Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Saya ada soalan berkaitan kata sendi dari/daripada yang bertemu dengan kata nama anggota tubuh badan. 1. Kata-kata itu keluar dari/daripada mulutnya. 2. Air matanya bertakung dan akhirnya tumpah dari/daripada tubir mataya. 3. Kata-kata itu ikhlas dari/daripada hatinya. Penggunaan anggota tubuh badan tersebut bolehkah merujuk kepada tempat atau asal kejadian sesuatu perkara? Mohon penjelasan pihak DBP.

Berikut disenaraikan ayat yang lebih tepat tatabahasanya:

1. Kata-kata itu keluar daripada mulutnya.

2. Air matanya bertakung dan akhirnya tumpah daripada tubir matanya.

3. Kata-kata itu ikhlas daripada hatinya.

 

Penggunaan anggota tubuh badan tersebut merujuk pada sumber atau asal kejadian sesuatu benda. (Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 269-272)

Tatabahasa25.09.2023
Salam tuan. Adakah kata-kata berikut betul? 1. salah tempat Contoh ayat: Kamu sudah salah tempat untuk membuat kad pengenalan. 2. tuan-tuan dan puan-puan sekalian Terima kasih.

Penggunaan yang lebih formal untuk menyatakan hal tersebut ialah seperti contoh yang berikut:

1.      Kamu berada di tempat yang salah untuk membuat pengaduan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Terima kasih.
Tatabahasa26.08.2023
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, Mohon kerjasama tuan/puan untuk menilai penggunaan kata-kata di dalam seloka seperti dibawah : Handal bersembang, Ingar gemerencang, Selalu tunjuk belang, Walau banyak gebang, Ada gundik merangkap dayang, Deras ambil peluang, Inklusiviti penilaian akhirnya sumbang. Zaman multitugas, Ada yang berlaun. Ingkar metode asas, Tegas tambah elaun, Untung kaki kipas, Nanti semak akaun. (Nota : Seloka penceritaan tentang sikap seseorang yang suka bercakap besar, membuat penilaian berdasarkan sikap pilih kasih sehingga tidak mengambilkira peraturan yang sedang berkuat kuasa)Untuk menjawab soalan ini, mohon pihak tuan untuk meng-e-melkan soalan ini kepada YBrs. Dr. Syaidul Azam bin Kamarudin melalui alamat e-mel syaidul@dbp.gov.my.

Sekian, terima kasih.
Sastera01.08.2023
ISyafiq menelan sup ayam yang baru dimasak oleh ibunya kerana terlalu lapar. IIPembinaan lebuh raya itu menelan kos berjuta-juta ringgit. IIIJasmin hanya menelan sahaja kata-kata cacian yang telah dilemparkan kepadanya dengan perasaan sedih. IVKerajaan Malaysia telah menelan wang yang banyak untuk mendapatkan bekalan vaksin untuk rakyat. "Dalam keempat-empat ayat ada kesalahan tak?
Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Syafiq menghirup sup ayam yang bari dimasak oleh ibunya kerana terlalu lapar.
2. Pembinaan lebuh raya itu menelan kos jutaan ringgit.
3. Ayat " Jasmin hanya menelan sahaja kata-kata cacian yang telah dilemparkan kepadanya dengan perasaan sedih" adalah
    betul.
4. Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan wang yang banyak untuk mendapatkan bekalan vaksin.
Tatabahasa26.04.2022
adakah perkataan/frasa ini digunakan dalam bahasa Melayu dan apakah maksudnya yang sebenar? 3. Precariat 4. prakarsa 5. Klusif, 6. efi-fenomena 7. sarwapandang 8. neoliberal 9. inteligensiaKata-kata tersebut masih belum terakam dalam Kamus Dewan Perdana dan Kamus Dewan Edisi Keempat kecuali kata sarwa, pandang, neo-, liberal dan inteligensia. Makna bagi kata-kata tersebut boleh diperoleh dengan mudah di https://prpm.dbp.gov.my/ atau merujuk kamus bercetak.Lain-lain12.07.2023
Saya menjumpai dalam khidmat nasihat DBP, ada jawapan yang mengatakan "sebab" ialah kata nama sahaja. Namun kamus Dewan Perdana memberikan kelas kata Kata Hubung juga untuk "sebab". Bolehkah DBP kemas semula dan padamkan jawapan yang sepatutnya dalam khidmat nasihat kerana ada jawapan-jawapan yang mengelirukan. Semoga terus maju bahasa Melayu!

Terima kasih atas makluman tuan. Pihak kami ambil maklum berkenaan perkara ini dan akan mengambil tindakan yang selanjutnya.

Lain-lain04.06.2023
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata sandang bermaksud kata penyerta atau kata yang ber­tugas untuk menentukan supaya sesuatu kata menjadi kata nama. Adakah kata sandang dikategorikan di bawah kata nama atau kata tugas?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "kata sandang" ialah "kata penyerta". "Kata sandang" ialah "kata yang ber­tugas untuk menentukan supaya sesuatu kata menjadi kata nama seperti sang atau si."Tatabahasa01.07.2022
Salam, dalam Bahasa Melayu, terdapatkah perbedaan halus atau secara semantik untuk kata-kata "apabila," "ketika," dan "tatkala"? Terima kasih.Kata apabila, ketika dan tatkala ialah kata keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa keterangan dengan klausa utama. Penggunaannya berdasarkan konteks ayat - Apabila senja tiba, kelawar berterbangan keluar mencari makananPencuri memasuki rumah itu ketika penghuninya sedang nyenyak tidur dan Tatkala hujan turun, mereka masih di sawah. Dari aspek makna, kata keterangan apabila dan tatkala boleh bertukar ganti penggunaannya. Untuk melihat makna ketiga-tiga kata ini, sila rujuk PRPM. Tatabahasa12.08.2022
Apakah perbezaan sebutan suku kata dan kata ejaan suku kata ?Terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu. Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan. Pemenggalan kata bagi ejaan  pada kata terbitan dilakukan dengan cara memisahkan imbuhan daripada kata dasarnya, contohnya meng-a-rah. Manakala sebutan bagi kata terbitan pada dasarnya menurut pola pemenggalan suku kata berdasarkan pola ejaan iaitu, VK-, KV- dan KVK. Namun, bagi beberapa bentuk terbitan dengan awalan tertentu, terdapat cara sebutan yang bervariasi contohnya, [me.nga-rah], [daun].

Contoh:  ma-kan-an (pemenggalan suku kata)
             ma-ka-nan (pemenggalan sebutan)
             ba-yar-an (pemenggalan suku kata)
             ba-ya-ran  (pemenggalan suku kata)
     
Lain-lain19.01.2022
Apakah itu praklausaKata Praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat. Fungsi kata praklausa adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, atau sebagai penerang kepada pangkal klausa.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan bentuk-bentuk kata yang tergolong sebagai kata praklausa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga pada halaman 254 hingga 257.
Tatabahasa10.08.2022
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kata-kata

Puisi
 

Mengapa adik menjahit baju,
     Menjahit kain si banyak lagi;
Mengapa adik kata begitu,
     Kata yang lain banyak lagi.



Lihat selanjutnya...