Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Kegunaan huruf besar kepada perkataan berikut betul atau salah? Guru Besar dan Hari Kanak-kanak

Ejaan yang betul ialah guru besar, Guru Besar Sekolah Menengah Gombak. Bagi ejaan kanak-kanak pula, Hari Kanak-Kanak Sedunia. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa19.08.2010
kegunaan perkataan bacul

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)'. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain04.08.2009
kegunaan nya. Adakah ayat ini betul? Sementara Haziq menunggu gurunya tiba, dia membaca buku cerita.Ayat yang dicadangkan ialah Haziq membaca buku cerita, sementara menunggu gurunya tiba.Tatabahasa28.02.2008
apa jenis kata digunakan selepas "secara"kata nama atau kata adjektif. apakah maksud "secara"? saya merasai kegunaan "secara" persis kegunaan adverb yang terdapat dalam bahasa inggeris. mengapakah frasa "secara kritikal" adalah salah, manakala yang betulnya ialah "secara kritis" terima kasih

Perkataan “secara” merupakan kata adverba, iaitu perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Perkataan ini boleh hadir di hadapan atau di belakang frasa.

Perkataan “kritikal” bermaksud (i) berkenaan kesihatan, situasi dan lain-lain, (ii) sangat penting dalam menentukan hasil yang akan diperoleh, (iii) berkenaan sikap seseorang (tajam dalam memberikan teguran, pandangan dan sebagainya terhadap sesuatu atau seseorang) dan (iv) bersifat mengkritik atau mengandungi kritikan terhadap sesuatu atau seseorang. Manakala kritis pula bermaksud tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu dan perlu menimbangkan baik buruknya terlebih dahulu. Sehubungan dengan itu, berdasarkan maksud kedua-dua perkataan tersebut, penggunaan yang betul dalam konteks frasa yang diberikan ialah “secara kritis”.

Tatabahasa09.12.2021
apakah kegunaan perkataan dia?merujuk kepada?Salam sejahtera,

Dia merupakan kata ganti nama diri orang ketiga yang merujuk diri orang tertentu.

Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , halaman 104 untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa24.12.2019
apakah kegunaan di dalam dan dalamPenggunaan kata sendi nama di dalam - digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama  yang menunjukkan tempat. Contohnya: Pengembara itu sesat di dalam hutan. Manakala kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. contohnya: Kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan kita. (Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga hlm. 266 dan 284.Tatabahasa17.05.2018
Untuk kegunaan majlis rasmi dan sebagai pengacara atau moderator (majlis rasmi dan televisyen), apakah satu kesalahan jika saya memanggil seseorang individu dengan gelaran Prof. Madya sebagai Profesor atau Prof. ? kerana saya dimaklumkan Prof. Madya bukanlah sesuai dipanggil Prof atau Profesor. Namun begitu, ada juga yang menganggap ia tidak menjadi masalah, bergantung kepada pembawa gelaran tersebut. Mohon pencerahan.Tuan/puan,

Dalam urusan rasmi, penggunaan bahasa yang betul dan sopan haruslah menggunakan bahasa baku dan standard. Misalnya, penggunaan Prof. Madya perlu disebut dengan sebutan penuh, iaitu Profesor Madya dan tidak boleh disebut dengan sebutan singkatan dan apatah lagi penyalahgunaan dalam gelaran pangkat seseorang.
Lain-lain15.05.2018
beza kegunaan di dalam dan dalamPenggunaan kata "di dalam" dan "dalam" ialah seperti yang berikut:
Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.
Tatabahasa09.11.2016
Semakan kegunaan bahasa Malaysia dalam iklan HoardingPerkataan yang betul ialah Kediaman Servis. Sekiranya rumah jenis kondominium atau apartment, boleh juga diberi nama Apartment Servis atau Kondominium Servis.Tatabahasa14.03.2014
apakah kegunaan imbuhan ber dalam berlima, berlima-lima dan kelima-lima

1. kata yg bergabung dgn imbuhan ber­- utk menyatakan diri membuat sesuatu; ber­sibisu berbuat spt orang bisu (berbuat-buat bisu); bersitidak tahu berpura-pura tidak tahu; 2. kata yg bergabung dgn imbuhan ber- dan ­-an utk menyatakan saling berbuat sesuatu; bersipandangan berpandang-pandangan.

Tatabahasa17.03.2010
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kegunaan