Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Mohon cadangkan ke dalam Bahasa Malaysia "Intelligence Based Warfare" di mana "Intelligence" yang di maksudkan bukan bererti perisikan tetapi dari konsep "cognitive" atau kepintaran selain dari 'Peperangan Berasaskan Kepintaran'. | Encik Mohd Shahril, Cadangan saya kita boleh juga gunakan peperangan kepintaran namun untuk lebih tepat sila rujuk buku istilah angkatan tentera yang diusahakan bersama antara Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jawatankuasa Istilah Angkatan Tentera. | Istilah | 18.05.2010 |
difinisi kepandaian dan kecerdikan...tima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepandaian bermaksud kecerdikan, kemahiran, kepintaran: ada wang tetapi tidak ada ~, tidak boleh jadi juga; manakala kecerdikan ialah 1. kepintaran, kepandaian; 2. kecurangan, kelicikan. Terima kasih. | Istilah | 14.01.2009 |
Ayah mempunyai_______ membaiki motosikal yg rosak. A. Kebolehan B. Kepintaran C. Kepakaran D. Kecekapan Bg jwpan sat... | Jawapan yang lebih tepat ialah A. kebolehan . Jawapan "kepakaran" tidak sesuai kerana seseorang yang pakar mestilah mempunyai ilmu dalam bidang tersebut dan memiliki sijil pentauliahan. | Tatabahasa | 17.10.2015 |
Ayah mempunyai_______ membaiki motosikal yg rosak. A. Kebolehan B. Kepintaran C. Kepakaran D. Kecekapan Saya ingin kepastian jawapan beserta alasan. Sy pilih C. | Jawapan yang lebih tepat ialah A. kebolehan . Jawapan c. kepakaran tidak sesuai kerana seseorang yang pakar mestilah mempunyai ilmu dalam bidang tersebut dan memiliki sijil pentauliahan. | Tatabahasa | 17.10.2015 |
Assalam. Sya ingin mendapatkan terjemahan frasa "Ingenuity Incorporated" dalam bahasa Melayu. Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "ingenuity incorporated". Walau bagaimanapun, dalam pangkalan data kami padanan bahasa Melayu untuk "ingenuity" ialah kepintaran atau kebijakan. Terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "incorporated", iaitu 1. berhad 2. diperbadanakan 3. berkanun 4. digabungkan 5. ditubuhkan | Istilah | 30.12.2014 |
Assalamualaikum wbt saya ingin bertanya tentang soalan di bawah. Pilihan jawapan saya C. Adakah pilihan saya itu tepat? Saya kurang pasti dengan jawapan dan alasan sebab memilih pilihan C. Ada rakan saya kata jawapannya A. Sebab dia kata ayah bukan mekanik. Jadi ayah tidak punyai kepakaran. Terima kasih Ayah mempunyai_______ membaiki motosikal yg rosak. A. Kebolehan B. Kepintaran C. Kepakaran D. Kecekapan | Jawapan yang lebih sesuai ialah A. kebolehan | Tatabahasa | 17.10.2015 |
1. Apa maksud 'minds-on' dan 'hands-on' dalam Bahasa Melayu? 2. Adakah saya boleh menggunakan perkataan 'minds-on' dan 'hands-on' dalan bahasa Melayu? 3. Apakah perkataan lain yang mempunyai sinonim dengan a) pengetahuan b) pengajaran c) kualiti etika guru terima kasih | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "hands-on" ialah amali dan belum ada istilah khusus untuk "minds-on". Walau bagaimanapun, istilah bahasa melayu yang kami cadangkan untuk "minds-on" ialah berfikir. Berdasarkan Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, sinonim untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut: a) pengetahuan - ilmu, kepandaian, kebijakan, kebijaksanaan, kepakaran, kemahiran, kepintaran, keahlian, pelajaran, pendidikan b) pengajaran - pendidikan, pengasuhan, tarbiah c) kualiti - mutu, nilai, standard, taraf d) etika - prinsip, standard, piawai | Istilah | 03.04.2012 |
Berikut adalah beberapa soalan berdasarkan konteks IT: 1) Apakah istilah BM yang sesua untuk "solution aggregator" (seperti Microsoft Solution Aggregato)? Patutkah saya guna penggabung penyelesaian, agregator penyelesaian, atau ??? 2) Apakah istilah yang sesuai untuk Edge Computing dan Enterprise Computing? Betulkah kalau saya guna Pengkomputeran Pinggiran dan Pengkomputeran Perusahaan? Adakah istilah yang lebih tepat? 3) Apa pula istilah BM untuk "edge-to-enterprise solution"? Ayat lengkap: We are now better abled to deliver edge-to-enterprise solutions that drive digital transformation across every industry. 4) Dalam contoh ayat BI di atas, adakah betul terjemahan "across every industry" = "di setiap industri"? 5) Betulkah kalau saya terjemahkan "billions of connected things" (dalam konteks Microsoft Internet of Things) sebagai "berbilion benda-benda yang berhubung"? 