Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Asfa keluar dari/daripada bilik Dr. Ais Kepal?

Jawapannya ialah Asfa keluar dari bilik Dr. Ais Kepal. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu dan masa.

Tatabahasa10.11.2011
Nak tanya 'asap' boleh guna penjodoh bilangan gumpal? terima kasih.

Salam sejahtera,

Tidak semua benda memerlukan penjodoh bilangan. Tidak ada contoh penggunaan penjodoh bilangan atau unit bagi  asap dalam sumber rujukan kami. Kata asap tidak perlu menggunakan penjodoh bilangan.

Namun lazimnya, perkataan yang sering digandingkan dengan 'asap' ialah 'kepul.' Manakala perkataan 'gumpal' pula merujuk Kamus Pelajar, gumpal merupakan kumpulan benda seperti darah, tanah liat) yang merupakan ketul; segala yang berkepal-kepal atau berkepul-kepul (awan dll): Dia telah membuat boneka daripada segumpal tanah liat yg dikeraskan.

Tatabahasa04.12.2012
1
Tesaurus
 
kepal (kata kerja)
Bersinonim dengan genggam, gumpal, bongkah, bingkah, ketul, kepul;,
Kata Terbitan : berkepal-kepal, mengepal, sekepal, kepalan,