Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
kenal pasti bentuk kata | Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk mengenal pasti bentuk kata seperti yang dilampirkan. PRPM menyediakan bentuk kata di ruangan tesaurus bagi menerangkan golongan kata. Terdapat 4 bentuk kata iaitu kata tunggal, terbitan, majmuk dan ganda. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lebih lanjut. | Tokoh | 18.02.2013 |
Kenal pasti kesalahan ayat: 1. Bila gerangan kakanda akan pulang? 2. Berapa tahun dia belajar di luar negeri? | Dalam kedua-dua ayat tersebut perlu diletakkan partikel -kah (Bilakah ... dan Berapa tahunkah ...) sebagai penegas frasa predikat atau bahagiannya. | Tatabahasa | 13.09.2011 |
Yang manakah betul? 1. Suai Kenal atau Suai kenal? 2. Mereka Bentuk atau Mereka bentuk? 3. Urus Setia atau Urus setia? | Kata majmuk dieja dengan huruf kecil. Jika di pangkal ayat, huruf pertama hendaklah dieja dengan huruf besar. | Ejaan | 10.12.2013 |
Yang mana yang betul: a) Tak kenal maka tak cinta b) Tidak kenal maka tidak cinta | Yang betul ialah a. tak kenal maka tak cinta | Tatabahasa | 01.02.2012 |
Mohon penjelasan lebih lanjut: Contoh: Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal. Tapi kalau dalam brosur dan digunakan sebagai sub topik: Sesi Suai Kenal Begitu juga dengan Urus Setia/Urus setia Dalam ayat: En. Mazlan yang bertindak sebagai urus setia... Sub topik dalam brosur: Urus Setia Seminar Terima kasih. | Penjelasan yang diberikan oleh puan adalah betul. Sekiranya dalam penulisan ayat, suai kenal ditulis dengan huruf kecil seperti ayat "Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal" manakala "Sesi Suai Kenal" boleh digunakan bagi subtopik atau tajuk dalam penulisan. | Tatabahasa | 12.12.2013 |
Tolong kenal pasti kesalahan pada ayat-ayat berikut : 1. Cik Kiah menumiskan bawang untuk dibuat sambal udang. 2. Keinginannya untuk mendapat seorang cahaya mata lelaki akhirnya dimakbulkan Allah. | Tiada kesalahan tatabahasa pada dua ayat tersebut. | Tatabahasa | 03.03.2009 |
Tolong kenal pasti kesilapan pada ayat berikut : Beliau sudah melibatkan diri dalam aktiviti karang-mengarang itu sejak berumur 18 tahun. | Beliau sudah melibatkan diri dalam aktiviti karang-mengarang itu sejak berumur 18 tahun. Ayat ini betul | Tatabahasa | 12.02.2009 |
Mengapakah 'suai kenal' perlu dijarakkan penggunaannya, manakala kata ' ubahsuai' perlu dicantumkan penggunaan. Saya masih musykil dengan kata majmuk sedemikian. | Ejaan yang betul ialah ubah suai (dua perkataan) | Ejaan | 07.04.2017 |
Bolehkah anda kenal pasti kesalahan dalam ayat berikut? 1.Kemeja yang tersinggung pada paku di dinding itu diambil oleh kakak untuk dicuci. 2.Ketika berasak-asak hendak menaiki bas, siku Marlia tersinggung kepala seorang kepala kanak. 3.Hati-hati ketika berbicaragadis itu kerana hatinya mudah tersinggung. 4.Kadang-kadang kata-katanya tersinggungperasaan orang lain. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tersinggung ditakrifkan sebagai 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati manakala menyinggung ditakrifkan sebagai 1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll). Berdasarkan huraian tersebut, saudara boleh mendapatkan jawapan pada pertanyaan yang dikemukakan. | Tatabahasa | 13.12.2010 |
Mohon bantuan mengenai ejaan yang lebih tepat bagi "kenal pasti" atau "kenalpasti". Terima kasih | Ejaan yang tepat ialah "kenal pasti" | Ejaan | 11.08.2016 |
|
Tesaurus |
---|
| kenal (kata kerja) | Bersinonim dengan tahu, cam, ingat, pasti, faham, maklum, mahir, tanggap, biasa, hafal;, | | Kata Terbitan : berkenalan, mengenal, memperkenalkan, terkenal, kenalan, perkenalan, pengenalan, pengenal, |
|
Puisi |
---|
|
Saya kenal buah rambutan, Dalam seikat masak sebiji; Manis benar wajahmu tuan, Di dalam kampung payah dicari.
Lihat selanjutnya... |
|