4. memenuhi (permintaan, kewajiban, niat, dll), memperkenankan, mengabulkan: jikalau patik mati pun, apalah boleh buat sebab ~ kehendak tuan patik; 5. mencukupkan, menjadikan cukup; kesampaian 1. ketibaan, tibanya, sampainya: orang ramai di situ tidak menghiraukan ~ mereka; 2. tercapai (maksud, cita-cita, dll), terlaksana: janji-janjinya tidak pernah ~; 3. sampai-menyampai; penyampaian perihal menyampaikan sesuatu: adakah ~ pelajaran itu dilakukan dgn tulus ikhlas? penyampai 1. orang yg menyampaikan (surat, khabar, berita, dll); 2. (sesuatu) yg menyampaikan: namun begitu bahasa Malaysia masih belum menjadi alat ~ perasaan di kalangan mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
accessibility index | indeks kesampaian | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Ukuran yang menunjukkan tahap kesampaian ke sesebuah kawasan. |
accessibility | kesampaian | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Keadaan atau persekitaran yang menunjukkan mudah dihubungi. |
centrality index | indeks pemusatan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Penumpuan berdasarkan satu pengukuran fungsi, saiz, perkhidmatan, dan kesampaian sesuatu pusat berbanding dengan pusat-pusat lain dalam sesebuah kawasan. |
utopia planning | perancangan utopia | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu harapan yang unggul tentang penghidupan bandar yang seragam dan segaya dalam taburan penduduk yang sekata, kesampaian ke luar bandar dan gabungan pekerja- an bandar dan pertanian. |
prediction/ forecast | ramalan | Kesusasteraan | Tiada | Jalan cerita atau perwatakan yang dapat dijangkakan oleh pembaca. Contohnya, sesuatu cerita boleh diramalkan sekiranya jalan ceritanya biasa atau lumrah bagi pembaca. Contohnya, dalam kebanyakan cereka Melayu, lelaki berumur yang berjawatan tinggi sering digambarkan sebagai seorang yang suka berpoligami. Kadang-kadang, bayangan depan sangat ketara sehingga pembaca dapat meneka perkara yang akan berlaku seterusnya. Unsur suspens yang ingin diwujudkan oleh pencerita tidak kesampaian. Dari segi perwatakan watak stereotaip seperti emak tiri (ibu garang yang selalu mendera anak tiri) dan nenek kebayan adalah beberapa potret yang dapat diramalkan oleh pembaca sehingga tiada lagi kejutan yang dapat dilakukan penulis. Contohnya, dalam novel berjudul Mereka yang Tertewas oleh Hasanudin Md. Isa. Novel ini mengisahkan watak Lebai Pa yang distereotaipkan sebagai seorang alim dan kuat agama yang ingin menyedarkan masyarakat sekelilingnya untuk kembali ke jalan Allah SWT. |
center of consciousness | pusat kesedaran | Kesusasteraan | Tiada | Ciri narator orang ketiga yang menceritakan sesuatu kisah. Pembaca dapat membaca minda, sama ada satu atau semua watak dalam cerita, tetapi ada satu narator yang bukan si penulis yang menceritakan kisah. Dari sudut pandangan orang ketiga, segala kejadian dan kisah terperinci disaring. Usaha menginterpretasikan segala yang berlaku dilakukan melebihi watak lain. Penulis Barat, Henry James menyebut narator ini sebagai reflektor, bertujuan untuk memberi suatu visi bagi fiksyen tersebut. Contohnya, protagonis dalam karya Dan Jacabson ialah Michael Lewin, tetapi kisahnya diceritakan melalui satu narator yang melihat, dan memaklumkan kepada pembaca segala perancangan Lewin. Daripada narator ini, pembaca dapat mengandaikan bahawa rancangan Lewin akhirnya tidak kesampaian. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
alang II; alang-alang | alang-alang; tidak cukup (sempurna); tidak kesampaian. | Iban | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kesampaian | [ke.sam.pai.an] | کسمڤاين |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesampaian |
|
|