Kata |
Takrif |
Sumber |
berdetap | berbunyi spt bunyi hentakan kasut sewaktu berjalan (ranting kayu dipijak dsb): Lamid membuka matanya lebar-lebar apabila terdengar ranting ~ dipijak orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
detap | bunyi spt bunyi hentakan kasut sewaktu berjalan (ranting kayu dipijak dsb); berdetap berbunyi spt bunyi hentakan kasut sewaktu berjalan (ranting kayu dipijak dsb): Lamid membuka matanya lebar-lebar apabila terdengar ranting ~ dipijak orang; mendetap-detapkan membunyikan hentakan kasut sewaktu berjalan: gadis itu ~ kakinya ke lantai dan mengetuk-ngetukkan jarinya ke meja; detapan bunyi berdetap: ~ kasutnya semakin cepat kedengaran menghampiri rumah itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ira | 1. pangsa durian (limau dll), pangsa; 2. = ~ kayu urat pd kayu; 3. = ~ daging urat besar pd daging; 4. = ~ benang, = ~ kain urat benang yg memanjang pd kain; ~ beralun ira kayu yg susunannya beralun dgn agak sekata; ~ kasar ira kayu yg gelang pertumbuhannya lebar dan jelas (dgn perbezaan yg ketara antara kayu awal dgn kayu akhir); ~ lintang ira kayu yg susunannya tidak selari dgn paksi utama kayu; ~ lurus ira kayu yg susunannya selari dgn permukaan memanjang kepingan kayu; ~ pilin ira kayu yg susunannya berpintal melingkungi paksi batang atau dahan pokok; ~ rapat ira kayu yg gelang pertumbuhannya nipis dan tidak berapa ketara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ira kasar | ira kayu yg gelang pertumbuhannya lebar dan jelas (dgn perbezaan yg ketara antara kayu awal dgn kayu akhir); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
papan I | 1. keping kayu yg nipis atau lebar; kilang ~ kilang utk membuat papan drpd kayu; rumah ~ rumah yg dindingnya drpd papan; 2. keping (penjodoh bilangan bagi petai, mercun, dll); ~ bam papan tumpuan kemudi atau tiang pd perahu (kapal); ~ batu papan drpd sj batu (utk menulis), batu tulis; ~ berapit papan di atas apit lempang; ~ canai papan utk mencanai; ~ catur papan utk permainan catur; ~ cuki papan utk permainan cuki; ~ dam papan utk bermain dam (tempat digerakkan buah dam); ~ dondang papan buaian (ayunan); ~ gentian sj papan yg dibuat drpd gentian selulosa (yg dipadatkan dgn menggunakan haba dan tekanan); ~ hitam = ~ tulis papan yg biasanya bercat hitam tempat menulis dgn kapur; ~ iklan papan besar tempat dipaparkan sesuatu iklan; ~ jongkang-jongket papan permainan kanak-kanak yg boleh turun naik; ~ karom papan dgn empat penjurunya berlubang (dan dibubuh jaring kecil) digunakan utk bermain karom; ~ kedua (Eko) papan penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur yg menyenaraikan saham syarikat sederhana dgn modal berbayarnya antara RM5 juta hingga RM20 juta; ~ kekunci alat yg mempunyai set kekunci yg digunakan utk memasukkan data ke dlm komputer; ~ kenyataan papan tempat ditulis atau ditampal kenyataan (larangan, pengumuman, dll); ~ keranda papan utk membuat keranda; ~ lantai papan yg digunakan utk membuat lantai; ~ lapis papan yg merupakan satuan drpd kepingan nipis papan; ~ lukis(an) papan tempat kertas disemat (direntangkan dll) supaya senang melukis; ~ nada (Muz) alat yg mempunyai set kekunci yg mengeluarkan nada berbeza apabila ditekan, mis pd piano, organ dsb; ~ notis papan kenyataan; ~ pembasuh papan tempat membasuh kain; ~ pemuka bahagian di dlm kereta dsb di bawah cermin depan yg menghadap pemandu, tempat terdapatnya pelbagai alat kawalan, suis, meter dsb; ~ serpai papan panel yg dihasilkan drpd gabungan serpihan bahan-bahan lain yg diikat dgn resin atau bahan pengikat lain; ~ tanda papan nama sesuatu tempat (kawasan); ~ utama (Eko) papan penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur yg menyenaraikan saham syarikat besar yg modal berbayarnya melebihi RM20 juta; sepapan sekeping: ~ petai; memapan mengenakan (memasang) papan utk lantai rumah dll; perut ~ Id perut keras; belayar sambil ~ prb melakukan dua pekerjaan (perkara) sekali gus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lintang | 1. lebar (sesuatu kawasan), lwn panjang atau bujur: kawasan itu luasnya 10 meter persegi, panjangnya 5 meter, berapakah jarak ~nya? 2. mengikut lebar sesuatu benda (garisan, potongan, dll), malang: keratan ~; kayu ~; 3. ark pemidang yg mengikut lebar sesuatu benda (daun pintu, tingkap, dll); ~ bujur a) garisan dr sudut ke sudut; b) pergi atau berlari ke segenap arah; ~-kedak tidak teratur (letak sesuatu dll); ~-pukang a) tidak menentu arahnya (orang berlari dll); b) bergerak bertempiaran, tunggang-langgang; melintang 1. mengikut lintang sesuatu benda (kawasan dll), malang: sehelai kain pelekat corak ~ dan sehelai baju panas biru membalut tubuhnya; 2. mendatar (sesuatu garisan), lwn menegak; 3. menggalang atau merintang (malapetaka, kecelakaan, dll): dia sendiri pun akan turun besok kalau tak ada aral ~; ~ batang membuat rintangan di sungai utk memungut cukai; ~ payar melabuhkan perahu melintang di sungai utk memungut cukai; 4. bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke satu tangga dan peringkat yg lebih tinggi dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); melintangi 1. menghalangi, menyekat, merintangi; 2. memberi tentangan (kpd pendapat, fikiran orang, dll), membantah, menyangkal; melintangkan meletakkan (supaya) melintang, meletakkan mengikut lintang sesuatu benda: tegakkan sebatang silinder dan kemudian lintangkan pembaris di tepi silinder itu; terlintang 1. terletak melintang, dlm keadaan melintang: terbujur lalu, ~ patah; 2. terhalang, terintang, tertahan: siapa engkau yg ~ dihadapanku ini? lintangan sesuatu yg melintang, galangan, halangan; pelintangan perihal (perbuatan dsb) melintang atau melintangkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jalur I | 1. garis yg agak lebar dan lurus (pd kain dll), loreng yg lurus, belang; 2. ruang panjang yg terletak di antara dua garis (batas, deret, dll), lajur; 3. sesuatu yg nipis serta panjang; 4. kayu nipis dan panjang yg dipakai sbg lidah utk menyambung kayu; 5. (Komp) spektrum frekuensi di antara dua had frekuensi yg ditetapkan dlm sistem telekomunikasi; 6. (Komp) jejak pd cakera, katrij, atau gelendong magnet yg telah ditentukan sbg tempat menyimpan data; ~ asas (Komp) jalur frekuensi yg diduduki oleh suatu isyarat asal, sebelum isyarat tersebut diproses; ~ lebar (Komp) jalur frekuensi saluran penghantaran yg mempunyai lebar jalur melebihi frekuensi suara 3000 hertz; ~ tenaga (Kim) jalur yg terbentuk drpd aras-aras tenaga yg selanjar dan sangat rapat dlm pepejal berhablur; berjalur, berjalur-jalur 