Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Pengesahan Bahasa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
"salam. saya nk tahu ejaan mana yg betul antara kerinting atau keriting ??"keritingTatabahasa21.01.2013
1. Batu belah, batu bertakup / bertanghkup. 2. keriting atau kerinting terima kasihEjaan yang betul ialah  1. batu belah batu bertangkup 2. keritingEjaan26.04.2012
apakah ejaan yang betul untuk menggambarkan keadaan rambut yang beralun, kerinting atau keriting?Ejaan yang betul ialah keriting.Ejaan17.08.2009
saya nak tahu analisis kesalahan tatabahasa bagi perkataan 1.'mee' 2. ' was-was' 3.'kerinting' 4.'atlit'Ejaan yang betul ialah mi, waswas, keriting, dan atlet.Ejaan17.03.2008
1.Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya atau Pusat pentadbiran kerajaan malaysia terletak di Putrajaya Bina ayat majmuk dengan kata hubung 2. Rambut Suraini lurus ( tetapi) Rambut adiknya kerinting Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya kerinting atau Rambut Suraini lurus tetapi adiknya kerinting

1. Pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya.

2. Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya keriting.

Tatabahasa07.07.2011
Bahasa yang berkembang ialah bahasa yang dapat menerima kata atau perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu. Ahli Lembaga Bahasa di DBP seharusnya memasukkan kata atau perkataan yang lazim dituturkan bukan memasukkan kata atau perkataan yang dipinjam( curian ) daripada bahasa Inggeris semata-mata. Contoh penggunaan kata dan perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu tetapi tiada di dalam Kamus Dewan ialah : 1. guris ( gores ) 2. cincang ( cencang ) 3. ciplak ( jiplak ) 4. gabra ( gubra ) 5. taksub ( taasub ) 6. celupar ( celopar ) 7. istirehat ( istirehat ) 8. Ramadhan ( Ramadan ) 9. analisa ( analisis ) 10. stokin ( stoking ) 11. kerinting ( keriting ) 12. lagenda ( legenda ) 13. pensil ( pensel ) 14. mustika ( mestika ) 15. ole-ole ( oleh-oleh ) 16. kuayer ( koir ) dll

Encik Rizuan,

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.   

Lain-lain11.05.2010
Produk terbaru daripada syarikat itu boleh menghilangkan kulit yang ____________ dan bintik-bintik hitam di muka. Manakah jawapan yang sesuai? Dan Mengapa??? Jawapan: berkerut atau berkedut

Sekiranya dilihat makna kedua-dua kata yang diberikan di bawah ini, "berkerut" lebih tepat untuk digunakan.
 

berkerut : 1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut; 2. Mn keriting, ikal: rambut yg berkerut(-kerut);

berkedut: berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dll), renyuk (kertas dll), beropol-ropol (kain): seorang tua yg putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya menghampirinya; dipakainya juga bajunya yg lusuh dan ~ itu;
Lain-lain23.07.2009
Betulkah soalan berikut: 1.Kebanyakkan peseta SUKMA 2014 menginap di Kampus UiTM,Arau. 2.Program bacaan dinamik akan diadakan di dalam bulan Oktober. 3.Dia berambut kerinting. 4.Aidil yakin bahawa dia dapat memperdalami ilmu perakaunan yang telah dipelajari ketika di sekolah.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1.Kebanyakan peserta SUKMA 2014 menginap di Kampus UiTM Arau.

2.Program bacaan dinamik akan diadakan pada bulan Oktober.

3.Dia berambut keriting.

4.Aidil yakin bahawa dia dapat mendalami ilmu perakaunan yang telah dipelajari ketika di sekolah.

Tatabahasa07.10.2014
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keriting