Kata |
Takrif |
Sumber |
kedalaman | keadaan dalam; dalamnya: Kepekatan karbon dioksida bertambah mengikut ~ tanah. Drpd pertuturannya, kita dpt mengetahui ~ ilmu pengetahuannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kedalaman | sl istana, rumah-rumah dlm kawasan istana; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedalaman | 1. perihal dalam (budi bahasa, pengetahuan, pelajaran, dll): kedangkalan dan ~ ilmu pengetahuan seseorang; 2. ark terlalu dalam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedalaman piksel(pixel depth) | Jumlah bit yang disimpan untuk setiap piksel dalam imej peta bit. | Kamus Komputer |
kedalaman | keadaan dalam; dalamnya: Kepekatan karbon dioksida bertambah mengikut ~ tanah. Drpd pertuturannya, kita dpt mengetahui ~ ilmu pengetahuannya. | Kamus Pelajar |
bahasa kedalaman | bahasa kehormatan utk raja-raja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batimetri | (batimétri) pengukuran kedalaman lautan utk menentukan keadaan rupa bumi lantai lautan dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fatom | unit utk mengukur kedalaman sesuatu (spt laut, lombong dsb) yg bersamaan dgn 1.83 meter (atau 6 kaki). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dalam III | sl istana, kawasan istana raja; bahasa ~ bahasa yg digunakan di kalangan raja atau golongan istana (spt beradu, santap, dll); budak ~ pesuruh raja; kedalaman sl istana, rumah-rumah dlm kawasan istana; bahasa ~ bahasa kehormatan utk raja-raja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dalam III | 1 jauh ke bawah dr permukaan: Perigi itu sangat ~. Lukanya agak ~. 2 ki penuh atau berisi (ttg ilmu): Beruntunglah orang yg berguru dgn seseorang yg ~ ilmunya. 3 ki hingga ke lubuk hati (ttg cinta, penderitaan dll): Kasih ibu terhadap anaknya sangat ~. 4 tidak mudah difahami: Yg diperkatakannya itu mempunyai erti yg ~. mendalam 1 bertambah dalam; menjadi dalam: Lukanya kian ~ kerana tidak diubati. 2 teliti (sempurna, luas dll): Pengetahuannya ttg sastera Melayu sungguh ~. 3 lebih melarat (penyakit); lebih dalam, kuat, kukuh (bkn perasaan): Perasaan bencinya terhadap bangsa asing sungguh ~. mendalami berusaha supaya mengetahui (memahami, mengerti) dgn teliti atau dalam: Beliau ingin ~ bidang pertanian. Dia mencuba ~ hati kawannya itu. mendalamkan 1 menjadikan dalam: Kuli itu sedang ~ parit di tepi jalan. 2 meluaskan atau mengkaji dgn teliti ttg sesuatu ilmu: Dia pergi ke London utk ~ pengetahuannya dlm bidang perubatan. memperdalam 1 menjadikan lebih dalam: Orang-orang kampung bergotong-royong ~ telaga itu. 2 berusaha supaya mengetahui (memahami) dgn lebih teliti: Dia ~ ilmu yg dipelajarinya itu. kedalaman keadaan dalam; dalamnya: Kepekatan karbon dioksida bertambah mengikut ~ tanah. Drpd pertuturannya, kita dpt mengetahui ~ ilmu pengetahuannya. pendalaman perbuatan (usaha dsb) mendalami atau mendalamkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
abyssal | adj (geol) abis: ~ plain , dataran abis; ~ depth, kedalaman abis. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
depth | n 1. measurement, a. (from the top downwards) kedalaman, dalamnya; (of snow etc) ketebalan, tebalnya: to measure the ~ of a well, mengukur dalamnya telaga; b. (from edge inwards) ukuran panjang ke dalam: to estimate the ~ of a drawer, menganggarkan ukuran panjang ke dalam sebuah laci; 2. profundity, abstruseness, a. (gen) mendalam: ~ of knowledge, pengetahuan yg mendalam; b. (of person) pemikiran mendalam: a man of remarkable ~, orang yg mempunyai pemikiran mendalam; c. (of meaning) dalam; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
sequencing depth | kedalaman penjujukan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Salah satu parameter yang digunakan dalam penjujukan genom untuk menunjukkan bilangan bes yang dijujukkan untuk sesuatu sampel. Formula bagi kedalaman penjujukan adalah seperti yang berikut: Kedalaman Pensampelan = (panjang genom x liputan x 100) / kelimpahan. Sinonim kedalaman pensampelan. |
abyssal depth | kedalaman abis | Sains Marin | Tiada | Sempadan kedalaman atas di antara zon abis dengan zon pelagik yang suhu airnya ialah 4 darjah celcius dan kedalaman ini berbeza antara 1000 m dan 3000 m. |
isobath | isobat | Sains Marin | Tiada | Garisan pada graf, plot atau peta yang menghubungkan tempat yang mempunyai kedalaman yang sama. Isobat menunjukkan kedalaman laut, iaitu garisan pada peta lautan yang bersambung dengan titik-titik pada kedalaman yang sama. Garisan ini penting terutamanya dalam mengendalikan aktiviti perikanan yang menggunakan pukat tunda, rawai atau bubu. Contohnya, semasa pengendalian pukat tunda, garisan ini menentukan kepanjangan tali tunda yang diperlukan. |
