Menara loceng, dalam bahasa Inggeris disebut campanile. Istilah ini berasal daripada perkataan Itali yang bermaksud loceng. Kebanyakan menara loceng terdapat di Itali. Bentuk menara biasanya segi empat tetapi ada juga yang berbentuk bulat. Sebahagian besarnya dibina di atas struktur yang berasingan, tetapi ada yang disambungkan pada gereja. Loceng di menara ini berfungsi untuk memanggil orang bersembahyang. Menara serupa ini juga didirikan di dewan bandar raya yang berfungsi sebagai menara pengawal dan struktur yang menjadi kebanggaan orang ramai. |