1. bergaris-garis yg lebarnya sama dan warnanya berlainan, berloreng lurus: bendera itu ~ putih merah; 2. mempunyai ruang panjang (di antara dua garis dll): kain itu dipotong ~ ; jaluran 1. jalur: tikar mengkuang itu ada ~ merah; 2. perihal berjalur: saraf ~ . | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gergaji | alat yg bergerigi pd matanya utk memotong kayu dll; ~ aneka gergaji yg berbagai-bagai jenis matanya yg boleh ditukar-tukar; ~ balak (baluk) gergaji utk membuat papan dll; ~ belah gergaji utk memotong kayu mengikut hala urat; ~ belakang besi sj gergaji tangan yg bilahnya drpd besi keras dgn belakangnya disokong oleh bingkai keluli atau loyang, dan digunakan utk kerja-kerja kayu; ~ beregu sj gergaji dgn dua atau lebih mata yg dipasang pd bingkai atau pd aci gergaji talam, dan digerak ke hadapan dan ke belakang secara menegak atau mendatar utk membelah balak; ~ besar gergaji yg bingkainya merupakan bentuk huruf H; ~ besi gergaji utk memotong logam; ~ busar sj gergaji lengkuk yg berbingkai kayu dgn bilah nipis, dan digunakan utk memotong lengkuk pd kayu; ~ gelung sj gergaji dgn satu atau dua mata drpd keluli nipis yg berbentuk gelung, dan digunakan utk membelah balak; ~ kerat gergaji utk memotong kayu melintang urat; ~ kerawang gergaji utk membuat ukiran; ~ lengkuk sj gergaji tangan yg terdiri drpd bingkai keluli berbentuk U dgn bilah yg halus dan digunakan utk memotong lengkuk yg sempit pd papan nipis; ~ lengkuk halus sj gergaji lengkuk yg kecil dan digunakan utk memotong bahagian yg rumit, membulatkan bucu kayu, atau membuat reka bentuk tertentu; ~ lengkung sj gergaji tangan dgn bilah keluli yg nipis, dipasang pd bingkai logam yg melengkung, dan digunakan utk menebang pokok-pokok kecil; ~ lubang kunci sj gergaji yg bilahnya runcing pd bahagian hujung dan digunakan utk membuat lubang, memotong bucu, dll; ~ pengerat = ~ potong pepat sj gergaji yg digunakan utk memotong pepat kayu merentasi ira; ~ pita = ~ tali gergaji yg matanya berlingkar; ~ potong pepat sisi sj gergaji yg terdiri drpd rangka yg mengandungi beberapa keping gergaji talam, utk memotong atau membuang bahagian papan yg serong supaya sisi papan itu pepat; ~ racik sj gergaji (gelung atau talam) yg digunakan utk meracik dan menggergaji balak segi, kayu racik, dan kayu sayung; ~ rantai sj gergaji berjentera mudah alih yg mata pemotongnya terlekat pd rantai yg berputar, dan digunakan utk menebang pokok dan memotong tual kayu balak; ~ saber sj gergaji berjentera dgn bilah yg nipis dan pendek, dan digunakan utk memotong lengkung, membuat lubang, dll; ~ talam sj gergaji drpd keluli tegar yg bulat, pipih, yg berputar pd aci bermotor, dan digunakan utk memotong bahagian tepi atau hujung kayu; ~ tangan gergaji kecil yg dipegang dgn sebelah tangan; ~ tebuk gergaji yg matanya tidak lebar; spt ~ dua mata prb orang yg mendapat keuntungan drpd dua pihak; bergergaji sudah dipotong dgn gergaji (bkn balak, kayu dsb); menggergaji 1. memotong dgn gergaji; 2. berjalan serong ke kiri; penggergajian tempat menggergaji kayu; penggergaji orang yg menggergaji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ukur | 1. alat yg digunakan utk menyukat (utk mengetahui panjang, lebar, dsb sesuatu), sukat (dlm kata majmuk); ilmu ~ pengetahuan bkn