Kata |
Takrif |
Sumber |
tetap I | 1. selalu berada di tempatnya, tidak berpindah-pindah, tidak bergerak, tidak berganjak: di dlm kursus sains ini kelak kita akan menemui benda-benda hidup yg tinggal ~ tidak bergerak beberapa lama; 2. tidak utk sementara: jawatan ini adalah ~ dan berpencen; 3. tidak putus-putus, terus-menerus, selalu: dunia masih ~ berharap bahawa segala kejayaan Rusia di angkasa lepas itu hendaknya benar-benar dilakukan utk tujuan-tujuan damai; 4. tidak berkesudahan, kekal selama-lamanya, lestari, abadi: kita di dunia ini tidak akan ~, mati juga akhirnya; 5. tidak berubah-ubah (keadaannya dll), selalu demikian halnya dll, sama (keadaannya): harga getah dan timah bergantung pd pasaran dunia dan oleh sebab itu tidak ~; 6. sudah pasti, tentu, mesti: gedung itu ~ akan dirasmikan pd hari itu; 7. teguh berpegang pd (pendirian, kepercayaan, keyakinannya, dll): dia ~ tidak mahu berdamai; 8. tidak berubah lagi (niat, keputusan, dll): niatnya utk menunaikan fardu haji sudah ~; ~ hati teguh hati, tabah hati; menetap tinggal dgn tetap (di), bermukim (di), duduk (di): ~lah mereka di sana utk membuka tanah, meneroka hutan utk dijadikan kampung; menetapi 1. menepati atau memenuhi (janji dll), menunaikan (niat, kaul, dll): dlm janji digaduhkan sampai janji ditetapi; 2. memenuhi (kewajiban, tanggungjawab, dll), menjalankan (perintah), mematuhi; menetapkan 1. membuat supaya tetap (tidak goyah dll), menjadikan tetap (kekal, lestari, dll), mengekalkan: mereka hendak ~ apa yg telah ada; 2. menjadikan tetap (tidak utk sementara), melantik (menerima) sbg pegawai tetap: setelah berkhidmat selama satu tahun, Hamidah telah ditetapkan dlm jawatannya; 3. memberi kepastian (ketentuan), memastikan, menentukan: harinya mestilah ditetapkan utk membicarakan kes itu; 4. membuat keputusan, memutuskan: kami ~ hendak memberi bantuan kpd dua orang murid sahaja; 5. menjadikan tetap (tidak berubah-ubah keadaannya dsb): ~ harga; 6. memilih (melantik, mengangkat) jadi: mesyuarat telah ~ dia jadi wakil rombongan tersebut; 7. meneguhkan (hati, janji, dll): oleh itu ia telah ~ hatinya sedia hendak menghadapi untung nasib; 8. memperkuat, memperkukuh: fakir itu tinggal di negeri Samudera ~ akan agama Islam isi negeri itu; mempertetap, mempertetapkan menjadikan lebih tetap: ampun tuanku beribu-ribu ampun pertetapkan juga hati tuanku; ketetapan 1. perihal tetap, kepastian, ketentuan: apa yg sedang berlaku dlm masyarakat kita bukanlah drpd ajaran Islam, malah jauh menyimpang drpd ~ hukum-hukum Islam; 2. keputusan, ketentuan, pertimbangan: Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengambil satu ~ menyeru supaya semua pihak tidak berkeras dlm krisis Timur Tengah; 3. surat pengangkatan (perlantikan); 4. keteguhan (hati, kemahuan, dll), kekukuhan, kecekalan: kemahuan dan ~ hati akan mencapai suatu cita-cita yg mulia; ~ pajak Id taksiran pajak (cukai