6) Apakah istilah BM yang sesuai untuk feedback loops, seperti dlm contoh ayat "Microsot IoT systems of intelligence enables these feedback loops". Betulkah kalau saya terjemahkan seperti berikut: "Sistem kepintaran Microsoft IoT membolehkan gelung maklum balas ini terbentuk." 7) Dalam contoh ayat di atas, adakah perkataan gelung atau kitaran lebih sesuai? Terima kasih! | 1) Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk bagi istilah yang diberikan. Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah: solution aggregator - penggabungan penyelesaian Edge Computing - pengkomputeran pinggir Enterprise Computing - pengkomputeran perusahaan. edge-to-enterprise solution - Penyelesaian Perusahaan Pinggir across every industry - Melangkaui setiap Industri billions of connected things - Berbilion benda yang berkait feedback loops - gelung maklum balas balas atau gelung suap balik Untuk pertanyaan istilah yang lebih terperinci, tuan/ puan boleh berhubung dengan bahagian Peristilahan. Jawapan kemungkinan mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel. Untuk makluman, DBP tidak membuat kerja-kerja penterjemahan. Untuk soalan terjemahan akan datang saudara boleh bertanya kepada Persatuan Penterjemah Malaysia (03-21442506/21424381) atau kepada ITBM, iaitu Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, (03-41451800)
| Makna | 23.10.2017 |
Salam, pertanyaan tentang adalah dan ialah saya keliru walau sudah tngk prpm juga 1. Anak lelakinya adalah/ialah seorang pemuzik 2. bahawa lelaki itu ialah/adalah manusia dan 3. wang itu ialah/adalah pemberian suaminya 4. mereka ini adalah/ialah ayah dan ibu 5.Aku adalah/ialah orang mulia 6. rumah ini adalah/ialah kepunyaan 7. memikirkan masalah adalah sesuatu yang mengarut 8. mengeluarkan wang dari/daripada sakunya -kemudian apakah padanan untuk Genius (Long ago the Bodisat was born to a forest life as the Genius of a tree standing near a certain lotus pond) -si burung dalam cerita perlu huruf besar ke? terima kasih | Kata pemeri “ialah” hadir di hadapan frasa nama manakala kata pemeri “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Oleh yang demikian, penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Anak lelakinya ialah seorang pemuzik. 2. Lelaki itu ialah manusia. 3. Wang itu ialah pemberian suaminya. 4. Mereka ini ialah ayah dan ibu. 5. Aku ialah orang mulia 6. Rumah ini ialah kepunyaan … 7. Memikirkan masalah ialah sesuatu yang mengarut. 8. Mengeluarkan wang dari sakunya. Genius bermaksud kepintaran yang luar biasa. Jika watak burung dalam cerita tersebut mempunyai nama, namanya perlu ditulis dengan huruf besar contohnya Si Putih, Si Comel dan sebagainya. Walau bagaimanapun, penggunaan kata pemeri amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Berdasarkan contoh yang diberikan, ada ayat yang tidak perlu ditambah dengan kata pemeri. Contohnya: 1. Anak lelakinya seorang pemuzik 2. Lelaki itu manusia. 4. Mereka ini ayah dan ibu 5. Aku orang mulia 6. Rumah ini kepunyaan …
| Lain-lain | 20.09.2021 |
Salam, pertanyaan tentang adalah dan ialah saya keliru walau sudah tngk prpm juga 1. Anak lelakinya adalah/ialah seorang pemuzik 2. bahawa lelaki itu ialah/adalah manusia dan 3. wang itu ialah/adalah pemberian suaminya 4. mereka ini adalah/ialah ayah dan ibu 5.Aku adalah/ialah orang mulia 6. rumah ini adalah/ialah kepunyaan 7. memikirkan masalah adalah sesuatu yang mengarut 8. mengeluarkan wang dari/daripada sakunya kemudian apakah padanan untuk Genius (Long ago the Bodisat was born to a forest life as the Genius of a tree standing near a certain lotus pond) | Kata pemeri “ialah” hadir di hadapan frasa nama manakala kata pemeri “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Oleh yang demikian, penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Anak lelakinya ialah seorang pemuzik. 2. Lelaki itu ialah manusia. 3. Wang itu ialah pemberian suaminya. 4. Mereka ini ialah ayah dan ibu. 5. Aku ialah orang mulia 6. Rumah ini ialah kepunyaan … 7. Memikirkan masalah ialah sesuatu yang mengarut. 8. Mengeluarkan wang dari sakunya. Genius bermaksud kepintaran yang luar biasa. Walau bagaimanapun, penggunaan kata pemeri amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Berdasarkan contoh yang diberikan, ada ayat yang tidak perlu ditambah dengan kata pemeri. Contohnya: 1. Anak lelakinya seorang pemuzik 2. Lelaki itu manusia. 4. Mereka ini ayah dan ibu 5. Aku orang mulia 6. Rumah ini kepunyaan …
| Lain-lain | 20.09.2021 |