sukat-menyukat tanah dll; pita ~ pita yg diguna-kan utk menyukat (utk mengetahui panjang, lebar, dsb sesuatu); 2. Mn layak, padan, patut; ~ alit sl aturan, tindakan; ~ jangka jangka waktu yg tertentu; ~ mata dgn telinga ki menurut apa yg didengar dan dilihat; ~ tanah menyukat tanah (utk menentukan atau menge-tahui panjangnya, luasnya, dsb); tukang ~ jalan ki orang yg kerjanya berjalan-jalan sahaja dgn tidak menentu; seukur 1. sama besarnya; 2. Mn secocok, sepadan; telah ~ a) sepadan dgn; b) sama dgn; c) sepatutnya, selayaknya; d) sefaham (dgn), seia sekata; ~ berbaur, bertopang bercerai prb jika sekata tentu bercampur (bersatu) dan jika berlainan pendapat (fikiran) tentu ber-cerai; mengukur 1. mencari luas (besar, lebar, dll) sesuatu dgn menggunakan alat-alat, me-nyukat: maka sebentar-sebentar diukurnya bayang-bayang itu; 2. ki menilai dgn mem-bandingkannya dgn yg lain, mencuba, menguji, memeriksa: dr jalan rayalah dapat dipandang gelagat lelaki dan dapat diukur perangai lelaki; mak tidak harus ~ segala-galanya drpd pandangan diri mak sahaja; ~ jalan ki berjalan mundar-mandir di jalan raya; ukur baju di badan sendiri prb tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dgn kebolehan kita; ukuran 1. alat yg digunakan utk mengukur (spt kayu skala, pita, dll); 2. satuan atau unit kiraan utk mengukur (menyukat), sukatan: berapa panjang jalan itu dlm ~ kilometer? 3. hasil drpd mengukur, perolehan drpd mengukur; 4. besarnya (panjangnya, lebar-nya, dll), saiz: kasut ~ besar; 5. ki sesuatu yg digunakan sbg bandingan (pegangan, nilaian, dll): sastera lama tidak boleh dan tidak dapat dinilai dgn ~-~ moden; pengukuran perihal (perbuatan, kerja, dsb) mengukur, penyukatan: ~ bagi agama-agama ini mestilah menggunakan kayu ukur yg sama; pengukur 1. orang yg kerjanya mengukur, juruukur, tukang sukat; 2. alat yg digunakan utk mengukur atau menyukat (spt kayu skala dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sudip | alat yg dibuat drpd bilah atau drpd kayu utk mencedok atau utk menyenduk nasi dll. ~ sepatu alat spt sudu utk memudahkan memasukkan kaki ke dlm kasut. ~ tangan alat bermata lebar dan melengkung yg digunakan utk menggemburkan tanah dsb. menyudip mengaut atau menyenduk dgn sudip. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
beam | n 1. horizontal structural support, a. (of floor) rasuk; b. (of roof) alang (bumbung); c. (of bridge) galang (jambatan); d. (in ship) pelancar; 2. cylindrical roller in loom, gelendong, kumparan; 3. main timber of plough, kayu /bajak, tenggala/; 4. bar of balance, batang (dacing); 5. breadth of ship, lebar kapal, lebar(nya); 6. ray, column (of light) pancaran, sinaran, sorotan: a ~ of light, pancaran cahaya; to lower the ~ of the headlights, merendahkan pancaran lampu besar (kereta); high ~, /suluh, sinar/ tinggi; /suluh, sinar/ rendah; 7. radio signal, alur radio; 8. radiant smile, senyum(an) yg berseri-seri; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
shrinkage | kecutan | Perhutanan | Tiada | Proses pengurangan ukuran panjang, lebar, tebal, dan isi padu kayu akibat proses pengeringan kayu bawah takat tepu gentian. Kecutan yang lebih besar berlaku pada muka potongan tangen daripada muka potongan jejari, dan yang paling kecil ialah pada permukaan memanjang. Kadar kecutan bergantung pada spesies kayu. |
