Kata |
Takrif |
Sumber |
keazaman | kemahuan, keinginan yg sangat kuat: Perdana Menteri mengulangi ~ kerajaan utk mempertahankan kedaulatan negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hati batu | a) bersifat degil, mempunyai keazaman (cita-cita) yg kuat; b) tidak berperikemanusiaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekerasan | perihal (sifat dsb) keras (dlm berbagai-bagai erti spt kekuatan, kekasaran, keazaman, kegiatan, dll), paksaan (dlm sesuatu tindakan): dgn ~ sukar dicapai penyelesaian; kumpulan jahat yg bertujuan hendak menumbangkan kerajaan dgn ~ telah dapat ditumpaskan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperkuat | menjadikan lebih kuat, memperkukuh, memperteguh, mempererat: kerajaan telah menerima bantuan utk ~ angkatan bersenjata Malaysia; ~ keazaman utk mengambil peranan dlm pembentukan masyarakat baru; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luntur I | 1. turun atau berubah warnanya (kain cat, dll): kainnya teguh dan tidak ~; tahan ~ tidak turun warna; 2. berubah, bertukar (keyakinan, pendirian, keazaman, dsb): keazaman mereka utk bersatu tenaga tidak ~ walaupun mereka terpaksa menghadapi beberapa halangan; 3. hilang atau berkurang (kasih sayang dsb): kasihnya sudah mulai ~; kejelitaannya mulai ~ apabila umurnya meningkat tua; 4. turun atau menjadi rendah (pangkat, darjat, dsb); 5. tidak mujarab lagi (mantera, jampi, dll): jampi itu sudah ~; meluntur menjadi atau mulai luntur; melunturi luntur warnanya dan kena pd (kain, baju) yg lain: kain ini dicuci terasing supaya tidak ~ yg lain; melunturkan menyebabkan luntur (berubah atau hilang warna, keyakinan, kasih sayang, dll): kain yg berwarna perang itu dilunturkan utk mendapatkan kain putih; kelunturan 1. perihal luntur: ia menampakkan ~ dan kebelakangan pendapat yg progresif; 2. kena warna sesuatu yg luntur; pelunturan perihal melunturi atau melunturkan; peluntur bahan utk melunturkan kain dll; serbuk ~ sj serbuk yg digunakan utk melunturkan (memutihkan) kain dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
esa | satu, tidak lebih dan tidak kurang drpd satu, tunggal; kurang ~ empat puluh tiga puluh sembilan; Tuhan yg ~ Tuhan yg hanya satu; ~ hilang, dua terbilang prb terus berusaha dgn keazaman hingga tercapai cita-cita; berbilang dr ~, mengaji dr alif prb membuat sesuatu itu hendaklah dimulai dr permulaannya; esa-esaan keseorangan, berasa sunyi;mengesakan membuat (menjadikan, menganggap, dll) satu: aku tetap ~ Allah dan tidak menyekutukan-Nya; keesaan perihal tunggal, kesatuan, sifat tunggal: ~ Tuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempertingkatkan | menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi (kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll), menjadikan lebih hebat (giat, erat, dll), memperhebat: peranan ~ mutu bahasa Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa sahaja; sikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman Mujahideen utk ~ perjuangan mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
azam I | kemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yg sangat kuat, tujuan (yg sesungguhnya): dgn melancarkan projek-projek ini, kerajaan telah menunjukkan ~nya hendak menambah penghasilan sawah;berazam mempunyai azam, bertujuan (dgn sesungguhnya), bercita-cita kuat (utk melakukan atau mencapai sesuatu): kerajaan ~ hendak meneruskan rancangan pembangunan;mengazamkan mencita-citakan, mahukan (dgn sesungguhnya): utk mencapai cita-cita yg diazamkan;keazaman kemahuan, keinginan yg sangat kuat: Perdana Menteri mengulangi ~ kerajaan utk mempertahankan kedaulatan negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teguh | 1. tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesanggupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaannya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memperlengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll); meneguhkan 1. menguatkan, mengukuhkan: ~ angkatan laut; 2. menyungguhkan, mengesahkan: beliau telah ~ kebenaran berita itu; 3. berpegang teguh (pd janji), tetap memenuhi janji (kata-kata); ~ janji menepati janji; ~ setia tetap setia; memperteguh menjadikan lebih teguh, memperkuat: kita dapat ~ negara dan dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup rakyat kita; keteguhan perihal teguh (hati, iman, dll), kekuatan, ketabahan, ketetapan: ~ hati dan ketabahan jiwa yg begini adalah menunjukkan sifat keperwiraan hulubalang Melayu; peneguhan perihal meneguhkan, penguatan, pengukuhan, penyungguhan; peneguh sesuatu alat (unsur, fakta dsb) yg meneguhkan atau memperteguh: anak merupakan ~ ikatan perkahwinan suami isteri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tingkat | 1. lapis drpd sesuatu benda (binaan dll) yg berbentuk bersusun-susun (bertindih-tindih, berlapis-lapis), lantai ketinggian, lenggek (bangunan), tumpuan (tangan dll): bangunan enam ~ itu akan siap hujung tahun ini; mangkuk ~ bekas yg bertindih-tindih dan dirangkaikan oleh pemegangnya, mangkuk tepen, siya; ~ peraduan lantai yg lebih tinggi letaknya utk tempat tidur; 2. = tingkatan taraf kedudukan (jawatan, kemajuan, dll), darjat, kelas, pangkat, peringkat: jawatannya sekarang lebih tinggi ~nya drpd jawatan sebelumnya; kemajuan ekonomi negeri ini sudah mencapai tingkatan yg agak tinggi; ~ hidup taraf hidup; 3. = tingkatan batas waktu, perenggan sesuatu kejadian (proses), takat: rancangan itu masih dlm ~ permulaan; setingkat 1. satu tingkat (tingkatan); 2. = ~ dgn sama tingkatnya atau martabatnya dll (dgn), setaraf (dgn); ~ demi ~ sedikit demi sedikit (bertambah dll); tingkat-tingkat Mn pemijak kaki; tetingkat kepingan papan dsb tempat me-letakkan buku (pakaian, kasut, dsb), rak, para; bertingkat ada tingkatnya, mempunyai tingkat; bertingkat-tingkat 1. berlenggek-lenggek, bersusun-susun, bertindih-tindih: bangunan-bangunan lama dirobohkan dan pd tempatnya didirikan bangunan yg ~; 2. berkelas-kelas, berpangkat-pangkat, bertaraf-taraf: kebolehan kanak-kanak dlm pelajaran mereka ~ antara seorang dgn yg lain; kedudukan manusia dlm sesuatu masyarakat lazimnya ~; 3. makin tinggi (naik, sukar, dll) sedikit demi sedikit: dlm tempoh sepuluh tahun pangkatnya naik ~ drpd askar biasa menjadi kapten; meningkat 1. menginjak (tangga dll) utk naik ke atas, memanjat (pokok dll), menaiki (basikal dll): sedang mentuanya membawa perian dan labu ke pancuran, Basanai ~ pintu itu; 2. mencapai tingkat (angka dll), naik (meninggi, mengatas, dll), bertambah banyak (hebat, penting, dll): perbelanjaan utk pendidikan ~ dr setahun ke setahun; dgn ini jumlah kematian telah ~ ke angka 79 orang; keriangannya ~ dan ia berdiri memberi pidato tanpa rancangan; 3. berubah dlm keadaan (masa dll) yg lain: apabila ~ dewasa anak itu menjadi seorang pahlawan muda yg gagah berani; meningkat-ningkat 1. terus meningkat (ber-tambah dll): keuntungan yg diperolehnya ~; 2. menjadikan bertingkat-tingkat (berlapis-lapis, bersusun yg satu di atas yg lain); meningkatkan meninggikan kedudukan (taraf dll), membesarkan (pengeluaran dll), memper-hebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi; ~ diri membesarkan (mengangkat) diri; mempertingkatkan menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi (kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll), menjadikan lebih hebat (giat, erat, dll), memperhebat: peranan ~ mutu bahasa Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa sahaja; sikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman Mujahideen utk ~ perjuangan mereka; tingkatan tingkat, kelas, peringkat, perenggan, takat; ~ gaji peringkat (tingkat) gaji; orang ~ atasan orang kelas (golongan) atasan; peningkatan perbuatan (usaha dsb) meningkatkan atau mempertingkatkan: ~ daya pengeluaran; ~ hasil jualan; ~ mutu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
will-power | n keazaman, tekad: sheer ~ stopped him from smoking, keazaman semata-mata membuat dia berhenti merokok; fat people usually have no ~ to diet, orang gemuk biasanya tdk mempunyai keazaman utk makan bersukat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
determination | n 1. act of settling, fixing, penentuan, penetapan, pemutusan, memutuskan: the ~ of company policy, penentuan dasar syarikat; 2. resolve, azam, keazaman, tekad: her ~ to achieve high goals in life, azamnya utk mencapai matlamat tinggi dlm hidup; 3. firmness of character, penuh /azam, keazaman, tekad/: women of great courage and ~, wanita-wanita yg berani dan penuh keazaman. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
resolve | n determination, azam, keazaman: nothing will change my ~ in this matter, tdk ada apa-apa pun yg dapat mengubah keazamannya dlm hal ini; make a ~, berazam: he made a ~ not to drink, dia berazam utk tdk minum arak lagi; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fundamental | ~ to, penting: determination is ~ to success, keazaman penting utk mencapai kejayaan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
