Outward Bound Trust mengendalikan sekumpulan sekolah di United Kingdom yang direka bentuk untuk memperkukuh peribadi anak- anak muda melalui pengembaraan. Amanah ini juga membantu negara lain untuk menubuhkan sekolahnya sendiri. Sekolah kepunyaan amanah ini memberi peluang kepada anak-anak muda daripada pelbagai latar belakang bertemu dan bekerja bersama-sama. |