Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
keliru dgn ayat serumpun..contoh soalan sekiranya soalannya berbunyi mak cik suraya membeli _________ serai daripada seorang penjual sayur-sayuran di pasar tani nak gunakan seikat atau serumpunMak cik suraya membeli seikat serai daripada seorang penjual sayur-sayuran di pasar tani.Tatabahasa15.08.2016
keliru penggunaan ayat "goreng pisang panas" dan "pisang goreng panas" contoh; kipas angin seperti "goreng pisang panas" atau kipas angin seperti "pisang goreng panas"? mengikut pemahaman, "goreng pisang panas" adalah perbuatan, manakala "pisang goreng panas" merupakan hasil/produk, terima kasihPisang goreng panas secara makna harfiahnya ialah pisang yang telah digoreng yang masih dalam keadaan panas.  Makna lain pisang goreng mengikut Kamus Pelajar ialah laku, banyak dibeli orang; sudah dijual; laris: Goreng pisang  ialah perbuatan menjadikan pisang sebagai pisang goreng.Makna13.02.2014
keliru penggunaan oleh itu, oleh kerana itu, oleh sebab itu . Mana yang betul

Yang betulnya ialah oleh itu.

Tatabahasa20.07.2010
Keliru dengan kelompok kata. Adakah perkataan " merebus", "mengukus", "menggoreng" termasuk dalam kelompok homonim? Contoh lain seperti " memotong", "mengerat", mencincang". Terima Kasih.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, homonim bermaksud perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Misalnya ketam, paku. Oleh itu, perkataan tersebut tidak tergolong dalam kelompok homonim.Lain-lain11.03.2010
mana yang betul bahasa Melayu atau bahasa Malaysia ? Guru keliru, murid lagi keliruTiada perbezaan antara bahasa Melayu dengan Bahasa Malaysia. Kedua-duanya perkara yang sama. Bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan Malaysia manakala Bahasa Malaysia digunakan dalam subjek di sekolah dan mengikut konteks sosial untuk tujuan perpaduan.Lain-lain04.10.2012
As salam, Saya ingin tahu cara menulis elipsis dengan betul.Perlukah ada jarak sebelum dan selepas tanda elipsis. contohnya, yang mana antara berikut yang betul? A. Saya ... agak keliru. (Jarak sebelum dan selepas elipsis) B. Saya...agak keliru. (Tiada jarak) C. Saya ...agak keliru. (Jarak sebelum elipsis) D. Saya... agak keliru. (Jarak selepas elipsis) Terima kasih.Alaikumussalam.  Cara penulisan elipsis untuk konteks ayat yang dijadikan contoh ialah kaedah A, iaitu perlu ada jarak sebelum dan selepas:  Saya ... agak keliru.Lain-lain08.01.2015
Salam/hai, saya betul-betul keliru dengan penggunaan TEMUI, TEMUKAN, MENEMUKAN dan MENEMUI. Saya ada merujuk contoh di prpm namun masih keliru kerana terdapat ayat yang tidak konsisten digunakan dalam khidmat nasihat dan lain-lain. Bolehkah berikan petua supaya tidak lagi keliru? Terima kasih.

Untuk makluman puan, “temui” merupakan kata kerja pasif “menemui” yang bermaksud bertemu atau berjumpa dengan seseorang atau sesuatu. Manakala “temukan” pula ialah kata kerja pasif “menemukan” yang bermaksud menjumpai atau berjumpa dengan sesuatu atau seseorang. Sekiranya terdapat kekeliruan tentang bahasa, puan bolehlah membuat rujukan buku-buku berkaitan contohnya, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Perdana.

Tatabahasa25.08.2022
Saya keliru dengan gelaran Ts. Bagaimana sapaan Ts. dalam surat adakah boleh menggunakan YBrs. Ts. contoh: YBrs. Ts. Ali bin Abu. atau pun Encik Ts. Ali bin Abu. Mohon pencerahan tuan. Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan penggunaan seperti yang berikut:


Ts. Encik Ali bin Abu,
Jawatan,
Alamat.

Tuan,

PERKARA

Isi.


manakala, bagi jawatan Ketua Jabatan Persekutuan/Penyandang Jusa C dan ke atas (Mejar Jeneral/Timb. Komisioner Polis dan setaraf ke atas) kami mencadangkan penggunaan seperti yang berikut:

YBrs. Ts. Encik Ali bin Abu,
Jawatan,
Alamat.

YBrs. Ts.,

PERKARA

Isi.
Lain-lain31.01.2024
Saya keliru ayat untuk soalan ujian Di bawah betul atau salah. Sejak akhir-akhir ini ramai pemuda gemarkan kerja-kerja bercucuk tanam kerana mendatangkan hasil yang lumayan. Dalam ayat ini,Ada kata bilangan jamak Dan menggunakan kata Ganda kerja-kerja. Harap dapat membantu dengan penjelasan.

Ayat yang betul ialah “Sejak akhir-akhir ini ramai pemuda menggemari kerja bercucuk tanam kerana mendatangkan hasil yang lumayan.”.

Kata jamak ramai pemuda betul kerana ramai telah merujuk bilangan lebih daripada seorang pemuda. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian kata bilangan Tatabahasa Dewan (DBP, 2015) halaman 287.

Kerja-kerja bercucuk tanam digantikan dengan kerja bercucuk tanam sahaja kerana perkataan “kerja” merujuk kepada perbuatan bercucuk tanam.

Tatabahasa18.01.2024
Saya keliru, adakah relang dengan e pepet, atau e taling? Jawi tulis e pepet, rumi tulis e taling. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=relangSebutan bagi kata relang ialah e pepet. Sila rujuk kamus yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 1454.Ejaan01.12.2023
Tesaurus
 
keliru (adjektif)
Bersinonim dengan silap, khilaf, celaru, sesat, kacau;,
Kata Terbitan : mengelirukan, terkeliru, kekeliruan,