Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
RACINE, JEAN

Racine, Jean (16391699) adalah antara penulis

drama Perancis yang teragung. Dia menulis pada

Zaman Klasikal Perancis dan mematuhi kebiasaan

klasikal untuk penggubahan, termasuk

penggunaan plot tunggal yang padat. Ciri seninya

yang unggul adalah kesederhanaannya.

Perbendaharaan kata dalam dramanya adalah

terhad dan plot ceritanya tidak banyak aksi.

UMUM
PERAYAAN UMAT ISLAM

Perayaan Umat Islam ialah hari kemuliaan,

iaitu himpunan amalan yang berkaitan dengan

ibadat dan adat. Dari segi amalan ibadat ialah

solat, zikir (mengingati Allah), tahlil (berzikir

dengan kalimah tauhid Lailahaillallah), tasbih

(memuji Allah S.W.T. dengan Subhanallah) dan

takbir (mengagungkan Tuhan dengan Allahu

Akbar). Manakala adat kebiasaan pula seperti

makan, minum, pakaian, perhiasan, kelapangan,

kegembiraan dan amalan yang diharuskan dalam

Islam.

UMUM
PROSEDUR PARLIMEN

Prosedur parlimen ialah kaedah menjalankan

mesyuarat dengan cara yang teratur. Apabila orang

mengadakan mesyuarat, mereka memerlukan

peraturan yang akan membantu mereka mencapai

matlamat mereka. Peraturan prosedur parlimen

membantu pengerusi menjaga tertib semasa

mesyuarat dan juga memberi panduan kepada para

peserta dalam menjalankan mesyuarat. Prosedur ini

dikenali sebagai prosedur parlimen kerana ia

diambil daripada peraturan dan kebiasaan yang

diamalkan oleh parlimen United Kingdom. Prosedur

parlimen juga dikenali sebagai hukum parlimen,

amalan parlimen dan peraturan tertib .

UMUM
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebiasaan