Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
kelam kabut atau kelam kelibut ?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah dan ejaan yang betul ialah kelam-kabut yang bermaksud  tidak keruan, tidak tentu arah, kacau-bilau: keadaan pd waktu itu ~; perasaanku ~;

Istilah15.01.2010
Bagaimana bezakan "kelam-kabut" dan "huru-hara"? Keadaan politik "kelam-kabut" atau "huru-hara"? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, huru-hara bermaksud  keadaan tidak aman; keadaan kacau-bilau seperti dalam contoh ayat;  Jika rakyat bersatu padu, huru-hara tidak mungkin berlaku. 2. tidak aman; kacau-bilau: Negeri yang dahulunya aman sentosa itu telah menjadi huru hara.


Perkataa kelam-kabut pula bermaksud  tidak tentu hala; tidak teratur; kacau-bilau. berkelam-kabut dalam keadaan kelam-kabut; melakukan sesuatu dengan tidak teratur.

Berdasarkan mkasud tersebut, penggunaan yang betul ialah keadaan politik kelam-kabut jika merujuk keadaan politik yang tidak teratur pengurusannya.
Tatabahasa19.10.2017
Dalam situasi apakah perkataan "suram","kelam" dan "kusam" patut digunakan agar tidak salah dari segi bahasa. Sila berikan contoh ayat. Terima kasih.1. Perkataan "suram dan kelam" digunakan dalam konteks cuaca. Contoh ayat: Cuaca hari ini kelihatan suram /kelam.
2. Perkataan "kusam/pudar" digunakan dalam konteks logam. Contoh ayat: Dulang tembaga ini kelihatan kusam/pudar.

Tatabahasa21.05.2015
Setelah kedua-dua ibu bapanya berpisah, kehidupan Ali __________ . kenapa jawapanya ialah bongkar-bangkir? dan bukanya kelam-kabut?Setelah kedua-dua ibu bapanya berpisah, kehidupan Ali bongkar-bangkir/kelam-kabut. Merujuk Kamus Dewan kedua-duanya betul kerana bongkar-bangkir dan kelam-kabut bermaksud kacau-bilau.Tatabahasa15.08.2008
Soalan Kata Hampir Sama Makna Cahaya lampu jalan yang _________ menyebabkan kami takut untuk meneruskan perjalanan. A. suram B. kelam C. muram D. pudar Saya berasa keliru akan penggunaan setiap perkataan di atas.Suram bermaksud tidak berapa terang (cahaya dan lain-lain) atau agak gelap. Kelam bermaksud tidak berapa terang (berkenaan cahaya, keadaan hari, dan lain-lain), atau agak gelap atau suram. Muram bermaksud tidak berapa terang (cahayanya), buram, guram, kelam, suram. Pudar bermaksud kurang cahayanya, tidak terang atau cerah, tidak berseri-seri, suram. Berdasarkan makna tersebut suram/kelam/muram/pudar boleh menjadi jawapan kepada soalan tersebut.Tatabahasa21.03.2012
Apakah perbezaan antara kelam, malap dan kusam?

Perkataan "kelam dan “malap” digunakan dalam  konteks cuaca/cahaya yang kurang terang, penglihatan yang kabur, warna yang pudar dan tidak berseri, makna kiasan contohnya keadaan sesuatu perkara yang tidak pasti, fikiran dan perasaan yang tidak menentu. Perkataan "kusam” digunakan dalam konteks keadaan sesuatu contohnya perhiasan yang kelihatan pudar, tidak berseri, merujuk rupa seseorang kelihatan pucat, warna kulit yang tidak cerah dan cahaya yang tidak terang. Perkataan kelam”, “malap” dan “kusam” mendukung makna yang hampir sama, namun perbezaan antara ketiga-tiga perkataan tersebut adalah berdasarkan penggunaannya  perlu disesuaikan dengan konteks ayat.   

Makna01.11.2021
Pemuda itu selalu memandu kereta__________ tanpa memikirkan keselamatan orang lain. A huyung-hayang B kelam-kabut C gundah-gulana D simpang-siur

Saudari,

Dalam konteks ayat di atas jawapan yang sesuai adalah kelam kabut merujuk kepada kelakuan seseorang yang tengah memandu kenderaan. Namun terdapat sedikit pembetulan menerusi ayat di atas iaitu, 'Pemuda itu selalu memandu kereta dalam keadaan kelam kabut tanpa memikirkan keselamatan orang lain'.


Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan makna keempat-empat perkataan tersebut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka
http://prpm.dbp.gov.my/

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Tatabahasa23.08.2012
keadaan di negara itu sangat kelam kabut..atau situasi di negara itu?

Kedua-dua perkataan boleh digunakan dalam ayat yang dikemukakan kerana perkataan keadaan dan situasi mempunyai maksud yang sama. Sila rujuk perkataan situasi dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 1508.

Makna24.01.2011
Setelah kedua-dua ibu bapanya berpisah, kehidupan Ali ___________. a.bongkar-bangkir b.huru-hara c.kelam-kabutA. Bongkar-bangkir. T.kasih.Lain-lain14.08.2008
Bunyi_____ dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana_____ nya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya. a) Kelam kabut.......anak-anak b)hiruk pikuk...saudara mara c)kucar kacir...sahabat handai d)dentam-dentum...adik beradik

Saudara,

Ayat yang betul ialah : Bunyi hiruk-pikuk dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana saudara-maranya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya.

Tatabahasa11.09.2009
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelam

Puisi
 

Tiga belas dayung kupaut,
     Hendak berdayung tanah seberang;
Hati di dalam kelam kabut,
     Tidak kulupa kepada abang.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
272

Nobody is infillible

Tiada manusia yang tidak pernah berbuat silap atau salah

Bumi mana tidak ditimpa hujan

He may be the greatest leader the country has ever had, but nobody is infallible. His drastic policy has recently brought economic turnmoil to the country.

Beliau mungkin pemimpin terhebat di negara itu, tetapi bumi mana tidak ditimpa hujan. Dasarnya yang keterlaluan telah menjadikan ekonomi negaranya kelam-kabut baru-baru ini.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...