PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
bucky paper | | | Susunan nanotiub karbon yang dilekatkan pada plat loyang supaya terbentuk lapisan rata. Kertas ini dibuat bertujuan untuk menentukan tegasan nanotiub dengan cara mengukur perubahan voltan pada kertas tersebut apabila plat loyang diregangkan. |
colorimetric nanosensors | | | Sensor yang memberikan suatu petunjuk untuk analisis makroskopik dengan melihat perubahan warna. Contohnya, kertas yang disalut DNA nanozarah emas dapat digunakan untuk mengesan kehadiran plumbum dalam persekitaran, dengan cara menekan kertas tersebut pada dinding dan melihat perubahan warna. |
fuel cell | | | Alat yang mengubah tenaga kimia kepada tenaga elektrik melalui tindak balas elektrokimia. Alat ini terdiri daripada sepasang elektrod yang perlu direndam di dalam elektrolit tetapi diasingkan dengan kertas karbon atau membran yang dapat mengalirkan ion di antara elektrod bagi melengkapkan proses elektrokimia. Bahan bakar yang digunakan seperti hidrogen atau hidrazina akan dibekalkan secara berterusan kepada anod yang akan teroksida untuk menghasilkan ion hidrogen dan elektron. Pengoksida seperti oksigen daripada udara pula akan dibekalkan kepada katod, sehingga ion hidrogen dari anod akan menyerap elektron dari katod dan bertindak balas dengan oksigen bagi menghasilkan air. Elektrod biasanya diperbuat daripada logam, nikel atau nanotiub karbon yang disalut dengan platinum, nanoserbuk besi atau paladium bagi meningkatkan kecekapan. Elektrolit pula adalah daripada bahan seramik atau membran. |
soft molecule | | | Molekul tunggal bahan organik atau organo-logam yang dapat berfungsi sebagai satu komponen peranti elektronik, seperti suis, transistor dan diod. Komponen peranti ini dapat dipasang pada permukaan lembut seperti kepingan kertas atau plastik. Peranti yang dibina ini bersifat boleh lentur. |
soft molecule electronics | | | Bidang ilmu sains dan teknologi yang berkaitan dengan pembuatan peranti elektronik menggunakan satu atau lebih filem tipis molekul kecil atau polimer. Berbeza dengan peranti elektronik silikon yang dibina di atas wafer silikon yang keras, komponen peranti elektronik lembut dapat disusun atas permukaan substrat yang dapat lentur seperti kepingan kertas atau plastik. Contoh peranti elektronik lembut ialah diod, transistor, diod pemancar cahaya, sel suria, bateri dan akhbar elektronik. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kertas |
|
Puisi |
---|
|
Ambil kertas lukis pelamin, Mari pelekat di papan geta; Saya nak pesan kepada angin, Dah angin pun tak boleh berkata.
Lihat selanjutnya... |
|