dll); penetapan 1. perihal menetapkan, pemastian, penentuan: ~ bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan; 2. perihal menetapkan (harga, keadaan, dsb); 3. pelantikan (jawatan dll), pengangkatan; 4. pelaksanaan (kewajiban dll), penunaian (janji dll); 5. keputusan (pendapat dll); penetap sesuatu yg digunakan utk menetapkan (menyelaraskan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kamus Sains.indb yang terdiri daripada nod luar yang bersambung pada nod pusat dalam bentuk bin- tang, dengan nod pusat bertugas sebagai penyambung rangkaian dan sebagai pemproses mesej dalam rangkaian. Kegagalan nod pusat akan menggagalkan keseluruhan sistem. (KOM) active transport (pengangkutan aktif) Pergerakan masuk ion atau bahan larut lain dari kawasan berkepekatan rendah ke kawasan berkepekatan tinggi melalui membran sel. Tenaga untuk melak- sanakan terus dengan kadar tindak balas. Reaktor jenis ini merupakan reaktor jenis ter - murah dan termudah bagi tindak balas eksotermik kecuali beberapa masalah dengan pengawalan suhu yang mungkin terlalu tinggi yang akan memberi ke - san kepada pemilihan penyahaktifan mangkin. (KEJ) administrative unit (unit pentadbiran) Kawasan terkecil yang ditadbir dalam struktur organisasi perhutanan. (HUT) admixture (bahan campur tambah) Bahan yang dimasukkan ke dalam
|
Kamus Thai 2.indb ก 1 ก็ [k] ว juga, pun: ถ ้ าคุณไป ผมก ็ จะไป Kalau kamu pergi, saya akan pergi juga. หรือ Kalau kamu pergi, saya pun akan pergi. ก็ดี [-di:] ว pun baik juga: คุณอธิบาย เสียหน ่ อยก็ดี Anda terangkan sedikit pun baik juga. ก็ได ้ [-dai] ว pun boleh: น ั ่งเก ้ าอี้ ต ั
|
Kamus Thai 2.indb ออยู ่ กับเนื้ อหาปาฐกถาธรรม วันตรุษอีดิลฟิตรี Dia menumpukan per hatian terhadap isi khutbah Hari Raya Aidilfitri. จดจำ [-cam] ก ingat: ชาวบ ้ านจดจำเหตุการณ ์ ในวันนั้ น Orang kampung masih i ngat akan kejadian pada hari itu. จดทะเบียน [-tabian] ก mendaftar- kan: ทั้ งคู ่ ได ้ ไปจดทะเบียนสมรสที่ ที่ ว ่ าการอำเภอ Pasangan itu telah pergi mendaftar kan perkahwinan mereka di pejabat daerah sehingga, sampai: บรรดาคนงานจะต ้ องทำงานจนกระทั่ ง เที่ ยงคืน Para pekerja harus beker ja sampai tengah malam. = จนถึง จนกว ่ า [-kwa:] สัน sampai, sehingga: ตำรวจจะคอยคนงานชาวกัมพูชาจนกว ่ าเขาจะมา รายงานตัวที่ สถานีตำรวจ Polis akan me nunggu pekerja Kampuchea sehing ga mereka datang melaporkan diri di balai polis. จนถึง [-t] ดู จนกระทั ่ ง จบ 1 [cop] ลน kali: ลูกชายฉันอ ่ านบทขอพร สามจบก ่ อนจะออกจากบ |
Kamus Thai 2.indb bertinggung, bercangkung นั่ งร ้ าน [nara:n] น aram-aram, pe rancah นัด [nat] ก 1 berjanji: พวกเขาทั ้ งสองนัดพบ กันที่ ร ้ านน ้ ำชาเปาะเลาะฮ Mereka ber- janji akan bertemu di kedai kopi Pak Lah. ลน 2 a (การประชุม แข ่ งขัน) kali: เขาไม ่ มาประชุมสองนัด Dia tidak hadir me- syuarat sebanyak dua kali. b (ยิง) das: ตำรวจยิงใส ่ ผู ้ ร ้ ายสองนัด Polis
|
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kat akan lah |
|
|