Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Novel ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
apakah maksud perkataan indonesia JOMBLO,ARJUNA,PACARBerdasarkan Kamus Bahasa Melayu Nusantara, jomlo bermaksud gadis tua, Arjuna bermaksud salah seorang daripada Pandawa lima atau lelaki yang dikasihi dan pacar bermaksud tumbuhan yang daunnya digunakan sebagai pemerah kuku, jari, rambut, dsb; inai atau teman lawan jenis yang tetap dan mempunyai hubungan cinta kasih; kekasih.Makna02.10.2006
Maksud perkataan 'puspawati'. Terima kasih.

Puspa: sl bunga; ~ hati ki kekasih, buah hati; taman ~ (sari) taman bunga, jambangan.

Wati: bentuk yg menyatakan perempuan

Makna14.04.2009
soalan: bagaimana untuk kita menentukan tarikh sebenar mengikut masa contoh 1: siaran langsung 'Cinta bersemi' 1 Oktober 2012 , 9.00 malam dan ulang siar 2.00 pagi soalannya: untuk ulangsiar 2.00 pagi adakah telah masuk 2 oktober? contoh 2: ( Drama 'kekasih akan disiarkan bermula Isnin 1 Oktober ): saksikan drama bersiri 'Kekasih' Mulai 1 Oktober , setiap Isnin 12.30 tgh mlm soalannya: adakah 12.30 tgh mlm di anggap sebagai 1 Oktober? Soalan 3: bagaimana untuk kita mengenalpasti penggunaan masa yang betul mengikut tarikh contoh : 1 oktober ( bermula pukul berapa hingga berapa?) dan 2 oktober ( bermula pukul berapa hingga berapa?) adakah ( tarikh adlh sbg contoh) 1 oktober= 12.00 tgh mlm - 11.59 malam (24 jam ) 2 oktober = 12.00 tgh mlm - 11.59 malam ( 24 jam ) sekian terima kasih1. Ulang siar "Cinta Bersemi" pada pukul 2.00 pagi adalah pada 2 Oktober 2012.
2. Drama bersiri "Kekasih' pada pukul 12.30 tengah malam adalah pada 2 Oktober 2012.
3. 1 Oktober 2012 (Isnin) bermula pada 12.00 tengah malam (hari Ahad - 30 September 2012) dan berakhir pada 11.59 malam (1 Oktober 2012),  2 Oktober bermula pada 12.00 tengah malam (hari Isnin - 1 Oktober 2012) dan berakhir pada 11.59 malam (2 Oktober 2012).
Lain-lain03.10.2012
betul ke cahaya mata diguna pakai kembali menggantikan "cahaya hati". pohon penjelasan.Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Kedua-dua istilah ini boleh digunakan kerana cahaya mata membawa maksud a) kilau mata, sinar mata; b) kekasih, buah hati; dan juga c) anak. Manakala cahaya hati merujuk kepada pengunaan dalam bidang sastera yang bersifat metafora yang menujukkan kebaikan, kebeningan akhlak, dan maksud khusus daripada pengkarya. Molek kiranya dijadikan http://prpm.dbp.gov.my/ sebagai teman setia di hujung jari.Lain-lain05.02.2014
Saya Muminah Saleah, sedang belajar Universiti Fatoni. Saya ingin bertanya DBP, perkataan "MAHKOTA" Berasal dari bahasa apa? dan apa makna? Terima kasih.Kata jannah ialah kata pinjaman daripada kata Arab  yang mempunyai 5 maksud iaitu, 1. tajuk kebesaran raja. 2. Kiasan untuk orang yang  meme­rintah, raja 3. gelaran untuk  orang besar-besar     4. perhiasan kepala seperti yang  biasa dipakai oleh pengantin perempuan (pe­menang peraduan ratu cantik); 5. Kiasan untuk kekasih.Makna24.09.2014
Bagaimanakah penggunaan di- dan ke- Bilakah di- dan ke- akan dijarakkan atau dirapatkan dengan perkataan lain? Terima kasih.

Menunjukkan kata arah (“di” dan “ke” dieja jarak)

Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengukutinya. Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Kata sendi nama 'ke' juga dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

Menunjukkan imbuhan awalan (“di” dan “ke” perlu dieja rapat)
Awalan di dan ke ditulis sebagai satu perkataan (bersambung dengan kata yang mengikutinya). Cth. di:dimakan, dibuat, dilaksanakan(kata kerja pasif). ke: ketua, kekasih, kehendak.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 265/266.

Tatabahasa14.12.2017
selamat sejahtera. Saya ingin meminta nasihat daripada pihak tuan tentang bentuk dan golongan kata ini. Saya harap pihak tuan dapat memberikan pembetulan serta ulasan tentang bentuk dan golongan kata ini. Terima kasih di atas kesudian pihak tuan membantu saya.Terdapat beberapa pembetulan:

1. Sebak = kata kerja
2. Cuma = kata tugas
3. Senyum = kata tunggal
4. Tawa = kata kerja
5. Kekasih = kata ganda
6. Inginkan = kata kerja
7. Temui = kata kerja
8. Sengaja = kata kerja
9. Pada = kata tugas
Tatabahasa27.03.2013
Salam sejahtera, Saya tertarik dengan maksud bagi ungkapan "buah hati pengarang jantung" setelah bertukar pandangan dengan rakan universiti yang merupakan bukan penutur Bahasa Melayu. Pencarian dalam PRPM tidak menggolongkan ungkapan tersebut di bawah 'jantung' tetapi di bawah 'pengarang': "~ jantung buah hati". Pencarian dalam Google Books dan Internet banyak menunjukkan penggunaan "buah hati pengarang jantung" dan bukan "pengarang jantung buah hati". Ini merupakan fenomena yang menarik bagi saya. Setahu saya ungkapan ini bukan peribahasa. Saya amat menghargai sekiranya pihak Tuan boleh memberikan penjelasan lanjut. Sekian, terima kasih.Penggunaan buah hati pengarang jantung banyak digunakan dalam puisi Melayu yang membawa maksud menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua dan Kamus Dewan Edisi Keempat maksud Pengarang Jantung ialah kekasih manakala maksud buah hati pula ialah orang yg dikasihi. Ini memberikan maksud Orang yang dikasihi iaitu kekasih. Maka penggunaan buah hati pengarang jantung adalah lebih sesuai dan telah banyak digunakan dalam puisi Melayu.Penyelidikan12.06.2018
Apakah makna atau erti istilah SAYANG dan CINTA dan apakah beza antara kedua-dua perkataan ini.

Encik Kamal,

Perkataan sayang bermaksud 1 menaruh rasa kasih atau rasa cinta: ~ benar dia kpd suaminya. 2 perasaan kasih atau cinta: Dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati. 3 menaruh perasaan belas atau kasihan; berasa kesal: ~ aku melihat pengemis tua itu. ~ sekali jika kamu tidak melanjutkan pelajaranmu. 4 panggilan utk orang yg dikasihi; buah hati: ~, mari ayah dukung. bersayang-sayangan saling berasa sayang; berkasih-kasihan. menyayangi 1 berasa sayang akan; mengasihi; men­cintai: Dia sangat ~ anak dan isterinya. 2 berasa kesal terhadap sesuatu; menyesali: Apa gunanya ~ perkara yg telah berlaku? kesayangan 1 rasa kasih dan sayang; perasaan sayang; cinta kasih: ~nya terhadap cucunya itu amat mendalam. 2 apa-apa yg disayangi atau yg disukai: Dia terpaksa meninggalkan anak dan isteri ~nya utk melanjutkan pelajaran ke luar negara. penyayang (orang yg) bersifat sangat menyayangi sesuatu: ibu yg ~.

Perkataan cinta bermaksud 1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll): walaupun ~nya kpd keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobohi; 2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: ~ kpd suaminya masih tinggal bersarang dlm hati; barangkali kau masih ~ pd tunanganmu; 3. sl perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dll): tiada terperikan ~nya serta bercucuran air matanya; 4. perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu: putera raja itu amat sangat ~ akan burung yg dilihatnya itu; ~ berahi terlalu sangat cinta (asyik maksyuk); ~ kasih sangat cinta dan kasih (kasih sayang); ~ monyet cinta yg hanya sementara dan tidak serius, terutamanya di kalangan remaja; ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dengannya; cintakan cinta akan, mencintai; bercinta 1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: elakkan drpd ~ sebelum lulus pelajaran; 2. berasa rindu; 3. ki berat rasa hati utk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yg kurang menyenangkan): kami sangat ~ utk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yg sangat sesak; bercintakan 1. menaruh cinta atau kasih kpd, berahi kpd: sbg laki-laki yg ~ seorang wanita, bagaimana jua pun setia wanita itu kepadanya, namun curiga hatinya akan timbul juga barang sedikit; 2. berperasaan rindu akan, ingin akan: ia ~ benda yg sukar diperoleh; 3. sl berdukacita akan sesuatu, berasa sedih (pilu) hati akan sesuatu: tujuh hari baginda tiada nobat ~ Bendahara Seri Wak Raja; janganlah kakang emas ~ permintaan Ratu Dewi Kesuma Indera itu; bercinta-cintaan 1. cinta-mencintai, berkasih-­kasihan: baru hendak ~ dgn seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina; 2. bercengkerama atau bercumbu-­cumbuan (antara lelaki dan perempuan): sebelum hari malam, dia ~ dgn tunangannya; mencinta 1. menaruh cinta atau kasih (kpd); 2. sl berdukacita (akan), bersedih hati, menyesal; mencintai 1. mengasihi, menaruh cinta pd: ia ingin ~ dan dicintai; 2. merindukan(hendak memperoleh sesuatu dll), mengharap­harapkan, menginginkan: tidak ada orang yg tak ~ duit; tercinta (yg) dicintai (dikasihi, disayangi): engkau pisahkan aku dr anakku yg ~; kecintaan 1. perasaan cinta, kasih, kesa­yangan: yg mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yg diikat oleh kesetiaan; seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kpd bahasa kebangsaan; 2. yg dicintai (dikasihi), kekasih: pemuda ~nya bekerja sbg wartawan; 3. sl kerinduan kesedihan, kebimbangan; 4. sl menanggung cinta (sedih dll); percintaan 1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan): kahwin itu ialah kemuncak ~;2. sl perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dll), kesedihan, kesusahan: maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah; pencinta orang yg meminati dan mencintai sesuatu: ~ sastera; ~ buku.

Daripada makna yang diberikan jelaslah bahawa kedua-dua perkataan ini bersinonim. 

Kamus Dewan Edisi Empat
  
Makna13.06.2010
1
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 

Mana berantai mana tidak,
     Berjalan dua berantai dua;
Di mana kasih di mana tidak,
     Badan satu kekasih dua.



Lihat selanjutnya...