pitch | pic | Kesenian | Hiasan Dalaman | 1. Pengumpulan resin yang berpunca daripada proses pemisahan di dalam kayu atau di dalam sel kayu tersebut. 2. Penandaan kerapatan pail di sepanjang lebar sesuatu tenunan karpet yang digambarkan melalui bilangan benang atau panjang jalur yang terkandung pada kelebaran 702 mm. Semakin besar nilai pic, semakin rapat kedudukan satu pail dengan pail yang lain dalam lebar karpet. 3. Atap yang condong atau paip yang mendatar. Lihat juga atap. |
parquet | parket | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kayu keras nipis yang disusun menjadi corak tertentu dan dijadikan sebagai penyudah di permukaan lantai. Parket biasanya dipasang membentuk corak berjalur atau zig zag dan dikilatkan pada tahap yang tinggi. Pelbagai bahan digunakan untuk menghasilkan parket, misalnya kayu, buluh atau palma bertam. Parket biasanya berukuran 4 inci lebar dan 4 inci panjang atau 9 inci lebar dan 9 inci panjang. |
credenza | kredenza | Kesenian | Hiasan Dalaman | Almari rendah dan lebar dengan beberapa bahagian atau laci, yang digunakan untuk menyimpan pinggan mangkuk. Perabot ini biasanya diperbuat daripada kayu berkilat yang dihiasi dengan marketri yang dilengkapi dengan kaca kuadran yang diletakkan secara simetri. Permukaan atas meja diperbuat daripada marmar atau batu hiasan atau kayu bertatah dalam. Kredenza sangat diminati oleh golongan bangsawan pada penghujung abad ke-19 zaman Renaissance. Perkataan credenza berasal daripada perkataan Latin Meieval, iaitu credentia yang bermaksud percaya. |
credenza | kredenza | Kesenian | Hiasan Dalaman | Almari rendah dan lebar dengan beberapa bahagian atau laci, yang digunakan untuk menyimpan pinggan mangkuk. Perabot ini biasanya diperbuat daripada kayu berkilat yang dihiasi dengan marketri yang dilengkapi dengan kaca kuadran yang diletakkan secara simetri. Permukaan atas meja diperbuat daripada marmar atau batu hiasan atau kayu bertatah dalam. Kredenza sangat diminati oleh golongan bangsawan pada penghujung abad ke-19 zaman Renaissance. Perkataan credenza berasal daripada perkataan Latin Meieval, iaitu credentia yang bermaksud 'percaya'. |
nanorod | nanorod | Fizik | Nanoteknologi | Struktur yang bentuknya seperti batang kayu, berdiameter 1 nm -100 nm dan nisbah panjang terhadap lebar adalah antara 3 - 5. Beberapa nanorod diperbuat daripada logam atau bahan semikonduktor, contohnya emas dan silikon karbida (SiC). Nanorod dihasilkan menerusi sintesis kimia dan mempunyai kegunaan meluas dalam teknologi paparan hingga kepada mikroelektromekanik (MEMS). |
P. panetiere | panetiere | Kesenian | Hiasan Dalaman | Tempat penyimpanan roti yang diperbuat daripada kayu berukir bersaiz 35 inci lebar dan 38 inci tinggi yang direka bentuk dengan corak daun dan bunga-bungaan. Biasanya digantung atau diletakkan di atas meja makan atau di ruang makan tetamu. |
elm | elm | Kesenian | Hiasan Dalaman | Pokok yang terdapat di hemisfera utara, daripada genus Ulmus yang berdaun lebar dan tepinya bergerigi, serta berkayu keras dan berat. Kayu daripada pokok ini berwarna coklat cerah dan banyak digunakan untuk lantai, alat perabot serta lapisan venir. |
