Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SYAHADAHlafaz kalimah umat islam-pengakuan tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad pesuruh AllahAGAMAKonsep
TALKINPerlakuan mengajar ucapan kalimah syahadah dengan membisikkannya pada telinga seseorang mukmin yang sedang menghadapi saat kematian atau dalam keadaan sakaratul maut.AGAMAKonsep
PERAYAAN UMAT ISLAM

Perayaan Umat Islam ialah hari kemuliaan,

iaitu himpunan amalan yang berkaitan dengan

ibadat dan adat. Dari segi amalan ibadat ialah

solat, zikir (mengingati Allah), tahlil (berzikir

dengan kalimah tauhid Lailahaillallah), tasbih

(memuji Allah S.W.T. dengan Subhanallah) dan

takbir (mengagungkan Tuhan dengan Allahu

Akbar). Manakala adat kebiasaan pula seperti

makan, minum, pakaian, perhiasan, kelapangan,

kegembiraan dan amalan yang diharuskan dalam

Islam.

UMUM
MUHAJIRIN

Muhajirin ialah nama yang diberikan kepada

sekumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. yang

beriman kepada Allah dan Rasul-Nya lebih dahulu

daripada orang lain. Mereka berhijrah

meninggalkan keluarga, rumah, tanah air dan harta

benda semata-mata untuk menegakkan kalimah

Allah dan mengembangkan agama-Nya. Allah

berfirman yang bermaksud:

Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula

(berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang

Muhajirin dan Ansar.

(Surah al-Tawbah 9:100)

UMUM
SURAH AL-NAZIAT

Surah al-Naziat ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-79 mengikut susunan surah-surah

al-Quran dan mengandungi 46 ayat. Surah

ini dinamakan al-Naziat (malaikat-malaikat yang

mencabut) kerana lafaz sumpah yang

menggunakan kalimah tersebut terletak pada

permulaan surah.

UMUM
SURAH AL-NAS

Surah al-Nas ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-114 mengikut susunan

surah-surah al-Quran, iaitu surah terakhir dan

mengandungi enam ayat. Surah ini dinamakan al-

Nas (manusia) untuk memuliakan manusia di mana

perkataan Rabb yang bermakna Tuhan disandarkan

kepada kalimah tersebut.

UMUM
KUFUR

Kufur, kalimah Arab bererti menutupi sesuatu. Ia boleh diertikan sebagai orang yang menanam benih kerana ia menutupi benih itu di dalam tanah.

AGAMAKonsep
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kalimah