Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
1)Nyatakan keburukan sebutan baku bahasa Melayu? 2)Nyatalam sebutan Johor-riau dari segi fonologi?

 Sdr. Nur2608,

 

1. Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. 2.Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. 3. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dua jenis sebutan ini, sila rujuk buku-buku yang berkenaan.

Tatabahasa14.06.2010
Jelaskan kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa melayu?Untuk melihat kebaikan dan keburukan sebutan baku saudara perlu membuat kajian mendalam dan bacaan yang perinci tentang buku/ kertas kerja dan makalah yang berkaitan, antaranya buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP, 1994.Lain-lain05.07.2010
APAKAH KEBURUKAN SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU?Sila rujuk buku-buku yang berkenaan dengan sebutan baku untuk mendapatkan keburukan sebutan tersebut atau kunjungi Pusat Bahasa dan Linguistik IPTA/IPTS,  dan sebagainya.Lain-lain29.06.2010
Adakah perkataan-perkataan kelebihan, manfaat, kebaikan, keburukan membawa maksud jamak? Perlukah perkataan-perkataan ini digandakan untuk memberi maksud jamak?Walaupun perkataan-perkataan kelebihan, manfaat, kebaikan, dan keburukan tidak digandakan, perkataan-perkataan ini sudah membawa maksud jamak.Tatabahasa12.05.2011
adakah ayat ini betul dari segi tatbahasa? 'hal ini demikian terdapat banyak keburukan menonton televisyen'' terima kasihAyat di atas salah dari segi tatabahasa. Jika ditambah "kerana", ayat tersebut lebih jelas, iaitu hal ini demikian kerana terdapat banyak keburukan menonton televisyen. Walau bagaimanapun, perlu ada wacana sebelumnya yang menerangkan tentang hal ini.Tatabahasa21.04.2010
1.apakah kebaikan bahasa baku? 2.Apakah keburukan bahasa baku

Saudara,

Bahasa baku menyeragamkan bentuk sebutan dan memudahkan pembelajaran terutamanya dari segi lafaz perkataan dan sebagai rakyat Malaysia kita semua menggunakan satu bentuk sebutan dan melalui penggunaan bahasa yang seragam dapat menyatupadukan rakyat.  Apabila sesuatu bahasa itu dibakukan dan disempurnakan tujuannya adalah untuk memberikan kebaikan kepada masyarakat. Oleh itu, rasanya  tidak timbul masalah keburukan tentang perkara ini. 

Lain-lain01.07.2010
1. Mahu mencari perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor Riau dari segi Fonologi. 2.Boleh berikan kebaikan dan keburukan sebutan baku

Puan,

Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing.

Dari segi kebaikan sebutan baku menyeragamkan semua bentuk sebutan dan menghasilkan satu bentuk sebutan yang seragam yang dapat diucapkan oleh semua lapisan masyarakat di seluruh negara di dalam semua situasi rasmi. Sesuatu sistem jika membawa keburukan tidak akan diteruskan. dalam hal sebutan baku lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Keburukannya mungkin hanya daripada sikap penutur untuk bertutur lain  daripada kebiasaan yang dituturkan.

Tatabahasa22.06.2010
Apakah kebaikan dan keburukan penggunaan sebutan baku bahasa Melayu?Pertanyaan saudara memerluakan pembacaan yang banyak, oleh itu untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan sila rujuk makalah/buku yang berkaitan seperti Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP,1988, Daftar Umum Sebutan Bahasa Melayu, DBP, 1991 dan Pedoman Sebutan BAku Bahasa Melayu, DBP,199.Tatabahasa08.07.2010
apakah kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa melayuBM baku ialah bahasa Melayu yg sempurna dari segi penggunaan aspek bahasanya, iaitu ejaan, tatabahasa, istilah, laras bahasa, sebutan dan penggunaan kata. Perancangan pembakuan sebutan baku bahasa Melayu menjadi salah satu objektif DBP, iaitu sebagaimana yg termaktub dlm Akta Dewan Bahasa. Untuk maklumat lanjut, saudari boleh merujuk buku i. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, ii. Daftar Umum Sebutan Bahasa Baku Bahasa Melayu, iii. Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu. Buku-buku ini ialah terbitan DBP.Lain-lain27.05.2010
minta penjelasan tentang kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa melayu.terima kasih

Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard.  Untuk maklumat lanjut, saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau merujuk buku-buku yang berkaitan.

Tatabahasa23.06.2010
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keburukan