Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ASID NITRIK

Asid nitrik ialah asid tak organik kuat dengan

formula kimia HNO 3 . Asid nitrik mempunyai

banyak kegunaan industri, dan kegunaan

utamanya ialah untuk menghasilkan baja dan

bahan letupan. Sejumlah besar asid nitrik terhasil

semasa ribut petir dan turun ke bumi bersama

hujan. Hujan turun sebagai larutan asid nitrik yang

sangat lemah. Penghasilan asid nitrik semasa ribut

petir membolehkan nitrogen dari udara menjadi

sebahagian daripada tanah dalam bentuk yang

boleh digunakan oleh tumbuh-tumbuhan (lihat

Kitaran nitrogen ). Asid nitrik adalah antara asid

yang pertama pernah diketahui, dan digunakan

oleh banyak ahli kimia Zaman Pertengahan di

dalam eksperimen mereka.

UMUM
API

Api . Kegunaan terawal api bagi manusia adalah

untuk memanaskan badan. Apabila peradaban

semakin maju, manusia belajar menggunakan api

dengan banyak cara lain. Manusia belajar

menggunakan api untuk memasak makanan,

membentuk senjata dan perkakas, untuk membuat

tembikar daripada tanah liat, dan untuk lampu.

Tetapi manusia awal mempunyai cara yang terlalu

perlahan dan agak tidak memuaskan untuk

menyalakan api.

UMUM
ASETON

Aseton ialah bahan kimia industri yang penting.

Kegunaan utamanya ialah dalam pembuatan

sebatian lain. Pengeluaran aseton secara

komersial dibuat daripada isopropil alkohol,

dengan menggunakan pemangkin seperti loyang

atau tembaga. Jagung dan lain-lain bahan berkanji

juga merupakan sumber aseton. Untuk

mendapatkan aseton, bahan ini ditapai dengan

bakteria khusus kemudian disuling.

UMUM
STEREOTAIP

Stereotaip ialah kaedah membuat plat logam

untuk kegunaan percetakan. Dalam proses ini,

pekerja menentukan taip dan menguncinya dalam

bingkai keluli. Pekerja yang lain menyapu

permukaan taip itu dengan lapisan nipis minyak.

Sekeping kertas tebal komposit yang dikenal

sebagai flong, dibentangkan di atas taip dan ditekan

rapat padanya. Kertas ini menekap permukaan taip

atau kat (gambar) pada bingkai. Dengan itu acuan

kertas terbentuk lalu dimasukkan ke dalam ketuhar

dan dibakar hingga keras dan kering. Acuan ini yang

dikenal sebagai matriks atau mat, diletakkan dalam

kotak dalam kedudukan telentang. Pekerja menuang

cairan logam stereotaip yang diperbuat daripada

timah, antimoni, dan plumbum ke atas acuan

tersebut. Logam itu akan menjadi keras serta-merta

lalu menghasilkan plat pejal. Halaman akhbar

dicetak daripada plat ini.

UMUM
ASID HIDROKLORIK

Asid hidroklorik ialah bahan kimia berbahaya

yang mempunyai banyak kegunaan industri yang

penting. Asid ini ialah cecair yang tidak berwarna

dengan bau yang merengaskan. Asid ini

membentuk wasap apabila didedahkan pada

udara, bersifat sangat menghakis dan boleh

menyebabkan luka melecur yang teruk.

UMUM
ARANG

Arang ialah bahan berwarna hitam, yang rapuh

dan mempunyai banyak kegunaan. contohnya,

arang digunakan dalam pigmen (bahan pewarna);

dalam penapis untuk menghilangkan warna, rasa

dan bau yang tidak dikehendaki; sebagai bahan

bakar; dan sebagai alat melukis.

UMUM
TANAMAN

Tanaman ialah sejumlah besar tumbuhan daripada

sebarang jenis yang ditanam untuk kegunaan

manusia. Tanaman yang ditanam sebagai makanan

manusia disebut tanaman makanan . Tanaman yang

dimakan haiwan dinamakan tanaman makanan

haiwan . Tanaman lain yang dinamakan tanaman serat,

menghasilkan serat untuk dibuat pakaian dan

keluaran-keluaran lain. Tanaman tertentu ditanam

untuk menghiasi persekitaran manusia.

UMUM
LIKUORIS

Likuoris ialah herba yang mengandungi perisa

serta sebatian berguna bagi kegunaan perubatan.

Perisanya terdapat pada akar dan rizom herba yang

panjang serta manis rasanya. Akar dan rizomnya

mengandungi sebatian, yang dikenali glisirizin,

kira-kira 50 kali lebih manis daripada gula. Likuoris

adalah tumbuhan saka, iaitu ia hidup lebih

daripada satu musim pertumbuhan.

UMUM
DAMAR

Damar ialah salah satu daripada beberapa

jenis bahan melekat yang mempunyai pelbagai

kegunaan dalam industri. Kebanyakan damar

boleh didapati daripada tumbuhan.

UMUM
TEMBAGA

Tembaga, merupakan salah satu logam yang

paling berguna semenjak lebih dari 7000 tahun.

Kini, kegunaan logam yang berwarna oren

kemerahan-merahan ini begitu meluas, iaitu

daripada pembuatan palung air di rumah

hinggalah kepada pembinaan sistem panduan

elektronik bagi roket.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kegunaan