Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KEDIAMAN DI TASIK

Kediaman di tasik. Penduduk awal di Eropah

kadangkala membina tempat kediaman di tasik

atau di pinggir tasik atau caruk. Ahli sains

menamakan rumah-rumah tersebut kediaman di

tasik. Mereka membina rumah mereka di atas

pelantar kayu yang didirikan di atas cerucuk atau

tiang.

UMUM
RUMAH KEDIAMAN

Bangunan untuk diduduki oleh orang...

KEJURUTERAANBangunan/Kota
KEDIAMAN HAIWAN

Kediaman haiwan lihat Beruang (Anak

beruang); Rubah (gambar); Serigala (Anak serigala).

UMUM
TENEMEN

Tenemen ialah satu istilah yang kerap digunakan untuk

menerangkan tentang rumah kediaman yang sesak lagi usang.

Tenemen juga merujuk kepada sebarang bangunan kediaman

yang disewakan kepada dua atau lebih keluarga atau

penyewa. Sebuah tenemen boleh merupakan sebuah

bangunan kediaman lama yang diubahsuai untuk

menempatkan keluarga yang berpendapatan rendah

dengan kemudahan yang kurang bermutu.

UMUM
KASTIL

Kastil ialah tempat kediaman dan kubu kuat

seseorang tuan tanah feudal pada Zaman

Pertengahan. Perkataan kastil (castle) berasal

daripada perkataan Latin castellum, yang

bermaksud kubu. Justeru, ada sesetengah kastil

dikenali sebagai kubu.

UMUM
PONDOK BALAK

Pondok balak adalah salah satu tempat kediaman

terawal yang dibina oleh peneroka Eropah di

Amerika Utara. Pondok balak merupakan tempat

berlindung kepada manusia yang tinggal di

kawasan hutan dan kekurangan alat pertukangan.

Pondok balak ini menjadi lambang kesukaran dan

nilai-nilai baik yang menentukan sempadan hidup.

Ramai orang Amerika yang terkemuka termasuklah

lima orang presidennya iaitu Andrew Jackson,

James Polk, James Buchanan, Abraham Lincoln dan

James Garfield dengan bangganya mengaku

dilahirkan di petempatan seperti ini.

UMUM
RUMAH KEDAIBangunan yang menempatkan ruang perniagaan di tingkat bawah dan ruang kediaman di tingkat atas.KEJURUTERAANBangunan/Kota
DOWNING STREET

Downing Street, di Westminster, London

ialah tempat terletaknya kediaman rasmi Perdana

Menteri United Kingdom dan Canselor Exchequer.

UMUM
SUBBANDAR

Subbandar ialah daerah di luar kawasan bandar

raya atau bandar. Banyak subbandar menjadi

kawasan kediaman yang kebanyakannya didiami

penduduk yang berulang-alik untuk bekerja di

bahagian pusat bandar. Sesetengah subbandar

merupakan kawasan perindustrian dan

mengandungi kilang, pejabat, dan pusat membeli-belah

yang besar.

UMUM
THE HAGUE

The Hague (pend. 449 338; pend. kaw. met.

677 962) ialah pusat pemerintahan kerajaan Belanda,

dan tempat rasmi kediaman diraja. Nama rasminya

dikenali Gravenhage yang bermaksud pagar

bangsawan. Kebanyakan perjanjian penting di

Eropah ditandatangani di The Hague.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kediaman