Mulato ialah orang berketurunan campuran kulit putih dan kulit hitam. Istilah mulato juga digunakan terhadap orang yang mempunyai ibu atau bapa yang seorang berkulit putih dan seorang berkulit hitam. Anak daripada orang yang berkulit putih dan orang mulato dinamakan quadroon. Mulato berbeza dari segi rupa. Sesetengahnya mempunyai kulit yang gelap dan rambut keriting dan sesetengahnya tidak. Istilah kreol sering kali dikelirukan dengan istilah mulato. Di Amerika Syarikat, kreol ialah orang kulit putih daripada keturunan selatan Perancis atau Sepanyol. Lihat juga Amerika Latin (Penduduk; gambar). |