Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ALIRAN BENDALIRSistem terbuka dikenali juga sebagai isipadu kawalan.  Dalam analisis aliran secara isipadu kawalan, pertama ditakrifkan sebagai satu rantau atau daerah kajian.  Untuk membezakan daerah kajian daripada persekitarannya, maka satu sempadan yang meliputi rantau kajian dilakarkan.  Sempadan ini dikenali pula sebagai permukaan kawalan S.Pada permukaan kawalan inilah jisim, tenaga, dan momentum boleh keluar masuk isipadu kawalan tersebut.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
KAWALAN ROD

Kawalan rod lihat Reaktor nuklear (Kawalan rod

ilustrasi: bahagian-bahagian reaktor).

UMUM
KAWALAN HARGA

Kawalan harga ialah kaedah yang digunakan

oleh kerajaan untuk mempengaruhi harga, bagi

kebaikan pengeluar atau pengguna. Kawalan harga

sering digunakan untuk mengelakkan harga

daripada kenaikan yang terlalu cepat.

UMUM
KAWALAN SENJATA

Kawalan senjata lihat Perlucutan senjata.

UMUM
KAWALAN KELAHIRAN

Kawalan kelahiran ialah istilah yang termasuk

semua kaedah yang digunakan untuk mengawal

atau mencegah kelahiran anak.

UMUM
KAWALAN JAUH

Kawalan jauh ialah pengawalan sesuatu sistem

dari jarak jauh. Sistem ini digunakan untuk set

televisyen sehinggalah kepada peluru berpandu

atau satelit. Jaraknya mungkin hanya beberapa

meter atau sampai beribu-ribu kilometer.

UMUM
PUSAT KAWALAN LALUAN UDARA

Pusat kawalan laluan udara lihat Kapal

terbang.

UMUM
AKTA PEMAJUAN PERUMAHAN (KAWALAN DAN PELESENAN) 1966

Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, digubal untuk mengawal selia syarikat pemaju perumahan demi menjamin kebajikan pembeli rumah. Akta ini digubal pada tahun 1966 dan berkuat kuasa pada bulan Ogos 1969.

UNDANG-UNDANGAkta
SANGER, MARGARET

Sanger, Margaret (18831966) ialah pemimpin

wanita gerakan kawalan kelahiran di Amerika

Syarikat dalam awal tahun 1900-an. Pada waktu itu

penyebaran maklumat atau alat kawalan kelahiran di

Amerika Syarikat adalah menyalahi undang-undang.

Sanger percaya bahawa orang perempuan

sepatutnya mempunyai persamaan ekonomi dan

sosial dengan orang lelaki. Untuk mencapai

persamaan tersebut, dia berpendapat bahawa orang

perempuan perlu mengelakkan kehamilan yang

tidak dikehendaki. Sanger menubuhkan pertubuhan

yang kemudiannya menjadi Persekutuan

Keibubapaan Terancang Amerika (Planned

Parenthood Federation of America), iaitu organisasi

kawalan kelahiran yang utama di Amerika. Sanger

mencipta istilah kawalan kelahiran yang dahulunya

diken ali sebagai keibuan sukarela .

UMUM
AKTA KAWALAN HARGA 1946

Akta Kawalan Harga 1946, akta yang membenarkan pengawalan harga bagi semua jenis barang oleh pihak berkuasa. Akta ini telah digubal pada tahun 1946 dan disemak pada tahun 1973.

UNDANG-UNDANGAkta