patience | 2. capacity to endure difficulties calmly, kesabaran: learning a new language requires ~ and determination, belajar bahasa baru memerlukan kesabaran dan keazaman; with ~, dgn sabar: he taught his blind pupils with great ~, dia mengajar pelajar-pelajarnya yg buta dgn begitu sabar; 3. (UK), (card game) permainan solitaire. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
unyielding | adj 1. lacking in softness or flexibility, keras: an uncomfortable, ~ chair, kerusi yg keras dan tdk selesa; 2. characterized by firmness, adamant, tdk goyah: an ~ determination to succeed, keazaman yg tdk goyah utk berjaya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bring | ~ so. through, a. menyelamatkan sso: can the doctor ~ the patient through?, dapatkah doktor menyelamatkan pesakit itu?; b. (fig.) menyebabkan sso dapat mengharungi: perseverance and sheer determination brought them through the crisis, kegigihan dan keazaman semata-mata menyebabkan mereka dapat mengharungi krisis itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
inflexible | adj 1. rigid, cannot be bent, tdk boleh /dilenturkan, dibengkokkan/: an ~ iron rod, batang besi yg tdk boleh dilenturkan; 2. fixed, unalterable, tdk boleh diubah: ~ rules, peraturan-peraturan yg tdk boleh diubah; his ideas are said to be ~, gagasan-gagasannya dikatakan tdk boleh diubah; 3. unyielding, unbending, a. (of will, courage, etc) tdk mungkin luntur: ~ determination, keazaman yg tdk mungkin luntur; b. (derog), (of person) keras kepala, degil, tegar: there is no way you can make him change his mind hes absolutely ~, kamu tdk akan dapat membuat dia mengubah fikirannya dia sangat keras kepala; c. (of attitude) tdk dapat diubah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fight | vt 1. do battle with, bertempur dgn: America fought Japan for three years, Amerika bertempur dgn Jepun selama tiga tahun; 2. contend with in physical combat, berlawan: my father fought the burglar with his bare hands, bapa saya berlawan dgn pencuri itu dgn tangan saja; 3. oppose, menentang: the senator fought the bill with determination, senator itu menentang rang undang-undang tersebut dgn penuh keazaman; we are going to ~ the action, kami akan menentang tindakan itu; 4. strive to overcome; a. (disease, social evil) berusaha /menghapuskan, membasmi/, (berusaha) membanteras; b. (fire) melawan; c. (fear, pain) melawan; 5. (in boxing) berlawan (tinju) dgn: he fought the champion until the third round, dia berlawan dgn jaguh itu sehingga pusingan ketiga; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
confront | vt 1. face bravely or threateningly, (of person) mendatangi; (of problem, task, etc) dihadapi: I was ~ed by two strangers as I left the house, saya didatangi dua lelaki yg tdk saya kenali sewaktu saya keluar dr rumah; the problems ~ing them were by no means small, masalah yg dihadapi oleh mereka bukanlah kecil; 2. face, menghadapi: to ~ the future with determination, menghadapi masa depan dgn keazaman; 3. bring face to face, a. (persons) menyemukakan, mempersuakan; b. (person with thing) menyuakan: when he was ~ed with the evidence, he confessed, apabila dia disuakan dgn keterangan itu dia pun mengaku; 4. be in front of, berhadapan: every time I am ~ed by a microphone I become extremely nervous, setiap kali saya berhadapan dgn mikrofon saya menjadi sangat gugup. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
humanistic curriculum | kurikulum kemanusiaan | Pendidikan | Tiada | Kurikulum menekankan potensi pelajar serta proses afektif yang boleh membentuk dan mempertingkatkan keazaman serta kesempurnaan kendiri. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
keazaman | [ke.Öa.za.man]/[ke.a.za.man] | کعزمن |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata keazaman |
|
Peribahasa |
---|
| 368 Many a mickle makes a muckle Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga. Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit. ''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a mickle makes a muckle , doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered. ''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|