Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalam.tuan/puan Soalan: Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif Saya tidak dapat menyelesaikan kerja-kerja itu dalam tempoh waktu yang amat singkat. Jawapan: Kerja-kerja itu dalam tempoh waktu yang amat singkat tidak dapat saya selesaikan. Tepatkah jawapan di atas? Terima kasih Azura | Ayat Aktif: Saya tidak dapat menyelesaikan kerja-kerja itu dalam tempoh waktu yang amat singkat. Ayat Pasif: Kerja-kerja itu dalam tempoh waktu yang amat singkat tidak dapat saya selesaikan. | Tatabahasa | 26.05.2019 |
MENYELENGGARA JALAN MINI TAR DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG A, MUKIM B, DAERAH BALING, KEDAH DARUL AMAN. MENYELENGGARA JALAN MINI TAR DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG A, MUKIM B, DAERAH BALING, KEDAH DARUL AMAN. ANTARA 2 AYAT DI ATAS, YANG MANA LEBIH TEPAT@BETUL TENTANG PENGGUNAAN 'KERJA-KERJA BERKAITAN' ATAU 'LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN'? | Penggunaan yang betul ialah KERJA-KERJA BERKAITAN atau KERJA-KERJA LAIN YANG BERKAITAN | Tatabahasa | 23.08.2021 |
Sila menterjemahkan ke dalam bahasa jawi KERJA-KERJA PEMBINAAN JALAN | Ejaan jawi bagi KERJA-KERJA PEMBINAAN JALAN - | Ejaan | 09.01.2020 |
Ali melakukan kerja-kerja memperbesar rumahnya. Ali memperbesar rumahnya kerana anak-anaknya tinggal bersamanya. Bagaimana ayat pasifnya | Kerja-kerja memperbesar rumahnya dilakukan oleh Ali. Rumahnya diperbesar oleh Ali kerana anak-anaknya tinggal bersama. | Tatabahasa | 17.11.2016 |
Betulkah perkataan "melaksanakan" lebih sesuai digunakan untuk perbuatan yang melibatkan kerja-kerja mega seperti projek lebuh raya; manakala lebih sesuai digunakan perkataan "menjalankan" bagi kerja-kerja biasa. Mohon penjelasan pihak KNB. | Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, melaksanakan bermaksud sl membandingkan dgn, mengumpamakan sbg, menyamakan: tidak dapat dilaksanakan bulan dan matahari; 2. menjalankan (tugas, rancangan, dll), mengerjakan, menyelesaikan (sesuatu tugas dll):, menjalankan pula bermaksud mengusahakan sesuatu supaya berjalan atau bergerak: Ia sudah pandai ~ kereta ayahnya. 2 mengerjakan sesuatu tugas; melaksanakan: Tiap-tiap hari ia ~ kerjanya sbg anggota polis. Berdasarkan maksud kedua-dua perkataan tersebut, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dan tidak dibezakan oleh kerja-kerja mega dan sebagainya. | Makna | 12.12.2018 |
Apakah istilah tepat bagi perkataan homework? Adakah kedua-dua perkataan iaitu kerja sekolah dan kerja rumah boleh diterima? | Hanya 'kerja rumah' istilah untuk kerja-kerja yang dilakukan di rumah atau kerja-kerja sekolah yang dilakukan di rumah. | Makna | 20.02.2021 |
Adakah ayat ini ada bermasalah? Pihak kami menjangkakan kerja-kerja penebangan ini akan dilakukan selama sebulan,namun kita yakin akan dapat diselesaikan awal. | Cadangan ayat yang betul ialah Pihak kami menjangkakan kerja-kerja penebangan ini akan dilakukan selama sebulan dan kami yakin akan dapat menyelesaikan kerja ini dengan lebih awal. | Tatabahasa | 09.07.2021 |
Saya keliru ayat untuk soalan ujian Di bawah betul atau salah. Sejak akhir-akhir ini ramai pemuda gemarkan kerja-kerja bercucuk tanam kerana mendatangkan hasil yang lumayan. Dalam ayat ini,Ada kata bilangan jamak Dan menggunakan kata Ganda kerja-kerja. Harap dapat membantu dengan penjelasan. | Ayat yang betul ialah “Sejak akhir-akhir ini ramai pemuda menggemari kerja bercucuk tanam kerana mendatangkan hasil yang lumayan.”. Kata jamak ramai pemuda betul kerana ramai telah merujuk bilangan lebih daripada seorang pemuda. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian kata bilangan Tatabahasa Dewan (DBP, 2015) halaman 287. Kerja-kerja bercucuk tanam digantikan dengan kerja bercucuk tanam sahaja kerana perkataan “kerja” merujuk kepada perbuatan bercucuk tanam. | Tatabahasa | 18.01.2024 |
Mohon penjelasan tentang penggunaan perkataan berkecimpung. Adakah sesuai untuk digunakan dalam ayat ini: Dia berkecimpung dalam kerja-kerja jenayah sejak tiga tahun lepas. atau Dia terjebak dalam kerja-kerja jenayah sejak tiga tahun lepas. Terima kasih | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud berkecimpung ialah bermain-main di dalam air sambil menepuk-nepuknya atau memasuki sesuatu pergerakan (lapangan politik, sukan dan lain-lain). Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul dan perkataan berkecimpung boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Makna | 29.04.2019 |
Apakah itu kerja kerja transitif? | Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contohnya, Dia memasukkan surat ke dalam sampul dan Ali menaiki bas. | Tatabahasa | 28.10.2018 |
|
Tesaurus |
---|
| kerja (kata nama) | 1. Bersinonim dengan khidmat: pekerjaan, tugas, tanggungjawab, kewajipan, gawai, usaha, urusan, kegiatan,
2. Bersinonim dengan karya: hasil keluaran, hasil penat lelah, hasil titik peluh, seliaan, kelolaan,
kendalian,
| Kata Terbitan : sekerja, bekerja, mengerjakan, terkerjakan, pekerjaan, sepekerjaan, berpekerjaan, pengerjaan, pekerja, pengerja, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau saya kerja di bukit, Kerja pula atas papan; Malu saya bukan sedikit, Sudah heboh ratanya orang.
Lihat selanjutnya... |
|