mesopelagic | mesopelagik | Sains Marin | Tiada | Lapisan zon pelagik yang berada di bawah zon epipelagik dan di atas dari zon batipelagik. Zon mesopelagik bermula pada kedalaman 200 m hingga kedalaman 1000 m. Mesopelagik juga dikenali sebagai zon pelagik tengah. Zon ini hanya menerima sedikit cahaya matahari menyebabkan fotositensis tidak belaku. |
compensation depth | kedalaman pampasan | Sains Marin | Tiada | Kedalaman di lautan yang berlaku dalam turus air lautan yang kadar penghasilan unsur kalsitnya (contohnya, kalsium karbonat) berkurangan berbanding dengan kadar kelarutan yang berlaku (contohnya, tiada kalsium karbonat yang mendak di dasar laut). |
sampling depth | kedalaman pensampelan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Lihat kedalaman penjujukan. |
depth of penetration | kedalaman penusukan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Nilai kedalaman gelombang bunyi yang boleh menembusi ke dalam sampel bahan uji. Nilai ini berkait rapat dengan frekuensi prob. |
height of tide | ketinggian pasang surut | Sains Marin | Tiada | Jarak menegak di antara permukaan laut dengan carta datum. Jumlah kedalaman air didapati dengan menambah ketinggian air pasang dengan kedalaman laut. Contohnya, pada carta yang menunjukkan 6 m, ketinggian air yang rendah yang diramalkan ialah 1 m, maka kedalaman sebenar atas dasar laut pada air yang rendah ialah 7 m. |
foreslope | cerun depan | Sains Marin | Tiada | Bahagian terumbu organik yang bercerun curam, menganjur dari pinggir luarnya di kedalaman yang berjarak 10 fatom. Cerun ini menjadi tempat kepada terumbu karang yang terbesar, berikutan keadaan sekelilingnya yang sesuai kerana tindakan ombak yang terhad. Terumbu karang yang paling pelbagai terdapat pada cerun berkedalaman antara 15-20 m kedalaman, dan sekiranya semakin dalam, spesies terumbu karang juga akan semakin berkurang. Kepelbagaian spesies terumbu karang di kawasan ini adalah berkorelasi kuat dengan kehadiran cahaya. Terumbu di kawasan Lautan Pasifik boleh didapati sehingga pada kedalaman 50-60 m, manakala di Lautan Atlantik sehingga 100 m yang disebabkan oleh perbezaan penembusan cahaya ke dalam laut. |
fatom | fatom | Sains Marin | Tiada | Unit ukuran bagi depa jarak panjang yang bersamaan dengan 6 kaki (1.8 m). Unit ini biasanya digunakan untuk mengukur kedalaman air laut. Alat yang selalunya digunakan untuk mengukur kedalaman air laut ialah fatometer dan kaedah ini dikenali sebagai fatogram. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
dalam I | kedalaman kadalaman. | kedayan | |
Kamus Sains.indb meluahkan perasaan pesakit ber- hubung dengan pengalaman buruk yang terpendam dengan mengulangi pe- ngalaman berkenaan melalui pertuturan atau perbuatan. Sinonim catharsis. (UBAT) abrupt wave (gelombang dadakan) Gelombang jalar atau tambahan kedalaman air dalam suatu alur terbuka yang disebabkan oleh perubahan mengejut pada keadaan aliran. (HID) ABS (ABS) Singkatan bagi acrilonitrile butadiene styrene. Lihat acrilonitrile butadiene styrene. (KEJ) abscess (abses) Nanah yang lain. (FIZ) acquired defect (cacat perolehan) Ketaksempurnaan yang diperoleh selepas kelahiran. (UBAT) acre-inch (ekar inci) Isi padu air, pasir atau bahan lain yang dapat menutupi satu ekar kawasan hingga kedalaman satu inci. Istilah ini sering digunakan dalam pemulihan eko- sistem yang telah rosak atau terbiar. (BIO) acrilonitrile butadiene styrene (akrilonitril butadiena stirena) Plastik yang tahan kakis terhadap asid tak mengoksida
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kedalaman | [ke.da.la.man] | کدالمن |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
kedalaman oksigen | oxygen depth | Jumlah tambahan oksigen yang diperlukan oleh tisu otot untuk mengoksidakan asid laktik yang terkumpul selepas seseorang melakukan senaman. | Menengah Atas |
kedalaman | depth | Jarak yang diukur dari permukaan ke arah bawah. | Menengah Atas |
dalam ketara | apparent depth | Ukuran kedalaman cecair yang kelihatan kurang daripada kedalaman yang sebenar apabila dipandang dari atas. Keadaan ini disebabkan oleh biasan cahaya. Nisbah dalam nyata terhadap dalam ketara memberikan nilai indeks biasan cecair tersebut. | Menengah Atas |
dalam sebenar | real depth | Ukuran kedalaman sebenar cecair. | Menengah Atas |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
kedalaman | depth | Ukuran dari permukaan hingga ke dasar. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
aras laut | sea level | Aras permulaan yang digunakan untuk mengukur altitud daratan dan kedalaman lautan.Lihat Contoh | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedalaman |
|
|