Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
tuan, emak membilang butir-butir dari kalung mutiara yang dibelinya. butir-butir percakapannya tidak difahamni kerana sebutannya terlalu cepat. (tuan, adakah butir-butir boleh diguinakan dalam ayat di atas? TQ) | Penggunaan butir-butir dalam ayat tersebut adalah betul. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16. | Tatabahasa | 15.08.2011 |
Bolehkan diguna ayat "ucapan sekalung tahniah atau sekalung penghargaan" sedangkan kita tahu perkataan kalung itu adalah untuk benda yang dipakai di leher. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan sekalung juga membawa maksud kata kiasan deretan kata-kata, ucapan tahniah dan sebagainya yang sekadarnya. Contoh ayat: Sekalung tahniah untuk atlet yang mengharumkan nama negara dalam sukan yang berprestij tersebut. | Makna | 29.08.2021 |
Apakah istilah ynag betul? Pengkalungan atau pengalungan? Contoh ayat: Majlis Pengalungan Manikayu Dua Butir akan diadakan di Dewan Besar IPG Kampus Pendidikan Islam pada 24 Mac 2022 | Antara kata terbitan kalung termasuklah mengalungi, mengalungkan dan kalungan. Tidak ada kata pengalungan dalam sumber rujukan kami. Cadangan kami ayat tersebut dibetulkan menjadi "Majlis Pemakaian Kalung Manikayu Dua Butir akan diadakan di Dewan Besar IPG Kampus Pendidikan Islam pada 24 Mac 2022". | Tatabahasa | 19.03.2022 |
Adakah istilah 'pengalungan' betul? | Salam sejahtera, Data kami menunjukkan terdapat perkataan kalung dan mengalungi sahaja. Tidak terdapat perkataan pengalungan dalam Kamus Dewan. Sekian, terima kasih. | Istilah | 30.09.2018 |
Apakah penjodoh bilangan bagi gelang? utas? untai? atau yang lain. TQ | Penjodoh bilangan bagi gelang ialah utas. Seutas gelang. Walaupun untai dan utas hampir memiliki makna yang sama, namun untai lebih sesuai digunakan pada 'rantai' atau 'kalung'. Misalnya seuntai rantai berlian. | Makna | 04.09.2012 |