Kata |
Takrif |
Sumber |
kalut-marut | kacau-bilau; kelam-kabut; huru-hara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kalut-malut | kacau-bilau (kelam-kabut), kalut-marut; mengalut-malutkan menjadikan kalut-malut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalut-malut | , = ~-marut kacau-bilau; kelam-kabut; huru-hara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kalut | tidak tenteram (keadaan dlm negeri dll); tidak aman; kacau; huru-hara: Rumah tangganya ~. ~-malut, = ~-marut kacau-bilau; kelam-kabut; huru-hara. berkalut bercakap yg bukan-bukan; meracau (spt keadaan orang sakit tenat dll): Kerana sakit, maka ia ~. mengalutkan menjadikan kalut; menyebabkan kacau: Tindakan spt itu hanya akan ~ rakyat saja. kekalutan keadaan atau hal kalut; kekacauan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kalut | tidak tenteram (keadaan dlm negeri dll); tidak aman; kacau; huru-hara: Rumah tangganya ~. ~-malut, = ~-marut kacau-bilau; kelam-kabut; huru-hara. berkalut bercakap yg bukan-bukan; meracau (spt keadaan orang sakit tenat dll):Kerana sakit, maka ia ~. mengalutkan menjadikan kalut; menyebabkan kacau:Tindakan spt itu hanya akan ~ rakyat saja. kekalutan keadaan atau hal kalut; kekacauan. | Kamus Pelajar |
karut I | 1. = berkarut kacau, kalut, kusut (fikiran, hati, dll): fikirannya sangat ~; 2. tidak benar, bohong, dusta (perkataan, berita, dll): menceritakan cerita-cerita ~; ~-marut a) sangat kacau (fikiran, hati), sangat kusut, tidak tentu hala; b) terlalu bohong atau dusta (bkn kata-kata dsb); mengarut 1. menyebabkan karut, mengacaukan (merusuhkan dll); 2. bercakap karut (tidak berketentuan, bohong, dll): setiap orang yg hendak menjadi rakyat negeri ini hendaklah tahu akan kandungan perlembagaan supaya tidaklah dia ~ tentang hak-hak perlembagaan; kekarutan perihal karut, kekacauan (kekalutan dll): bagaimana mereka hidup dlm dunia yg penuh kekeliruan dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kalut-marut | [ka.lut.ma.rut] | کالوت-ماروت |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kalut-marut |
|
|