Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Apakah perbezaan antara Karenah dengan KerenahMenurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, 'karenah' (karénah) Ar bermaksud alamat, bukti, tanda manakala 'kerenah' (kerénah) bermaksud ragam, tingkah laku, kemahuan.Makna10.02.2007
Tuan, Salam sejahtera, Mohon penjelasan istilah 'Karenah' dan 'Kerenah', yang mana satu betul. Terima kasihMenurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, 'karenah' (karénah) Ar bermaksud alamat, bukti, tanda manakala 'kerenah' (kerénah) bermaksud ragam, tingkah laku, kemahuan.Tatabahasa12.06.2013
Karenah bolehkah digunakan? Jika mengikut kamus dewan kerenah dan karenah boleh digunakan..mohon penjelasan. Adakah perkataan ini satu kata yang sama atau dua kata yang berbeza.Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, 'karenah' (karénah) Ar bermaksud alamat, bukti, tanda manakala 'kerenah' (kerénah) bermaksud ragam, tingkah laku, kemahuan.Tatabahasa10.09.2013
karenah atau kerenah kerana di dalam kamus dewan lain dan koleksi yang dikeluarkan lainYang betul ialah kerenah yang bermaksud ragam, tingkah laku, kemahuan.Ejaan02.07.2008
Jawapan yang manakah betul ? 2 I Sambal nasi lemaknya itu panas kerana terlebih cili. II Cuaca sepanjang bulan April diramalkan panas. III Mak Limah panas dengan kerenah anak cucunya yang ramai itu. IV Berita panas itu menjadi tajuk utama akhbar tempatan dan luar Negara. A I dan II B I dan III C II dan III D I I dan IVSdr. jawapan yang betul ialah D- ii dan iv.Tatabahasa11.09.2007
Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya ada beberapa soalan berkenaan dengan pantun. 1) Apakah kriteria yang dinilai dalam pertandingan pantun kebangsaan? 2) Sekiranya tema yang diberikan ialah adat dan budaya masyarakat, sejauh manakah tema itu harus diolah/dikupas? adakah ianya secara umum atau seharusnya spesifik kepada aspek-aspek tertentu, misalnya adat perkahwinan, budaya membaca dan sebagainya?

Untuk makluman saudara, mereka yang menyertai pertandingan pantun sama ada peringkat kebangsaan atau IPTA, pantun yang dijual/beli  akan dinilai berdasarkan isi, bahasa dan persembahan. Dari segi isi, penekanan kepada:

1.  Ketepatan soalan/jawapan: jelas dan sesuai dengan tema

2. Pantun yang dijual mempunyai soalan

3. Jualan/belian pantun yang terkeluar daripada tema yang ditetapkan atau pantun yang berupa pelarian  tidak mendapat markah.

Dari segi bahasa pula, seorang pemantun hendaklah bijaksana memilih ,

1. Pola rima dan suku kata

2. Terdapat kesinambungan/hubungan antara baris 1 dan 2( Keindahan unsur alam, kerenah manusia dan unsur sejarah)

3. Kemunasabahan pembayang maksud

3. Pemilihan kata( Keindahan alam, kerenah manusia dan unsur sejarah)

4. Sebutan yang jelas 

Dari segi persembahan pula, penyampaian seorang pemantun akan dinilai melalui,

1. Gaya persembahan seimbang dengan pantun

2. Intonansi( nada pemisah antara pembayang dan maksud)

3. Jeda( nada/hentian sebentar pada dua patah perkataan awal setiap baris)

4. Kelancaran( tanpa kegagapan dan pengulangan)

  Untuk makluman saudara juga , setiap rangkap pantun yang dijual atau dibeli hendaklah menepati tema yang telah ditetapkan dan kalau boleh biarlah spesifik.

Lain-lain18.11.2010
Reda atau redha?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1837):

reda  

kata kerja tak transitif
1 (berkenaan seseorang) menerima segala ketentuan takdir, kekurangan seseorang dan sebagainya, dengan penuh rasa keikhlasan dan tanpa ragu-ragu:
Anda perlu reda atas apa yang terjadi kerana dengan keredaan itu anda akan mendapat ketenangan. Suami seharusnya reda dan sabar menghadapi kerenah isteri yang sedang hamil.

kata nama
2 hal yang diterima oleh Allah segala perbuatan baik seseorang:
Dia berusaha mencapai reda Allah. 

Kata terbitan daripada kata reda ini ialah kata meredai, reda-meredai, meredakan, keredaan, berkeredaan, sereda, sereda mungkin dan reda sereda-redanya.
Ejaan03.08.2023
Jelaskan perbezaan dan maksud perkataan "Baru" dan "Baharu" dengan terperinci. Dan bagaimana cara penggunaannya mengikut kesesuaian.Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008) menyenaraikan kata baru sebagai kata bantu aspek (rujuk halaman 258), manakala kata baharu sebagai kata adjektif waktu (rujuk halaman 229). 

Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan makna bagi kata baru dan baharu adalah seperti yang berikut:


baru

kata adjektif

1 belum dipakai lagi atau belum berapa lama dipakai; baharu: Yanti memakai kasut baru, baju baru dan beg tangan baru untuk ke majlis itu.◊Samad bergaya dengan kereta barunya.

2  ....

9 dalam keadaan masih kelihatan cantik, tidak terjejas dan sebagainya kerana jarang digunakan, terjaga dengan baik dan lain-lain: Set sofa itu masih baru walaupun sudah sepuluh tahun digunakan.

kata bantu
10 belum berapa lama; baharu: Hujan baru berhenti.◊Peristiwa itu baru berlaku di hadapan matanya.◊Hamzah baru sahaja bernikah dua hari lepas.

11 sebaik sahaja atau apabila sahaja; baharu: Baru digertak dia sudah lari.◊Baru disuruh membuat kajian lapangan, banyak pula kerenah mereka.

12 pada ketika tertentu berikutan daripada sesuatu; baharu: Selepas saya jelaskan, baru dia faham.◊Sudah lewat malam baru aku dapat merebahkan badanku.


baharu 

kata adjektif

1 belum digunakan lagi atau belum berapa lama digunakan; baru: Khatijah bakal berpindah ke rumah baharunya di Bangi.◊Kereta baharu itu dibeli hasil daripada titik peluhnya sendiri.

2 ....

8 (berkenaan generasi, idea dan sebagainya) moden atau terkini; baru: generasi baharu;◊Idea-idea baharu diperlukan untuk pembangunan masjid.◊Graduan perlu beralih ke pemikiran baharu yang mencabar.

kata bantu

9 belum berapa lama; baru: Dia sugul dan diam sahaja, seperti orang yang baharu kematian layaknya.◊Rosnah baharu sahaja berkahwin.◊Kedai itu baharu dibuka.

10 pada ketika tertentu berikutan daripada sesuatu; baru: Apabila matahari sudah terbenam, baharulah kami beredar dari situ.◊Apabila sudah kehabisan wang, baharu dia menyesal.◊Selepas anaknya tidur, baharu dia dapat membuat kerja-kerja rumah.

11 sebaik sahaja atau apabila sahaja; baru: Baharu ditegur sedikit, dia sudah merajuk.

Pemerian makna bagi kata baru dipecahkan kepada 12 pecahan makna, manakala kata baharu dipecahkan kepada 11 pecahan makna. Perakaman semua makna tersebut disusun mengikut kelas kata dan berdasarkan data korpus penggunaannya.
Makna12.01.2024
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerenah