Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
HIKAYAT PERCINTAAN KASIH KEMUDAANHIKAYAT PERCINTAAN KASIH KEMUDAAN, novel yang ditulis oleh Ahmad Kotot. Novel ini pertama kali diterbitkan dua jilid dengan tulisan Jawi setebal 268 halaman; 100 halaman pertama diterbitkan pada tahun 1927, manakala sambungan novel ini diterbitkan pada tahun 1928.SASTERAKarya
PHILADELPHIA

Philadelphia ialah nama yang diberi kepada

beberapa buah bandar oleh orang Yunani purba.

Nama tersebut bermaksud kasih saudara . Salah

satu ialah sebuah bandar di Lydia yang dibina pada

tahun 100 S.M. oleh Raja Attalus II Philadelphus

dari Pergamum.

UMUM
TENGKU ABU BAKAR HUSNY

TENGKU ABU BAKAR HUSNY (1919 1983), wartawan Indonesia. Dia dilahirkan di Langkat, Sumatera, Indonesia. Tengku Abu Bakar Husny berasal daripada kerabat diraja. Bapanya bergelar Tengku Panglima Setia Raja. Dalam penulisan sastera, Tengku Abu Bakar Husny lebih dikenal dengan nama Arita Kasih, A.B. Kasih dan Area Jembel. Nama-nama seperti A.B. Husny, Area Jembel dan T.A.B. Husny digunakan untuk menulis rencana dan kritikan, sementara Arita Kasih digunakan untuk sorotan cerpen dalam majalah Mastika setiap bulan. Dalam penulisan rencana terutama yang menyentuh hal yang berkaitan dengan kesenian atau kebudayaan, sejarah, isu luar negara, kertas kerja dan buku mengenai Pujangga Amir Hamzah, dia menggunakan nama sebenarnya iaitu Tengku Abu Bakar Husny.

SASTERATokoh
PATRIOTISME

Patriotisme ialah rasa cinta dan sokongan yang

setia kepada negara. Patriotisme meliputi rasa

kasih kepada tanah air dan penduduknya, rasa

kagum akan adat resam dan tradisinya, rasa

bangga akan sejarahnya dan penuh bakti kepada

kesejahteraannya. Istilah ini membayangkan

perasaan bersatu dengan negara.

UMUM
KOMPLEKS OEDIPUS

Kompleks Oedipus, suatu konsep yang

digunakan dalam psikoanalisis, merupakan

keinginan bawah sedar kanak-kanak untuk

mendapatkan kasih sayang yang sepenuhnya

daripada ibu bapa yang bertentangan jantina.

UMUM
GHAZAL

GHAZAL, persembahan muzik dan nyanyian lagu-lagu Melayu yang bertemakan kasih sayang. Ghazal berasal daripada tradisi muzik Arab yang wujud sejak zaman jahiliah. Dalam bahasa Arab, ghazal bermaksud lagu dan puisi kasih. Dalam masyarakat Melayu, ghazal mempunyai pelbagai fungsi antaranya sebagai alat hiburan, meraikan upacara berkhatan dan perkahwinan.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
ILMU PENGASIH

ILMU PENGASIH, jampi, azimat, doa, ubat guna-guna dan seumpamanya yang digunakan oleh orang Melayu untuk menanam dan membangkitkan rasa kasih seseorang terhadap orang lain. Antara ilmu pengasih yang terdapat di kalangan masyarakat Melayu ialah ilmu tepuk bantal, pemanggil, penunduk dan nasi tangas.

BUDAYAKonsep
NARCISSUS

Narcissus, dalam mitos Yunani ialah seorang

pemuda kacak yang cuba dipikat oleh ramai

wanita. Walau bagaimanapun, dia dengan angkuh

menolak mereka semua, termasuklah dewi Echo.

Sebagai balasan terhadap kekejamannya itu, dewa-

dewa menghukum Narcissus supaya merenung

ketampanannya itu pada bayang-bayangnya dalam

kolam di Gunung Helicon di Greece. Hari demi hari

dia berbaring di tepi kolam, merenung dengan

kasih pada bayangannya sehingga dia semakin

kurus dan mati. Apabila pasukan pencari keluar

untuk mencarinya, mereka hanya menjumpai

sekuntum bunga, yang kini dipanggil narcissus.

Echo juga semakin kurus kerana cintanya terhadap

Narcissus dan akhirnya dia bertukar menjadi suara

di dalam hutan. Versi terbaik Narcissus terdapat

dalam Metamorphoses, iaitu koleksi cerita-cerita

dongeng oleh penyair Roman, yang bernama Ovid.

UMUM
SURAT-MENYURAT

Surat-menyurat ialah satu kaedah komunikasi

bertulis. Orang menulis surat untuk urusan

perniagaan dan untuk tujuan peribadi. Surat urus

niaga umumnya lebih rasmi daripada surat

peribadi. Surat urus niaga termasuk untuk tujuan

memohon pekerjaan, surat bantahan, surat untuk

jualan menjual barangan dan surat peringatan.

Surat peribadi termasuk surat kiriman antara

anggota keluarga atau sahabat, surat undangan,

dan nota ucapan terima kasih.

UMUM
AUSTEN, JANE

Austen, Jane (17751817), salah seorang penulis

novel yang sangat digemari di England. Tulisannya

mengandungi sindiran tentang institusi-institusi

sosial pada zamannya. Dalam setiap satu daripada

enam novelnya, mengisahkan seorang wanita

bertemu dan mengahwini seorang lelaki selepas

menempuh pelbagai kesukaran, yang sering kali

melucukan. Halangan-halangan ini dapat membantu

sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak mengenal

diri mereka sendiri, yang diperlukan untuk

perkahwinan yang bahagia. Tidak ramai penulis yang

dapat menandingi kelebihan Jane Austen dalam

mengenal pasti kelemahan manusia, gambarannya

tentang hidup seharian yang penuh kasih sayang

ataupun prosa-prosanya yang licik dan indah.

UMUM
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 

Bagaimana nak tanam selasih,
     Tanamlah mari di rumpun keladi;
Bagaimana hati nak kasih,
     Kasih bercampur denganlah budi.



Lihat selanjutnya...