Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KELAKUAN

Kelakuan lihat Agama (Tatakelakuan); Etiket.

UMUM
PSIKOLOGI PERBANDINGAN

Psikologi perbandingan ialah kajian

perbezaan dan persamaan dalam kelakuan haiwan

yang berbeza spesiesnya. Ahli psikologi

perbandingan mungkin menganalisis satu aktiviti

sebagaimana ia berlaku pada banyak spesies.

Misalnya, mereka mungkin meneliti pembesaran

anak burung, paus, harimau dan haiwan lain.

Mereka juga mungkin mengkaji pola lengkap

kelakuan dua atau lebih spesies yang berkaitan.

Misalnya, mereka mungkin membandingkan cara

pemberian makanan, pengawanan dan aktiviti lain

antara dua rodensia.

UMUM
PERSAMAAN BERNOULLI

Menerangkan kelakuan sesuatu bendalir pada keadaan aliran dan ketinggian yang berubah-ubah.

FIZIKTeori/Teorem/Hukum
SUHU GENTING

Suhu genting lihat Gas (Kelakuan gas).

UMUM
KEWILAYAHAN

Kewilayahan ialah kelakuan haiwan individu

atau kumpulan yang menuntut sesuatu kawasan

tertentu sebagai miliknya.

UMUM
KRIMINOLOGI

Kriminologi ialah kajian saintifik tentang jenayah,

penjenayah, kelakuan penjenayah dan sistem

pengadilan jenayah. Ahli kriminologi membuat

kajian yang memeriksa fakta-fakta yang berkaitan

dengan jenayah.

UMUM
ADLER, ALFRED

 Adler, Alfred (18701937), pakar psikiatri Austria,

mengembangkan banyak teori berkaitan motivasi

kelakuan manusia.

UMUM
KOMEDI

Komedi ialah bentuk lakon berkenaan aspek

lucu atau jenaka kelakuan manusia. Kebanyakan

komedi mempunyai suasana persendaan dan

berakhir dengan kegembiraan.

UMUM
TINGKAH LAKU

Tingkah laku ialah cara manusia atau organisma

lain berkelakuan. Ramai orang menggunakan

perkataan tingkah laku untuk maksud kelakuan

[ conduct ] iaitu bagaimana perangai seseorang itu

bersesuaian dengan tanggapan masyarakat tentang

apa yang betul dan apa yang salah. Tetapi dalam

psikologi dan sains berkenaan tingkah laku yang

lain, tingkah laku dianggap sebagai apa-apa sahaja

kegiatan seseorang atau benda hidup yang lain.

Rencana ini membayangkan penggunaan yang

lebih umum dan memberi tumpuan kepada

tingkah laku manusia.

UMUM
SEMANTIK

Semantik , dalam logik, ialah kajian tentang tanda

dan simbol, termasuk perkataan, yang dikatakan

bermakna. Ia juga adalah kajian mengenai

bagaimana kelakuan manusia dipengaruhi oleh

kata-kata, sama ada dituturkan oleh orang lain atau

kepada diri sendiri dalam fikiran sendiri. Dalam

filologi, iaitu kajian saintifik mengenai bahasa,

semantik digunakan untuk dimaksudkan kajian

sejarah mengenai perubahan makna perkataan.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelakuan.