Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau tuan bawa kemudi, Kemudi dibawa di tepi pantai; Kalau kenang kurang budi, Sirih layu lekat di tangkai.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Patah kemudi di Tanjung Jati, Tak tahu haluan ke mana dituju; Tersematlah wajah di lubuk hati, Terjalinlah kasih di lembaran kalbu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Patah kemudi di Tanjung Jati, Mata bertentang jantung berdebar; Tersematlah wajah di lubuk hati, Semakin ditentang semakin gementar.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Penat sudahsaya kemudi, Tidak sampai Gunung Daik; Penat sudah saya berbudi, Tidak juga dapat baik.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jurumudi pegang kemudi, Nyiur bakul peninjau kerang; Bukan sebabnya tidak berbudi, Jangan ketara kepada orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ajong landai kemudi landai, Landai mari terhirit duri; Adik pandai saya pun pandai, Jangan pula meninggi diri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kapal kecil kemudi kayu, Hendak belayar tanah seberang; Kain sekodi pilih sekayu, Boleh dapat cindai terbilang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kapal belayar kemudi dipaut, Angin datang dari hutan; Walaupun datang ajal dan maut, Hati kakanda tidak lupakan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tetak cengal buat kemudi, Buah pauh Permatang Panjang; Dengar adik baik budi, Dari jauh abang datang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Penat sudah saya kemudi, Tidak sampai ke Pulau Daik; Penat sudah mencampak budi, Tidak juga dapat baik.
Tesaurus
 
kemudi (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan stereng, setir, setang, lesa,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan teraju, pucuk pimpinan, kuasa tertinggi, pentadbir, pengurus, penyelia, pengelola, pengendali, penyelenggara,

Kata Terbitan : mengemudikan, pengemudi,

Puisi
 

Patah kemudi di Tanjung Jati,
     Tak tahu haluan ke mana dituju;
Tersematlah wajah di lubuk hati,
     Terjalinlah kasih di lembaran kalbu.



Lihat selanjutnya...