cubic foot | kaki padu | Perhutanan | Tiada | Simbol Cu. ft. Unit sukatan sebenar yang bersamaan dengan satu kiub yang mempunyai dimensi satu kaki panjang, satu kaki lebar, dan satu kaki tinggi. Sukatan ini digunakan untuk menyukat isi padu dirian dalam hutan atau isi padu balak dan kayu gergaji di kilang papan. |
blind | bidai | Kesenian | Hiasan Dalaman | Sejenis penutup ruang bukaan seperti tingkap dan koridor. Sebagaimana langsir, bidai berfungsi untuk mengawal cahaya, suhu, bunyi dan penglihatan dalam sesuatu ruang. Bidai diperbuat daripada kepingan kayu, buluh, plastik, fabrik atau logam. Bidai berfungsi secara menegak atau melintang dengan menggerakkannya secara manual dan automatik. Bidai melintang diperbuat daripada kepingan bahan yang lebih kecil, yang disusun secara melintang berbanding bidai menegak yang menggunakan kepingan bahan yang lebih lebar, yang disusun secara menegak. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
turuih I | jalur; 1 garis yg agak lebar dan lurus pd kain dll, belang: ~ medirak Malaysia jalur bendera Malaysia; 2 sst yg nipis serta panjang; 3 ruang panjang yg terletak di antara dua garis, batas, deret, dll, lajur; 4 kayu nipis dan panjang yg dipakai sbg lidah u | Melanau Mukah | |
Kamus Sains.indb absorption wall (dinding penyerap) Dinding yang disaluti dengan bahan penyerap bunyi. (FIZ) abstract (abstrak/penyata cukai) Tulisan pendek mengenai sesuatu, ringkasan, ikhtisar dan sari. Abstrak digu- nakan bagi menyatakan hasil kayu yang dikeluarkan dari kawasan hutan dan jumlah cukai yang perlu dibayar. Pengiraan ini dibuat semasa hasil dikeluar- kan dari kawasan hutan. (HUT) abstract number (nombor abstrak) Nombor yang disusun secara ringkas seperti 1, 2, 3, 4, 5 … yang digunakan bagi penyata cukai hasil kayu yang dikeluarkan dari kawasan hutan. (HUT) absolute space-time absorbent absorber abstract number Kamus Sains.indb 5 7/8/08 11:45:13 AM 6 abvolt (abvolt) Unit ukuran voltan
|
Kamus Thai 2.indb จาม 2 [ca:m] ก bersin: น ้ องจามเพราะ เป็นหวัด Adik bersin kerana selesema. จาม 3 [ca:m] menetak: คนงานสวนจามต ้ นไม ้ ด ้ วยขวาน Pekerja kebun menetak batang kayu dengan kapak. จามรี [ca:mri:] น yak จามจุรี [ca:mcuri:] น pokok hujan- hujan จ ่ าย [ca:i] ก 1 (หน ้ าที่ ) membahagikan: หัวหน ้ าคนงานจ ่ ายงานแก สามี Isteri pembesar itu suka menyibuk dalam urusan suaminya. จุ ่ ม [cum] ก mencelup: ช ่ างไม ้ จุ ่ มท ่ อนไม ้ ลง ในน้ำยาเคมีก ่ อนนำไปแกะสลัก Tukang kayu mencelup ketul-ketul kayu ke dalam bahan kimia terlebih dahulu sebelum diukir. จุมพิต [cumpi t] ก mengucup: ลูกจุมพิต บิดามารดาในวันตรุษอีดิลฟิตรี Anak-anak mengucup ibu bapanya pada Hari Raya Aidilfitri. จุนเจือ
|
Kamus Thai 2.indb ั ดจนกร ่ อน Batu di tepi pantai itu terhakis dipukul ombak. กรอบ [kr:p] น bingkai: กรอบรูปภาพ น ั ้นทำจากไม ้ ส ั ก Bingkai lukisan itu dibuat daripada kayu jati. กรอบ [kr:p] ว rangup กร ่ อย [kr:i] ว 1 (รสชาติ) payau: น ้ ำใน ปากน้ำนี้ กร ่ อย Air di kuala sungai ini payau. 2 (บรรยากาศ klai] น binokular กลอน 1 [kl:n] น selak: กลอนประตูบ ้ าน เก ่ าหล ั งน ั ้นทำด ้ วยไม ้ เหลาชะโอน Selak pintu rumah lama itu dibuat daripada kayu nibung. กลอน 2 [kl:n] น puisi: บทกลอนของ ไทยมีหลายชนิด Puisi Thai ada beberapa jenis. กล ่ อม [kl:m] ก mengulit: คุณย ่ ากำล ั ง กล ่ อมน ้ |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kayu lebar. |
|
|