Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Please advise BM translation for Pure Joy Pure Love 1. Keriangan Kasih Sejati 2. Keceriaan Kasih Sejati 3. Keriangan Murni, Kasih Sejati 4. Keriangan Sejati Yang mana satu lebih baik. Terima Kasih. | Cadangan padanan frasa bahasa Melayu untuk frasa pure joy, pure love ialah "kebahagiaan abadi, kasih sejati". | Makna | 02.11.2023 |
terima kasih di atas peringatan atau terima kasih di atas pengingatan | Terima kasih atas peringatan. | Lain-lain | 09.03.2023 |
Ayat yang manakah yang betul bagi dialog di bawah? 1. Terima kasih, kerana beri saya hadiah. 2. Terima kasih, beri saya hadiah. | Ayat yang betul ialah "Terima kasih kerana memberi saya hadiah." | Tatabahasa | 26.09.2022 |
Penggunaan di atas dan diatas. Ayat mana yang betul? "Terima kasih di atas mesej anda." atau "Terima kasih diatas mesej anda". Dan satu lagi "Kami memohon maaf di atas kesulitan" atau "Kami memohon maaf diatas kesulitan." | Ayat yang betul ialah "Terima kasih atas mesej anda." dan "Kami memohon maaf atas kesulitan." | Tatabahasa | 29.01.2023 |
Terima kasih atas jawapan kepada soalan saya: Bagaimanakah ejaan yang betul, Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? Contoh ayat: Raju mahir bertutur dalam Bahasa/bahasa Melayu. Mengapakah perkataan bahasa dalam ayat itu tidak dieja dengan huruf besar (Bahasa Melayu) ? | Ejaan dan ayat yang betul ialah “Raju mahir bertutur dalam bahasa Melayu”. Frasa “Bahasa Melayu” yang dieja dengan huruf B dan M besar bagi merujuk mata pelajaran di sekolah. | Ejaan | 05.09.2023 |
Saya ingin menyemak untuk mendapatkan naskhah himpunan cerpen hasil pertandingan menulis cerpen peringkat sekolah menengah utara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2003 / 2004 Kerjasama dari pihak tuan amat dihargai. Terima kasih | Terima kasih kerana mendapatkan/menggunakan perkhidmatan KNDBP. Untuk mendapatkan maklumat yangg berkenaan, tuan dimohon menghubungi Ketua Unit Sastera DBP Wilayah Utara, melalui no. telefon 04-5377241 atau emel utara@dbp.gov.my. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 29.04.2022 |
Mohon pencerahan berkenaan didahului: Kerjasama tuan dalam hal ini amatlah dihargai dan "didahului" dengan ucapan ribuan terima kasih. kerjasama tuan dalam hal ini amatlah di dihargai dan pihak kami mendahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Semakan saya menggunakan kamus dewan 4 ,perkataan didahului tidak wujud. Mohon Juga pencerahan sama ada perkataan mendahului, didahulukan ....wujud.Sekian, terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, terdapat perkataan “didahului”, “mendahului” dan “didahulukan”. Antara maksud perkataan “didahului” dan “mendahului” seperti yang berikut: - Melepasi (seseorang atau sesuatu) dan berada di hadapan.
- Melebihi atau mengatasi seseorang atau sesuatu dari segi bilangan, markah, prestasi dan sebagainya yang diperoleh.
- Melakukan sesuatu lebih awal atau lebih cepat daripada seseorang atau sesuatu.
- Berlaku atau wujud sebelum atau lebih awal daripada sesuatu yang lain.
- Menduduki tempat paling atas dalam (senarai, carta dan sebagainya).
- Memberikan keutamaan pada sesuatu berbanding dengan yang lain.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, muka surat 466. | Makna | 10.12.2023 |
Kenapa "Carian Kata" pada https://prpm.dbp.gov.my/ tidak berfungsi? Terima kasih. | Waalaikumussalam. Terima kasih di atas keprihatinan pihak tuan/puan. Kami sedang giat mengambil tindakan bagi mengatasi permasalahan yang sedang berlaku pada sistem PRPM bagi menjamin kemudahan para pengguna dan dijangkakan sistem akan kembali stabil dalam masa yang terdekat. Maaf di atas segala kesulitan. Terima kasih. | Lain-lain | 30.01.2023 |
Salam sejahtera, Terima kasih atas maklum balas diberikan. Untuk kejelasan, bererti terjemahan BI ke BM adalah seperti berikut: Pillar - Tonggak Sub Pillar - Cabang Pohon pengesahan pihak tuan jua. Terima kasih. | Betul, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk "pillar" sebagai "tonggak" dan "sub-pillar" sebagai "cabang". | Penyemakan dan penterjemahan | 01.11.2022 |
Saya ingin meminta cadangan untuk membuat surat terima kasih kepada Agong sempena lawatan ke kawasan kami. | Sila rujuk laman web istananegara.gov.my dan rujuk contoh warkah menjunjung kasih. | Lain-lain | 30.08.2023 |