Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Melayu ParsiKamus SainsKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Kamus Parsi(Beta)Bahasa Sukuan v4.0
Kata Takrif Sumber
golongan hipigolongan yg tidak mahu menerima atau tidak patuh kpd kebiasaan-kebiasaan dlm masyarakat dan melahirkan keperibadian mereka yg bebas itu menerusi cara mereka berpakaian dan cara hidup mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
hipi; golongan ~ golongan yg tidak mahu menerima atau tidak patuh kpd kebiasaan-kebiasaan dlm masyarakat dan melahirkan keperibadian mereka yg bebas itu menerusi cara mereka berpakaian dan cara hidup mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
habitat(Bio) tempat haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup secara semula jadi: ada per­bezaan-perbezaan kecil pd rangka kejadian berjenis-jenis burung supaya masing-masing dapat sesuai dgn ~ dan kebiasaan-kebiasaan yg berlainan; ~ semula jadi habitat asli (bukan buatan manusia); ~ tiruan habitat yg dibuat (disedia­kan) oleh manusia utk menempatkan hidupan-hidupan tertentu bersesuaian dgn habitat semula jadinya.Kamus Dewan Edisi Keempat
istiadat1. peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan, resam: dia masih budak, tidak tahu akan ~; adat ~ berbagai-bagai adat dan kebiasaan; 2. majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa (spt pertabalan, perkahwinan, dsb), upacara: ~ perkahwinan itu telah dijalankan dgn sempurna; beristiadat mempunyai (mengikut) istiadat: majlis yg penuh ~; mengistiadatkan 1. menjadikan istiadat (adat kebiasaan), membiasakan, melazimkan; 2. mengadakan istiadat (upacara).Kamus Dewan Edisi Keempat
istiadat1 peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan; adat kebiasaan; resam: Budak itu masih tidak tahu akan ~ raja-raja. adat ~ berbagai-bagai adat yg menjadi kebiasaan. 2 majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa; upacara: ~ penyampaian hadiah telah diadakan pd sebelah malamnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
istiadat1. peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan; adat kebiasaan; resam:Budak itu masih tidak tahu akan ~ raja-raja. adat ~ berbagai-bagai adat yg menjadi kebiasaan. 2. majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa; upacara: ~ penyampaian hadiah telah diadakan pd sebelah malamnya.Kamus Pelajar
adat1. peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi), lembaga: ~ Minangkabau; ~ Perpatih; ~ Rembau; 2. cara yg sudah menjadi kebiasaan, sifat, kebiasaan: ~ air cair, ~ api panas; kurang ~ tidak sopan, kurang ajar; membawa ~ haid (datang bulan); mengisi ~ menjalankan adat kebiasaan, memenuhi kewajiban; tahu ~ sopan; tak tahu ~ tidak sopan, kurang ajar; ~ dunia sifat dunia, kebiasaan di dunia; ~ gelanggang = ~ menyabung peraturan menyabung (ayam); ~ istiadat berbagai-bagai adat (peraturan) yg dituruti; ~ menyerambi adat menjamu bakal menantu laki-laki; ~ resam adat kebiasaan; ~ bersendi syarak, syarak bersendi ~ prb segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dgn adat dan agama; ~ diisi, lembaga dituang prb Mn mengerjakan sesuatu menurut adat kebiasaan; ~ gajah terdorong prb orang yg berkuasa biasanya menyalahgunakan kekua­saan­nya; ~ lama pusaka usang prb Mn adat yg tidak berubah-ubah sejak dahulu; ~ periuk berkerak, ~ lesung berdedak prb jika ber­kehendakkan keuntungan, haruslah susah; ~ sepanjang jalan, cupak sepanjang betung prb tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya; hidup dikandung ~ mati dikandung tanah prb setiap orang harus mentaati adat selama hidup dan jangan pula melupakan bahawa dia akan mati; hilang ~ tegal muafakat prb adat lama itu boleh diubah asal dgn muafakat; beradat 1. mempunyai adat, tahu sopan santun; 2. melakukan sesuatu secara adat; mengadatkan menjadikan sesuatu adat, menjadikan sesuatu kebiasaan; adat yg diadatkan adat yg ditetapkan; teradat sudah menjadi adat atau kebiasaan; adat yg ~ adat yg terjadi kerana kebiasaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kebiasaansesuatu yg sudah biasa; hal yg biasa dilakukan: Sudah menjadi ~ anak-anak itu pergi ke sekolah bersama-sama.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kebiasaanhal yg biasa dilakukan: adat ~; sudah menjadi ~ bagi tuan rumah itu utk datang tepat pd awal bulan; ~nya adatnya, biasanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
kebiasaansesuatu yg sudah biasa; hal yg biasa dilakukan: Sudah menjadi ~ anak-anak itu pergi ke sekolah bersama-sama.Kamus Pelajar
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebiasaan